31/3/18 - Chabura Dimsum, Kim Yong Market & Santisuk Market
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Selamat Sejahtera
Kami turun dari bilik hotel berjalan kaki ke Stesen Keretapi Hadyai Junction lebih kurang pada pukul 6.30 pagi waktu Thailand untuk membeli tiket keretapi ke Sungai Kolok tengahari nanti. Hotel Aloha ke stesen keretapi sangatlah dekat dalam 5 minit berjalan kaki dah sampai. Mungkin dalam jarak 200-250 meter camtu. Selesai beli tiket, kami menaiki tuktuk dari stesen keretapi ke Dimsum Chabura untuk bersarapan. اَلْحَمْدُ ِللهِ pakcik tuktuk tu juga seorang muslim. Kami dapat tahu semasa kami bertanyakan kos dan bagitau lokasi yang kami nak pergi, kawan pakcik tuktuk datang dan pakcik tu cakap kat kawan dia "saudara muslim kita". Pakcik tu boleh cakap bahasa melayu sikit-sikit. Syukur.
Kami menaiki tuktuk ke Chabura Dimsum. Tak jauh pun, tapi kalau nak berjalan kaki tu memang berpeluh juga lah pagi-pagi tu. haha. Agaknya hampir 1km kot. Dah sampai depan kedai Chabura Dimsum, pakcik minta kami tunggu kat depan tu juga, nanti dah siap makan pakcik datang ambil kami semula dan Kami setuju sebab nanti tak payah nak tahan mana-mana tuktuk dah untuk ke pasar pagi.
|
menu lain di Chabura Dimsum |
|
menu lain di Chabura Dimsum |
|
|
menu lain di Chabura Dimsum |
|
hidangan pilihan kami |
Apa yang membuatkan lisa tertarik nak datang Dimsum Chabura ni sebab baca review dari blog-blog orang lain yang dah datang. So, kami pun nak cuba juga. Kami pilih sendiri hidangan yang kami berkenan dan nanti pekerja nya akan panaskan / kukus semula. Sos dia memang sedap dan pedas. Harga juga berpatutan. Lisa suka pau mini tu, sedap. اَلْحَمْدُ ِللهِ dah siap bersarapan kami keluar dan tunggu pakcik tuktuk kat depan. Dalam pukul 7.30 pagi pakcik datang. On the way nak ke Pasar pagi, pakcik singgah beli nasi pagi kat gerai tepi jalan yang juga orang muslim meniaga. Kami pun join sekali beli nasi dua bungkus untuk bekal makan tengahari dalam train nanti. Hehe.
Kami diturunkan kat Hatyai Market. Kat sini tak sempat nak ambil gambar. En suami beli buah mangga manis 3 kg dapat 90 baht. Buah tak banyak kat sini. Jadi kami naik tuktuk lagi sekali tapi bukan dengan pakcik tadi dah :( Kami ke Santisuk Market. Jalan-jalan sekitar situ sekejap. Tapi belum buka. Rasanya pukul 9 pagi baru buka. Disebabkan Aloha Hotel ke Santisuk Market ni dekat yang amat, Kami ambil keputusan naik bilik dulu dan rehat.
|
nampak Diamond Hotel pilihan ramai rakyat Malaysia kalau bercuti ke Hatyai ni dalam perjalanan kami dari Kim Yong Market nak ke Santisuk :) |
|
nama kedai pengurup wang yang En Suami tukar duit |
Dalam pukul 9 pagi kami turun jalan kaki je ke area Santisuk Market. En suami cari kedai jual aksesori telefon yang kami survey semalam untuk beli screen protecter phone dan usb charger kami yang sudah hampir hancur. Hihi. Dah siap beli tu kami berjalan ke Kim Yong Market. Kat sini banyak peniaga yang jual buah-buahan kat luar pasar. Selain tu ada juga peniaga yang jual lauk basah macam ikan dll. Kalau masuk dalam pasar tu rasa macam kat Pasar Siti Khadijah pun ada sebab ada peniaga jual makanan-makanan ringan, rempah, pakaian dan lain-lain lagi. Hehe. Tapi kena cakap siamlah. Kami cuma beli buah limau 3 kg dan buah potong saja. Lepas tu, kami berjalan ke Santisuk Market semula untuk beli sedikit cenderamata dan makanan ringan macam kacang dan asam-asam. Kalau kat kawasan bebas cukai tempat kita pun ada jual je sebenarnya. Hehe.
|
sekitar Santisuk Market |
|
jalan berhampiran Kim Yong Market |
Dah siap membeli belah apa yang kami berkenan, kami balik semula ke hotel dan siap-siap untuk check out pada pukul 11.30 pagi. Kami berjalan kaki lagi sekali ke stesen keretapi Hadyai Junction. Train kami sampai pada pukul 12.30 tengahari. Tapi dalam pukul 1.15 pm macam tu train baru bertolak. Sepanjang dalam train tu ada sahaja penjaja yang berniaga kat atas train macam air, buah potong, kacang-kacang dan makanan ringan yang lain. En suami beli air teh beng je dengan makcik penjaja muslim tu sebab kami dah siap-siap beli nasi bungkus dekat gerai tepi jalan dengan pak cik tuktuk pagi tadi. Hehe.
|
tiket keretapi kami. kena bagi passport dekat kerani tiket semasa beli tiket train. Nama kita akan dicetak kat atas tiket tu |
|
nasi kerabu dan nasi kowmok makan tengahari kami dalam train :) |
Bersambung...
No comments:
Post a Comment