Monday, May 06, 2013

Kata-Kata Hikmah Prof Dr. Muhaya

Assalamualaikum wbt

Lisa sangat minat dan admire kat Prof Muhaya ni... banyak ilmu dan kata-kata hikmah yang dikongsi kan di FB dan semasa program-program beliau samada Reset Minda, Celik Hati ,dll. Jadi lisa nak share kat sini sebagai kata-kata semangat dan peringatan untuk diri lisa sendiri dan kita semua ... :)


Prof Muhaya
en google

  • Lagi cepat kita sakit hati dan marah terutama org yg kita buat baik, suatu indikator kurang keikhlasan dan redha Allah yg kita cari. Bila Allah saja yg kita tuju dan cari, apa makhluk lain buat jadi kecil. Utk tahu kebersihan jiwa lihat berapa kali kita marah dan sakit hati. Jika banyak dan selalu mengenang kebaikan kita pada orang dan kejahatan orang pada kita alangkah jauh nya kita dari Allah dan ketenangan jiwa.



  • Org yg hebat akan membuatkan org lain merasa hebat.. ttp org yg kecil akan suka mengecil2kan org lain... org yg suka membuka keaiban org lain, suka mencari kesalahan org lain, sebenarnya mempunyai banyak keaiban sendiri...


  • 3 kategori manusia : 1. Solih, 2. Tholih, 3. Ghafil ialah orang yang bertuhankan nafsu dan buta mata hati dan tidak nampak kebenaran. Jom audit diri kita yang mana dan cari ilmu dan buat perubahan pada diri sendiri. Ubah sikap dan tabiat. Lihat amalan semalam dan niat ubah jika tidak menjadi orang yang solih yang bertaubat kerana kurang beribadah bukan hanya kerana berdosa seperti taubat orang tolih. Jauhkan diri dari menjadi orang ghafil. Jika solat tidak cukup jom cukupkan dan fahami makna bacaan dalam solat dan amalkan di luar solat. Kaum wanita mulalah menutup aurat jaga solat dan jaga pergaulan. Jadi isteri yang baik dan didik anak anak dengan ilmu Islam. Jangan menyesal di kemudian hari dan di kubor nanti.


  • Bukan apa yang berlaku penting tetapi respon kita terhadap apa yang berlaku yang menentukan kehidupan. Dunia dalaman menentukna dunia luaran. Semoga kita melihat diri dan sibuk memperbetulkan diri hingga tidak nampak keaiban orang lain.


  • Tukar cara kita melihat sesuatu perkara yang kita lihat akan berubah. Guna kaca mata keimanan dan melihat segala sesuatu dengan mata hati dan sebarkan kasih sayang dan sayangi semua orang dan doakan orang yang berdosa di beri hidayah dan di ampunkan dosa mereka dan minta jauh dari kita melakukan kesalahan yang mereka lakukan. Jom audit.


  • Orang yang menyebarkan fitnah kejahatan terhadap orang beriman, Allah menyiksa mereka di dunia lagi- Habib Ali- - Sama audit segala sangkaan buruk kita pada orang lain berdasarkan berita yang belum pasti. Jom lihat diri henti lihat orang. Jangan buat perkara yang kita tidak mahu orang buat pada kita dan anak cucu keturunan kita. Setiap kejahatan dan sangkaan buruk akan menjadi racun hidup kita dan keturunan kita. Jom doakan orang yang berbuat jahat di beri hidayah dan diberi keampunan oleh Allah. Sebar kasih sayang bukan kebencian.


  • Orang minda kecil masaalah Jadi besar, orang minda besar masaalah Jadi kecil. Orang bermasaalah banyak masaalah. Jom audit dan hentikan berkongsi masaalah dgn orang luar. Fokus tenaga melihat diri mencari ilmu beri Kasih sayang, sangka baik, pemurah, niat beri manafaat dan lihat betapa Indah hidup ini bila Kacamata kehidupan kita berubah melihat keindahan dalam semua suasana dan semua orang.


  • Orang yang bijak tidak akan terkesan dgn apa dia lihat dan dengar yang negatif dan hati yang bersih hanya akan menyerap kebaikan. Kita yang tentukan apa yang masuk dalam jiwa kita. Tidak bererti jika ada kemalangan di jalan raya kita tidak akan gunakan jalan raya utk ke destinasi penting. Jom gunakan media mencari ilmu dan hentikan alasan utk tidak mendengar ilmu. Orang berminda kecil mencari alasan and jadi penghalang, orang berminda besar menjadi solusi dan mencari jalan.


  • Lihat apa kita suka baca di facebook, Itu gambaran dunia dalaman kita samaada syurga atau neraka. Kita hanya dapat syurga di luar jika ada syurga di dalam jiwa.


  • Berbagai video and multimedia disebarkan untuk mempengaruhi orang ramai. Ingat lah video kita sendiri Akan dimainkan ketika sakaratul maut dan di Padang masyar nanti. Jom ingat mati, alam kubor, Padang masyar, buku timbangan , titian Sirat yang Akan kita semua PASTI lalui. Jaga diri masing masing. Jaga Akidah, Ibadah , dan akhlak setiap Saat. Di Padang mahsyar tidak Ada lagi video palsu Atau benar, semua adalah benar. Jom refleksi diri dan audit diri. Takut lah hanya pada Allah dan cari keamanan di dunia dan akhirat. Sesiapa méngejar syurga di akhirat PASTI mendapat syurga di dunia tapi sesiapa mengejar syurga di dunia mungkin hilang syurga di akhirat. Wallauallam


  • kita ada pilihanraya setiap hari... iman ke nafsu.. dosa ke pahala.. syurga ke neraka... taat ke maksiat.. Allah redha ke Allah murka...


  • 3 langkah untuk mendapat hidayah : 1. Ibadah dan berbuat kebaikan. 2. Berkawan dgn orang baik, 3. Berdoa Allah beri hidayah.



    p/s : hanya sebahagian saja ni... banyak lagi sebenarnya lisa nak share, takut x larat plak nak baca..hehe... inshaAllah lisa share lain entry plak... :)


    Prof Muhaya
    FB Prof Dr. Muhaya

    30 comments:

    Nana Liena said...

    hehe..pakar mata kan?

    suka ayat yg 3 dri bawah pasal video tu..huhu..betul juga kan..sesuai utk orang2 besar ..hehe..masa sblum pru kan ligat macam2 video keluar

    Lisa Sheila said...

    Yeap pakar mata dan pakar motivasi jg skrg...juga penulis buku2 motivasi..hee

    banyak sgt vdeo xtau mana kebenarannya..hanya mereka yg trlibat dan Allah sj yg tau...huhu

    zulaikha megat said...

    kak zu pun suka juga doktor muhaya ni..lemah lembut tapi tegas..

    kadang kadang apa yg dikatakannya itu kena sebijik kat kita terutama bab mendidik anak anak..

    S.K.A said...

    saya pun minat dengan dr. Muhaya ni =) dah la pndai, pnuh dengan tips dan nasihat dia bg kt kite

    Cik Yaya said...

    salam =)
    yaya kenal prof melalui IKIM..
    mmg sgt berkesan tiap kali dia mmberi nasihat dan tips2 yg baik..

    kata2 dia pon mmg sungguh pedas dan 'kene' dgn org kita..ngeee ;p

    With Julia said...

    Suka prof muhaya....celik hati celik minda...sungguh kagum cara penyampaian ye dear...

    Lisa Sheila said...

    Kak zu : aah kan.. Lembut tapi tegas...kdg2 bla dgr dia ckp atau baca kat fb status2 dia mmg rasa mcm trkena kat diri lisa sndiri..huhu

    Lisa Sheila said...

    SKA : yeap...dapat kita muhasabah diri.. Sangat kagum dgn cara pemikirannya..

    Lisa Sheila said...

    Cik Yaya : aah dia ada bg motivasi lat IKIM gk eh..hee.tp lisa x pnah dgr lg just tgk kt tv je.. Mmg best stiap kata2 nya kena dgn org kita... :)

    Lisa Sheila said...

    Julia: Hee..suka tgk program2 prof mcm reset minda dan celik hati...hee..bnyak dpt tips dan ilmu kan...

    AzieYanz Rahim said...

    ayat power. best!
    harap kita semua belajar dari kesilapan kita sendiri.jangan pandai tunding jari pada orang lain je.kalau orang lain banyak buat salah,kita pun pasti banyak jugak buat salah..

    Lisa Sheila said...

    Azie: yeap betul.. Kita sama2 muhasabah diri.. Dalaman kita mencerminkan luaran.. :)

    TiranaAduka said...

    salam
    Kata kata yg penuh bermakna.terima kasih sudi kogsikan

    Kakzakie said...

    Kakak pun suka Prof Muhaya ini. Setiap kata-katanya ada pengisian utk dijadikan motivasi dan menjadikan kita utk lebih bermaya dan celik.

    Sekarang jumaat di TV9 ada program dia boleh tengok sekali seminggu.

    Lisa Sheila said...

    TiranaAduka : lisa cuma share sbgai ingatan dan panduan kita bersama..itu pun lisa just ambil scara random je..bnyk sgt kata2 yg bermanfaat ..xtau nk pilih.. :) boleh like FB Prof Dr Muhaya.

    Lisa Sheila said...

    Kak zakie : yeap betul.. Banyak kata2nya mmbuatkn kita berfikir dan celik hati lah pendek kata..hee..

    Aah kat tv9 .. Tp slalu gk trlepas lisa tgk ulangan pg isn kalau x silap.. :)

    Sheila Salim said...

    Assalamualaikum lisa sheila. terima kasih berkongsi ilmu..

    Lisa Sheila said...

    Wkslm..alhamdulillah.. :)
    Lisa just ambil dr page prof muhaya utk ingatan dan panduan kita bersama..

    Fifi Nadhrah said...

    fifi suke prof muhaya.. sangat positif kan prof ni..

    KY said...

    Alhamdulillah...kata2 semangat KY suka tengok reset minda prof,

    Lisa Sheila said...

    Fifi : aah kan.. Suka tgk..sgt positif.. :)

    Lisa Sheila said...

    KY : suka tgk reset minda..bnyak tips dan ingatan utk kita bsama.. :)

    deno said...

    terima kasih sbb share...:)

    Lisa Sheila said...

    deno : sharing is caring ;)
    thanks sudi singgah ke blog lisa :)

    lizz said...

    suka dengan kata motivasi dr dr muhaya ni..

    Lisa Sheila said...

    Lizz : kann.. Mmg best kata-kata motivasi prof... Hee

    Mohd Ridzwan Abdullah said...

    Sangat2 suka ayat2 tuh sumer. PEnuh makna dan leh bg semangat trutama bg jiwa yg tgh stress...

    Lisa Sheila said...

    Wan : yeap betul wan.. :)

    Aida Ismail said...

    Adore her! Penuh motivasi & positif. :)

    WanDianna said...

    Terima kasih