Tuesday, May 14, 2013

Sedekah tak semestinya bila dah kaya

Assalamualaikum wbt

Lisa rasa macam dah lama jer tak bukak blog...hehe... padahal baru 2 hari kan ... anda pernah tak tengok rancangan Tanyalah Ustaz di TV 9 dari jam 7am-8am? mesti pernah tengok kan... yang tajuk semalam dan hari ni Positif. Lisa suka tajuk dan pengisian yang disampaikan oleh Ustaz Abdullah Mahmud. 

Ustaz cakap ada 4 golongan yang ada dalam majlis ilmu tu samada golongan pertama yang datang dan 'tersengguk-sengguk faham' atau golongan kedua yang mendengar dan faham tapi tak dapat / tak mampu mengamalkan apa yang didengar atau golongan ketiga yang mendengar dan dapat amalkan tetapi tak dapat ajar / sebarkan kepada orang lain hanya mampu diamalkan sendiri atau golongan keempat yang mendengar, mengamalkan dan mampu menyebarkan / mengajar orang lain pula. Kita golongan yang mana apabila berada dalam majlis ilmu? hehe...

apa kaitan sedekah dengan rancangan Tanyalah Ustaz pulak ni kan? sebenarnya lisa nak bagitau lisa pernah dengar ustaz cakap kalau nak bersedekah tak semestinya bila dah kaya ... haa... dari rancangan ini lah... :) dari situ, lisa mula berfikir dan apa yang ustaz cakap tu memang betul. Kalau nak tunggu kita kaya then baru nak bersedekah... kita tahu ke bila kita akan kaya? entah-entah esok lusa nyawa kita Allah dah cabut... dah tak sempat nak kaya dan bersedekah... hurm... kalau tak mampu bersedekah banyak, bersedekahlah sekadar yang termampu asalkan ikhlas. Mungkin dalam duit gaji / rezeki yang kita dapat tu ada bahagian untuk orang lain juga yang lebih memerlukan... 

sedekah juga tidak semestinya dengan harta benda sahaja, mungkin dari segi perlakuan / perbuatan yang baik dikira juga sebagai sedekah.




Seandainya kita nampak dengan mata kasar kan betapa besarnya ganjaran bagi orang-orang yang bersedekah di akhirat nanti, mesti kita semua berlumba-lumba untuk bersedekah.

bersedekah lah kepada ahli keluarga yang memerlukan, fakir miskin, masjid-masjid, rumah-rumah anak yatim (atau badan-badan kebajikan lain juga), dan lain-lain lagi... :)


sedekah


Ramadhan dah tak lama lagi nak datang, inshaAllah... banyak ganjaran pahala bagi orang-orang yang bersedekah pada bulan Ramadhan. lisa menyeru pada diri lisa sendiri dan anda semua, Jom kita bersedekah. :)

Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang mempunyai harta maka bersedekahlah dengan kekayaannya, dan barangsiapa yang mempunyai ilmu maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barangsiapa yang mempunyai tenaga maka bersedekahlah dengan tenaganya. Sesungguhnya sedekah itu dapat menutup tujuh puluh pintu kejahatan”.


Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhrat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada kaum yang kafir.
(Al Baqarah, Ayat 264)


sumber picture : en google

30 comments:

Waazin Aiman said...

Alhamdulilah, betul2.. tu.. (^_^)

:: Cik Viva :: said...

sedekah senyum je hari2..mesti hidup kita happy je..

are_lin@yu said...

tkt nti bla kya lg kedekut kan..heehe

Lisa Sheila said...

Waazin Aiman : ingatan utk lisa dan kita semua :)

Lisa Sheila said...

CV : betul tu..sedekah snyum dgn ikhlas pun sedekah juga..hee.. Mana x happy CV kalau kita snyum je n xde nk bermusuh ngn sape2 :)

Lisa Sheila said...

Are lin@yu : tu la kan..nauzubillah... :)

AzieYanz Rahim said...

jom kita bersedekah..^_^

Nies alhaQ said...

Subhanallah, thanks atas perkongsian ni lisa.
Sama jugak mnegur orang.
Ada orang pnh tanya akak, perlu ke kita tegur orang yg bt salah, sdgkan kite ni pon tak smpurna/ atau dr kata lainnya tunggu kita prbaiki diri baru tegur orang.
Bagi akak, perlu, sebab kita manusia mmg bukan maksum dr dosa. Kita manusia biasa.
Mungkinn dgn cara mnegur, kita secara tak lgsung dpt perbaiki diri kita sndiri.
Org tu dpt saham, kita pon dpt saham.. In shaa Allah.
Cuma sdikit perkongsian dr pmbacaan entry adik ni. Teeheee :')

latifah zainal said...

buat masa nie belum jd gol yg ke 4...sedang berusaha ke arah itu,insyaallah...kalau kita bersedekah insyaallah rezeki akan bertambah.harta dunia banyak mana pun pinjaman sahaja..tak mampu sedekah harta benda kita sedekah tenaga..

Ratu Hatiku said...

:D
Akk sedekah kat Lisa nie...
Mintak dijauhkah diri sifat kedekut bersedekah... Sama2 kita amalkannya ya.. :)

Kakzakie said...

Sayangnya program itu waktu kakak tutup tv. Sebab pukul 7 tu dah waktu makan lepas tu dah maghrib, lepas solat dah terus ajar mengaji budak-budak sampai isyak. Sebab itu kakak tak dapat mengikutinya.

Dapat sedekah senyum pun jadilah Lisa kan..

Lisa Sheila said...

Azieyanz rahim : jom...hee... :)

Lisa Sheila said...

Betul tu kak..hee... Kalau x tgur nnti kat SANA kalau Allah tnya kita..kita nk jwb apa sedangkn bnda yg harus diperbaiki tu brlaku dpn mata kita kan..lisa pun bknnya baik sgt..tp ada masanya mmg kita akn slalu rs nk share ssuatu yg kita tau utk kbaikan brsama :)

Lisa Sheila said...

Ipah : kita sedekah mn yg termampu dan seikhlas hati..inshaallah semoga sedekah kita diterima disisiNya dgn mndapat gnjaran pahala dan rahmat Allah... :)

Lisa Sheila said...

Ratu Hatiku : lisa pun sedekah :D gak di alam maya ni..hee..

Inshaallah kak..aamiin..

Lisa Sheila said...

Kak zakie :tanya lah ustaz pukul 7 pagi kak zakie..heee... Lpas hntar hubby lisa kat pintu die p keje..lisa trus bkak tv tgk rancangan tu..hee..

Ye kak..sekurang2nya senyum pun boleh...he..byak kebaikannya... :)

ANIM said...

kak cuma dapat tengok hari jumaat dan sabtu saja. hari lain, dah dalam kereta p sekolah.
kak kedah ni, kakitangan k'jaan ada buat potongan zakat dan potongan YAPEIM (optional) yang disalurkan kpd yg memerlukan (potong gaji). bagus juga kalau kita istiqamah lakukan sedekah ni.

sebenarnya lisa, makin banyak duit kita, makin kedekut kita sebenarnya. kalau kita berniat nak sedekah bila dah kaya..alamat tak sedekahlah sebab kita nak tunggu lagi kaya.

Bahrain Ramlan said...

Salam, betul tu. sedekah tu tak semesti hanya orang kaya je, tp untuk orang yang berduit...Thanks sharing..

Aida Ismail said...

Rezeki kan dari Allah. Tak salah pun kita share dengan makhluk Allah yang lain. Bukan dengan manusia je kita kena bersedekah. Dengan haiwan pun sama. ^^

Lisa Sheila said...

Anim : oo kat kedah ada buat potongan gaji ye kak... Erm bagus jgk tu...

Ada org ms xkaya sedekah bnyak tu je..bila dah kaya sedekah pun bnyak tu jg...hee..tp xpela..yg pnting ikhlas...tp klu bleh lbih lg bagus.. :)

Lisa Sheila said...

Bahrain : inshaallah.. Semoga jd ingatan kita brsama :)

Lisa Sheila said...

Aida : betul tu aida..rezeki yg sedikit kalau dikongsi2 kan rasa cukup je... Yg pnting ikhlas..dgn binatang pun boleh bersedekah... Kucing ke kan.. ;)

Mohd Ridzwan Abdullah said...

Senyumlah...senyumlah...ahaiiii cek mek molek...heheheh

Thanks Lisa...pahala yg senang2 utk direbut...

Lisa Sheila said...

Wan : siap nyanyi lg tu..kalu x mo snyum gak xtau la nk ckp..kekkee...

Ye wan,snyum bg mngeratkn ukhuwah jgn niat nk mengorat atau buat maksiat pula..nti dosa yg dpt..hheee..wallahualam...

iwannabeumie said...

Lisa, tq for sharing dan saling mengingatkan sesama kita ye..betul tu lisa..sedekah boleh jadi pelbagai bentuk..mudah-mudahan Allah SWT menerima segala amal perbuatan kita yg hanya semata2 kerana Dia..ameen

Nana Liena said...

betul tu kak..sedekah tak semestinya kita kaya..sedekah senyum..sedekah ilmu pun boleh juga.. :)

Lisa Sheila said...

Umie: inshaallah..mudah mudahan...

Lisa Sheila said...

Nana : sedekah yg mana kita termampu nana..inshaallah..yg pnting keihklasan kita... :)

Amanina Mads said...

setuju :)
bermacam-macam benda kita boleh buat ia jd macam sedekah.. paling senang senyum kan

mama wana said...

assalamualaikum, terima atas perkongsian yang bermanfaat ini.

keajaiban suatu sedekah :)