Wednesday, April 04, 2018

Aloha Hotel, Khlong Hae Floating Market & Asean Night Bazaar

Selamat Sejahtera

Sebelum tu, boleh baca sini dulu... Bajet Backpack (Overland) : Sungai Kolok - Hatyai

Aloha Hotel, Khlong Hae Floating Market & Asean Night Bazaar

Dari Terminal Bas Hatyai, kami cuma menggunakan perkhidmatan Uber untuk ke Hotel Aloha yang dah siap-siap kami tempah melalui Agoda seminggu sebelumnya. Nanti kos semua lisa bagitahu kemudian ya kat bawah.  Lisa cuma cerita ni untuk bagitahu gambaran kasar saja... Hotel kami tak jauh. Dalam 7-10 minit uber drive dah sampai lobi hotel. Kami check in awal lagipun masa booking online tu dah siap-siap mark waktu kami sampai antara pukul 11am - 12 pm. Rehat sekejap kat bilik. En suami turun cari tuktuk atau motor taxi untuk solat jumaat kat Masjid Pakistan dekat area pekan hatyai. Zohor dalam pukul 12.30 pm kat sini.

bangunan hotel 
pintu lobi Hotel Aloha, Hatyai






kami di tingkat 10


view dari tingkap bilik hotel kami

lunch kat restoran muslim

Dalam pukul 2 lebih, kami turun cari restoran muslim untuk makan tengahari. Kami order tomyam campur, kerabu sotong, telur dadar dan nasi goreng pattaya. اَلْحَمْدُ ِللهِ semuanya sedap. Dah siap makan kami ambil uber ke floating market. Disebabkan perut yang sudah separuh kenyang lisa cuma beli makanan sikit saja kat floating market. Hehe. Cuma cuba makanan yang nampak berkenan di hati. Peniaga yang dalam sampan tu kebanyakannya muslim. Pandai-pandai tengok ya. Hehe. Kalau kat gerai-gerai atas ada yang jual pakaian dan juga makanan. Tapi yang jual makanan gerai tu tak ramai muslim. Disebabkan langit nampak dah gelap macam nak hujan, kami tanya tuktuk atau kapao untuk ke Night Bazaar. Pakcik tu cakap 300 baht untuk 2 orang. Jadi kami tak jadi naik tuktuk. Terus panggil uber lagi sekali. Memang satu hari ni kami memang gunakan khidmat uber saja nak kemana-mana. Hihi.





lokchup sejenis kuih yang colorful dan comel

Jalam jammed yang amat bila dah dekat nak sampai Asean Night Bazaar tu. kata driver uber hari jumaat dan sabtu tu memang jammed. Lisa dah lupa apa sebabnya dia cakap. Driver uber kat hatyai boleh berbahasa inggeris sikit-sikit. Tak apa, asalkan boleh faham. Dia faham kita dan kita faham dia. Hehe. Driver uber yang bawa kami ke Asean Night Bazaar ni agak peramah. Dia ceritakan kepada kami tentang perbezaan warna dan nombor plat kenderaan Thailand. Jadi kami berterima kasih sebab dapat ilmu baru. Rupanya kalau plat nombor tu warna hijau jadi kereta tu 2 pintu. Kalau plat warna kuning maksudnya untuk kenderaan yang buat perkhidmatan contohnya macam lori dan juga van putih yang kami naik nak ke hatyai. Kalau plat yang cantik macam colorful tu rasanya dia cakap kereta dari utara Thailand. Jadi ada perbezaan rupanya. Sebelum tu en suami ada tanyakan juga mana pergi tuktuk yang tayar 3? Sebab kami tak ada nampak kat Hatyai ni. Dia cakap yang kita dok panggil tuktuk yang ada kat Hatyai tu sebenarnya dipanggil 'Kapao'. Tuktuk sebenar dah tak wujud lagi kat sini. Kalau kat Bangkok masih ada.


Sedar tak sedar brsembang, kami dah sampai Asean Night Bazaar. Kalau tak silap lisa Asean Night Bazaar ni buka pukul 5 petang. Bazaar 2 tingkat. Kalau yang lisa perasan tingkat bawah ada jual pakaian, kasut & selipar, beg, barang kosmetik & aksesori telefon. Tingkat atas pula macam medan selera. Ada kedai-kedai jual makanan dan air serta meja-meja makan. Kami cuma grab 2 helai tshirt Hatyai dan beli nasi kowmok atau nasi biryani Thai dan duduk-duduk minum jus buah sambil melihat gelagat orang sekeliling. Memandangkan en suami pun tak nampak excited sangat kat sini. Sebab barang-barang yang dia nak tak ada dan tak berkenan dihatinya, so kami balik awal. Tapi bagi anda yang kaki shopping of course lah excited kan. Haha. Double excited lagi kalau datang dengan kenderaan sendiri.

Kami naik uber juga ke Lee Garden Plaza. Saja jalan-jalan tengok suasana malam. Kat depan Lee Garden ramai juga yang jual makanan. Ada makanan halal macam pulut mangga, nasi lemak dan lain-lain. Kami tak beli makanan apapun sebab masih kenyang. Dari Lee Garden Plaza tu kami cuma jalan kaki ke Aloha Hotel, dekat sebab dalam bandar juga. Dalam 5-10 minit jalan kaki dah sampai. Balik rehat. Esok nak jalan-jalan sekitar pasar pagi Kim Yong dan Santisuk pula sebelum balik.


akan bersambung lagi... inshaallah...

Hatyai 31/3/2018 - DimSum Chabura, Kim Yong Market & Santisuk Market

No comments: