Tuesday, April 16, 2013

Penyakit Hati dan Ubatnya

Assalamualaikum wbt

Kesinambungan dari entry lepas ... klik sini... Wahai Hati! Please Think Positively




Rasullah s.a.w berpesan kepada Abdullah bin Umar : "Jadikanlah (hidupmu) di dunia ibarat seorang tamu atau pengembara yang sedang singgah di tengah perjalanan." (riwayat Bukhari)


Ramai orang lalai melayan perasaan sedihnya sedangkan Allah tidak menjadikan pada putus asa itu jalan keluar... Ubat bagi penyaki ini ialah kesabaran.


Sedar atau tidak ramai di antara kita tidak mempunyai ketenangan hati. Ini kerana mereka mencari ketenangan tidak pada sumbernya. Di anggapnya harta memberi ketenangan, maka diburunya harta, akhirnya harta itu jugalah yang merungsingkannya. Diburunya pangkat, disangka pangkat memberi ketenangan padanya, rupanya, dengan pangkat, lagi tidak tenang, ...lantaran takut pangkatnya hilang.

Inilah manusia. Allah menyatakan di dalam al-Quran bahawa Allahlah pemilik ketenangan dan Dia hanya memberikannya pada hati orang yang beriman. Mari kita renung, kesilapan mencari tenang dan bagaimanakah ubatnya.

1. Ramai orang mencari ketenangan dengan sifat mazmumah seperti hasad dengki, suka melihat keaiban orang lain, tidak redha. tidak bersyukur dan sebagainya, tetapi hakikatnya, Allah tidak menjadikan pada sifat mazmumah itu ketenangan. Ubat bagi hati seperti ini ialah dengan menanam dan menyuburkan sifat mahmudah.

2. Ramai orang mencari ketenangan dengan melakukan maksiat seperti bergaul lelaki perempuan, mendengar muzik dan sebagainya. tetapi hakikatnya, Allah tidak menjadikan pada maksiat itu mendatangkan ketenangan. Ubat bagi sikap seperti ini ialah dengan menggantikan setiap maksiat dengan ketaatan.

3. Ramai orang mencari ketenangan dengan memperbanyakkan harta yang tidak tahu apakah sumbernya, hakikatnya, Allah tidak menjadikan pada harta yang haram itu mencukupkan. Ubat bagi hati tamakkan harta sehingga terlibat dengan yang haram ialah dengan mencari dan berusaha kepada harta yang halal.

4. Ramai orang merasa puas jika bersikap bongkak dengan manusia. Jika dia berpangkat, boleh tengking orang, boleh arah orang dengan kasar dan dia seolah-olah rasa puas sedangkan Allah tidak akan menjadikan pada kesombongan itu kemuliaan. Ubat bagi penyakit ini ialah melatih hati supaya sentiasa tawadhuk.

5. Ramai orang lalai melayan perasaan sedihnya sedangkan Allah tidak menjadikan pada putus asa itu jalan keluar. Ubat bagi penyaki ini ialah kesabaran.

6. Ramai orang yang cuba mencari kepuasan dengan dunia, dicubanya berbagai aktiviti supaya hatinya puas sedangkan Allah tidak menjadikan pada cinta dunia itu kepuasan, ubat bagi hati yang demikian ialah memperkukuhkan hati mencintai Allah. Dua cinta tidak akan duduk di dalam satu hati. Jika seorang telah mencintai dunia, maka cinta Allah payah ingin dirasakan.

7. Ramai orang yang merasa puas jika dia marah-marah sedangkan Allah tidak menjadikan pada marah itu hikmah. Ubat bagi hati dan lidah yang marah ialah menanamkan cinta akhirat. Dengan demikian, rasa tidak puas hati pada dunia akan kurang.

Demikianlah beberapa keadaan hati dan ubatnya, semoga memberi manfaat kepada kita semua, amin.

Jika punya tambahan penyakit-penyakit hati serta ubatnya, perkongsian anda amatlah dihargai.


psssttt... buat pertama kalinya lisa copy paste entry untuk di post kat sini kerana lisa rasakan sangat bermanfaat untuk di share sebagai peringatan bersama ... :)



p/s : kita kena selalu ingat dan anggap bahawa hidup kita di dunia ini hanyalah transit semata-mata dan tiba masanya kita akan di jemput kembali ke tempat asal dan abadi kita iaitu akhirat ... dengan cara ini saja dapat membuatkan hati kita menjadi tenang ... :) 
- ustazah hafizah, Halaqah TV9.

18 comments:

KY said...

betul tu lisa, satu ingatan yg baik..thanks

latifah zainal said...

banyak jugak penyakit yg bersangkut paut dgn hati...

Lisa Sheila said...

Kita sama2 share utk kebaikan :)

Lisa Sheila said...

Tu la kan.. Banyak rupanya penyakit hati ni... Macam2 kalau x rwat segera takut brtambah teruk ..ingatan utk lisa jua... :)

Ina Haireina said...

terima kasih kerana berkongsi.. bahaya dgn penyakit hati ni,, huhuhuu..

With Julia said...

perkongsian yg amat berguna...terdetik dihati...lakukan sesuatu sebelum terlambat...tq dear :)

Lisa Sheila said...

Yep k.ina ...

Lisa Sheila said...

Oo.. Thanks for da advice juga..betol gak tu...hee

zulaikha megat said...

perkongsian yang bagus ni lisa..suka suka suka

Amanina said...

peringatan yg baik.. susahnya nk mengubati pnyakit hati ni kalau tak bersangka baik

Mohd Ridzwan Abdullah said...

Peringatan yang baik utk semua...wan pun rsnya ada penyakit hati ni...

P/S: sempat lg ngaku dgn jujurnya entry ni hasil copy paste. Hahaha...suker dgn kejujuran lisa. BTW, it's ok asalkan ianya ilmu yg bermanfaat...bkn tujuan lain selain mengingatkan diri dan blogger lain. Good job, lisa.

Fifi Nadhrah said...

sokong sangat lisa.. fifi kan.. mase kene dugaan TTC ni.. bende2 macam ni la yang fifi banyak belajar..

Lisa Sheila said...

Alhamdulillah :)

Lisa Sheila said...

inshaAllah kita sama2 usaha ke arah merawat hati :)

Lisa Sheila said...

lisa juga masih dalam proses itu wan ..huhu...memang kita manusia ni x lari dari melakukan kesilapan tetapi perkara terbaik yg kita patut lakukan, sedar dan cuba untuk berubah ...hehe

p/s : hehe..dah memang copy paste pun wan... tp lisa rasa macam bermanfaat untuk ingatan bersama so lisa share kat sini..thanks semua sudi baca... :)

Lisa Sheila said...

yep..banyak buat kan kita berfikir dan muhasabah diri kan fifi ..alhamdulillah ... lisa syukur sangat dengan setiap ujian yang datang ...

Nora Karim said...

betul tu... moga kita jauh dari penyakit hati ni...

Lisa Sheila said...

Aamiin..inshaallah kak :)