السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Selamat Sejahtera
Sebelum pergi ke Hatyai, lisa dah set dalam mind ni sebarang kemungkinan boleh berlaku. Jadi memang kena siapkan mental dan fizikal. Kita semua tahu Selatan Thailand ni wilayah yang masih sedang bergolak. Siap sedia dengan kemungkinan yang kita tak mahu jumpa seperti bom atau tembakan.
Sebenarnya, lisa yang beria nak naik keretapi sebab nak rasa pengalaman naik train di Selatan Thailand dan tengok budaya masyarakat Selatan Thai ni. Dari segi bahasa, mereka juga menggunakan loghat kelantan yang slangnya kedengaran agak lain sedikit dari Kelantan. Tapi memang boleh difahami tambahan pula lisa dan en suami memang orang Kelantan pure. Hihi. Jadi kami berkomunikasi dalam loghat Kelantan saja.
Back to the point tadi... en suami ikut saja cadangan lisa sebab dari Sungai Kolok Ke Hatyai kami dah naik van kan. Yang tu ikut cadangan en suami. Hehe. Fair and square. Memang dengan train ni lambat sikitlah nak sampai. Dalam 5 jam atau lebih.
31 Mac 2018, train kami no 447 (ordinary) bertolak dari stesen Hatyai Junction dalam pukul 1 tengahari lebih kurang. Sepanjang perjalanan kami menikmati pemandangan kampung-kampung, bukit bukau dan hutan, tak ada apa-apa masalah sehinggalah sampai di stesen selepas Cho Ai Rong ; selepas Asar lebih kurang pukul 5.15-5.30 petang, Lisa dengar 3 das tembakan yang bunyinya jelas sangat dari gerabak kami. Memang dilepaskan ke arah train kami.
Waktu tu lisa dah blur blur. Bunyi apakah? Bila otak lisa dah dapat proses, >̴̴̴̴̴͡.̮Ơ̴͡kay. Sah ! Bunyi tembakan. Sekejap tu jugak seorang budak lelaki Thai dalam train tu suruh kami turun dari seat masing-masing dan menghadap lantai train. Ini bukan cobaaan, ini betul-betul. Bukan shooting filem. Betul-betul M16 mungkin. Gerabak yang kami duduk tu kat tengah. Jadi lisa nampak penumpang-penumpang kat gerabak belakang kami pun sama juga duduk menghadap lantai train. Dengar suara-suara orang dan baby menangis kat gerabak belakang. Macam dah bising-bising dan mungkin sebab terkejut. Waktu tu lisa dah fikir macam-macam ... Ada yang kena ke? Ada yang mati? Tembakan ni akan berterusan lagi ke? Waktu tembakan berbunyi tu train tetap bergerak macam biasa sehinggalah sampai ke stesen berikutnya, stesen Bukit.
berhenti kat stesen Bukit ; orang kampung dah berkerumun dekat train dan sekitar jalan keretapi |
Syukurlah dah tak ada dengar apa-apa bunyi tembakan dan sewaktu dengannya lagi. Bila train berhenti kat stesen bukit, anggota sukarela (atau kalau macam tempat kita RELA) seramai tiga orang datang ke setiap gerabak tanya penumpang ada yang tercedera tak? Syukurlah tak ada siapa yang cedera. Dalam train tu sebenarnya boleh dikatakan semua orang Thailand. Beberapa orang saja orang Malaysia atau foreigner. Train berhenti agak lama di stesen bukit. Anggota tentera dan polis Thailand datang cek train dan kesan tembakan untuk memastikan keselamatan semua.
Disebabkan lama sangat train berhenti. Kami dah risau takut lewat sampai ke Sempadan Sungai Kolok - Rantau Panjang. Dari stesen bukit tu sebenarnya ada 4 stesen lagi nak sampai ke stesen sungai kolok. Syukur اَلْحَمْدُ ِللهِ ada beberapa orang kampung yang baik hati mahu menghantar kami ke Golok dengan kos tambang yang berpatutan. Kami naik kereta (Hilux) orang kampung (lupa nak tanya nama abang tu dalam kalut-kalut tu) secara berjemaah dengan penumpang train yang lain. Orang kampung cakap 'kereta borong'. Pukul 5.55 petang waktu Thai kami bertolak ke Sungai Kolok. Dalam sejam perjalanan kami sampai di Imigresen Sungai Kolok. Dah siap cop passport kat Imigresen Thai, kami berjalan kaki ke Imigresen Rantau Panjang dan terus ke tempat parking kereta.
laporan berita dari Media Thailand |
Sejujurnya, semua orang dan lisa sendiripun tak pasti siapa yang lepaskan tembakan. Syukur semua selamat. Pengalaman mahal ni kami takkan dapat beli dimana-mana. Ajal kami bukan kat situ. Allah dah tentukan takdir perjalanan hidup kita semua. Selama ni kami cuma dengar cerita dari mulut ke mulut tentang kes-kes tembakan dan bom di Selatan Thai. Sekarang ni, kami sendiri yang melaluinya. Lisa juga terfikir... Bagaimana agaknya orang-orang Syria dan Palestin yang sentiasa berada dalam keadaan 'Zon Perang' melalui hari-hari mereka dengan bunyi tembakan dan bom? ماشاءالله tiba-tiba rasa sebak pula.
Bagi anda yang mahu ke Thailand dengan melalui daerah-daerah bergolak di Selatan Thailand diharap ambil langkah lebih berhati-hati dan kalau boleh elakkan berada berhampiran tentera atau anggota keselamatan mereka. Selamat bercuti... semoga selamat pergi dan kembali.
No comments:
Post a Comment