Saturday, April 27, 2013

Indahnya Hidup Berjiran

Assalamualaikum wbt

Indahnya hidup berjiran kalau saling sama muafakat dan sama-sama menghubungkan sillaturrahim. lisa tinggal  di taman perumahan. so, memang sah-sah la ada jiran kan... hehe... jiran-jiran area rumah lisa ni kebanyakkannya islam dan ada juga yang beragama buddha. 

foto: en google

Islam amat menitikberatkan hidup berjiran dan bermasyarakat... umat Islam berkewajiban mengekalkan hubungan baik dan mesra sesama mereka. Ini kerana ia memainkan peranan penting dalam menjana satu kehidupan setempat yang aman dan harmoni yang boleh memberi kemudahan, kelapangan dan jalan keluar bagi satu-satu kesulitan atau masalah. Tuntutan supaya menjalinkan hubungan baik sesama jiran dijelaskan di dalam firman Allah swt yang bermaksud:
'..dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki'.
(An-Nisaa’ : 36)

Semangat kejiranan dalam masyarakat negara ini secara umumnya dilihat masih kental namun, tidak dinafikan wujud persekitaran di mana sikap tidak mengambil kisah mengenai kebajikan jiran sekeliling semakin ketara.

Justeru, masyarakat perlu menghayati kembali suruhan agama supaya memelihara hubungan kejiranan sebagai satu cara ke arah perpaduan ummah. Tambahan, kawasan perumahan kebanyakannya dihuni penduduk pelbagai bangsa.

Sabda Nabi SAW bermaksud:

“Sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berbuat baik kepada jirannya. Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia menghormati tetamunya. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berkata yang baik dan hendaklah ia diam.” (Hadis riwayat Muslim)

Pesanan Nabi SAW menunjukkan bahawa kehidupan seseorang mukmin tidak sempurna pada kaca mata Islam seandainya hubungan dengan jiran tetangga tidak dipelihara dengan baik serta hidup dalam harmoni.

Sebagai jiran, kita masing-masing ada kewajipan dan ada hak. Abdullah Nasih `Ulwan dalam bukunya Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam, ada memberikan empat asas yang semua pihak patut fahami, malah mengamalkannya:

(i) Jangan menyakiti jiran

Dasar ini memberi erti tidak boleh sama sekali melakukan zina, mencuri, mengutuk dan mencampakkan sampah sarap ke rumah jiran. Jadi perbuatan buruk terhadap jiran anda itu amatlah salah. Melakukan zina atau melakukan pencurian terhadap jiran sepuluh kali ganda lebih buruk daripada melakukannya kepada pihak lain. Hingga hadis Bukhari ada menyebut “Tidak beriman mereka yang menyakiti jiran.”

Manakah lagi satu perbuatan keji selain daripada berzina dengan anak jiran atau mencuri hak mereka. Ia boleh diibaratkan membuang najis ke dalam periuk nasi.

(ii) Memelihara jiran

Setiap daripada kita wajib nmemelihara jiran. Sikap ini menandakan hati yang bersih. Sekali lagi Nabi s.a.w. mengingatkan “Siapa yang memenuhi hajat jirannya, Allah akan memenuhkan hajatnya.”

Kebalikan daripada kejahatan segala kebaikan hendaklah diberikan kepada jiran.

(iii) Berbuat baik kepada jiran

Dengan maksud jika jiran bergembira seperti dapat menantu, anak-anak lulus dengan baik dalam peperiksaan atau pelajaran, maka ikutlah sama memberikan tahniah dan jika mereka berduka kerana kematian keluarganya, berilah takziah, walaupun bukan seagama. Malah jika mereka ditimpai sakit ziarahilah mereka. Jika anda bertemu berilah salam atau sapalah mereka. 

Ertinya, jika ada keperluan mereka kepada pertolongan, mereka hendaklah dibantu. Dalam hal ini nabi Muhammad s.a.w. meletakkan mereka yang menghormati jiran itu sebagai tanda orang yang beriman.

Sebagai orang yang dekat, jiranlah tempat kita memohon pertolongan apa sahaja keperluan. Jiran dalam perkara ini melebihi keluarga sendiri yang tinggal jauh. Jika habis air, garam,beras atau keperluan harian yang lain, maka jiranlah tempat mengadu, apa lagi di kampung. Jika ada kenduri kendara memerlukan kawasan, mangkuk pinggan, atau peralatan dapur, siapa lagi jika bukan jiran yang menjadi tempat untuk meminta bantuan.


(iv) Menanggung kejahatan jiran

Kata pepatah Melayu ‘‘Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali-kali”. 
Memang jika diikutkan hati yang panas, apa sahaja mahu dilakukan kepada jiran yang bersikap negatif. Tetapi Islam meletakkan mereka yang membalas kejahatan jiran dengan kebaikan sebagai kedudukan yang paling mulia.

Rasulullah s.a.w selalu memuji orang yang berlapang dada, mudah memaafkan, memberi kepada mereka yang enggan berbuat begitu kepada kita, malah menghubung silaturrahim dengan mereka yang memutuskan silaturrahim.

Membalas kejahatan dengan kejahatan akan merosakkan perpaduan. Jika ada ruang untuk membaiki keadaan secara baik, itulah jalan paling selamat. Justeru itu kita dituntut memiliki perasaan bersabar dan tidak mudah jadi pemarah. Jangan bersikap panas baran.

Dalam perkara ini pendidikan sejak awal perlu disemai, di mana setiap orang dididik agar tahu dan amalkan sikap berbaik-baik dengan jiran ini. Wallahualam.


haa... itu lah beberapa artikel yang lisa dapat dari Halaqah.net , Islam.gov dan Diari Islamiah.

janganlah plak kita nak dengki khianat kepada jiran tetangga. Apa salahnya saling bantu membantu kan... 

psssttt... teringat plak kat ex-jiran lisa yang dah pindah tahun lepas... macam-macam ragam jiran, tapi sabor jela...kekekee...

14 comments:

Kakzakie said...

Jiran kakak more pada bukan Islam tapi semuanya ok belaka. Tak ada yg buat kacau. Yg baiknya kakak suka mereka pembersih contohnya walau mereka main mercun tapi bila tiba masa dia akan bersihkan...

Lisa Sheila said...

Alhamdulillah kak... hidup berjiran ni indah sangat kalau macam tu kan kak walaupun berlainan agama.

asliner said...

erm..
jiran kite ok..siap bagi makana lagi..
kalau ade buat open house, biasanya jiran akan jemput..hehe

Lisa Sheila said...

Alhamdulillah ..syukur dpt jiran yg baik dan suka bantu membantu...jiran lisa pun mcm tu gak..heee

Nana Liena said...

tempat saya tamannya ada satu ja..huhu..kalau petang2 memang sunyi gila..n rasanya bab jiran ni tak ada masalah kot..sbb kat sini tak ramai..huhu.. tapi sya still tak berapa kenal2 sangat dgn jiran2 lain..huhu

Nurul Aini said...

Seronok kalau dapat jiran yang baik..tapi kalau yang sebaliknya..Tak tahu nak cakap apa.

Amanina said...

Alhamdulillah ada jiran yg baik2 :)

Lisa Sheila said...

hee.. yeke nana.. sunyi.. ok la kalau jiran-jiran semuanya baik-baik.. :)

Lisa Sheila said...

huhu... tu la pasal kan... tapi x pela, ambil yg positif saja... :)

Lisa Sheila said...

Alhamdulillah... :)

latifah zainal said...

hidup berjiran mcm2 ragam.kena pandai sesuaikan diri & banyakkan bersabar.tak rugi pun kalau kita berbaik dgn jiran..kan..kan..

Lisa Sheila said...

Hehe..betul..betul..betul.. :)

Mohd Ridzwan Abdullah said...

Sepanjang wan berjiran selepas beli umah dlm thn 2008, so far ok. Tak macam time sewa umah dalam thn 2007. Sombong yg amat...kami cuba utk sntiasa bersangka baik dan berbaik tapi last2 dibalas buruk jugak. Apa blh buat. Apapun, zaman skrg susah nak dpt jiran yg betul2 prihatin dan memahami.

Prihatin tuh kira prihatin jugaklah, but mostly prihatin yg lebih kpd amik tau hal org lain...pastu jadik internet bergerak with wide coverage...hahaha.

Lisa Sheila said...

Hehe..tu la wan..susah nk dapat jiran yg baik kan.. Kalau mcm lisa... Ada jiran yg jd wartwan x bertauliah,dok je dlm umah..keluar pun brtegur sapa..tnya kabo dan cakap bnda penting2 je..hehe.. Cam gtu je.. Dah jadi kebiasaan kan kawasan kejiranan jd internet with wide coverage..hee.. Sabor jela kan.. :)