Friday, May 17, 2013

10 Perangkap Syaitan

Assalamualaikum wbt 

Alhamdulillah...bertemu dengan penghulu segala hari lagi... :) lisa nk share something yang boleh mengingatkan lisa dan kita semua tentang tipu daya syaitan :) 





10 Perangkap SYAITAN... 

Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu:  

 1. Melalui sifat bohong dan angkuh 
 Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.  

 2. Melalui sifat bakhil dan kedekut 
 Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan Allah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.  

 3. Melalui sifat takbur dan bongkak  
 Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja. ALlah Taala berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur.'' (An-Nahl:23)  

 4. Sifat khianat  
 Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.  

 5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat  
 Junjungan RasuluLlah s.a.w. selalu menasihati para sahabat baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci Allah, iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.  

6. Melalui sifat hasad 
 Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering " (Riwayat Bukhari dan Muslim).  

 7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain  
 Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik iaitu orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil.'' (Riwayat Muslim).  

 8. Melalui sifat ujub atau bangga diri  
 Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja.'' (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)  

 9. Melalui sifat suka berangan-angan  
 Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.  

10. Melalui sifat buruk sangka  
 Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. RasuluLlah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ``Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya.'' (Riwayat Muslim)




Sumber : bintisumayyah 

16 comments:

Aku pengembara said...

Nice sharing.. Bermanfaat dunia akhirat.. keep it up kak.. teruskan dengan info2 bermanfaat. wa kat belakang lu. :)

zulaikha megat said...

banyk sifat syaitan tu ada dalam diri kita bernama manusia ni ya...kadang tu tanpa kita sedari pun...

niesalhaq said...

Ya Allah, tersentak bila baca entry ni. :'(
Bimbang dengan tipuan iblis dan syaitan ni.
Allah, kuatkan hatiku.

Unknown said...

mari kita sama2 jauhi 10 perkara ni...

QasehnyaRania said...

tenkiu ye sbb sudi support..
meh semak link uols dan nantikan keputusannya pada bila2 masa sahaja

http://lobaksusue.blogspot.com/2013/05/senarai-link-perserta-yang-join-qr-mini.html

QasehnyaRania said...

semoga kita dijauhkan sifat2 itu

Fais-SKA said...

semoga ambe dijauhkan la dari 10 sifat tu dan hasutan syaitan...tpu la kalau xpnh ada sifat2 mcm kt atas 2..smoga ALLAH plihara kita semua..

miss yatie said...

Alhamdulillah...peringatan yg baik lisa, kadang2 tak dinafikan tanpa sengaja ada juga terlalai terutama yg no9 tu...nauzubillah...

Tinta Lana said...

Salam lisa :)

TQ sebab share ilmu bermanfaat ni..

Kita sbg manusia, memang ada sikap n sifat seperti diatas ni. cuma, maybe ada yang lebih menonjol berbanding yg lainnya.

Kalau kita tersedar, cepat2lah muhasabah diri, mohon keampunan, mohon dikuatkan hati dariNya dari sifat2 tercela.

Yg bahaya, tak sedar2,huhu. Lagi bhya kalau dah org tegur pun, still tak nak berubah..

nurains said...

semoga dijauhkan daripada sikap-sikap sebegini. aminnn

Aida Ismail said...

Saya tak mahu terperangkap. Saya nak jadi budak baik. Hukhuk~ T_T

Nina Mads said...

nice sharing.. takut jd mcm nie dan kwn2 ada berperangai begini.. masyaallah :(

Latifahzainal said...

sbg manusia adakala sy pun terlalai..tq mengingatkan lisa

izzah said...

moga kita tak terjatuh dalam perangkap syaitan ni yek...nauzubillah..mintak dijauhkan drp perkara2 yg xelok ni..

thanks for the reminder =)

Unknown said...

shaitan ada macam2 cara nak kenakan kita..jadi kena slalu la beringat dan hati2..thanks sebab mengingatkan..hehe

Unknown said...

Meskipun 10 saja perangkap syaitan, tapi susah utk kita trutama wan sndr utk elak kesemuanya. Kadang2 terbabas juga...apapun jom muhasabah hari2...