Friday, July 04, 2014

Ramadhan & Sedekah

Assalamualaikum wbt



Dah lama lisa nk post tentang topik sedekah. Baru sekarang sempat... Alhamdulillah.

Ramadhan datang lagi dan rasa sangat2 bersyukur sebab kita masih diberi peluang untuk menikmati bulan yg penuh barakah ini. Pastinya banyak aktiviti2 ibadah yg boleh kita lakukan sepanjang Ramadhan (dan diteruskan sehingga ke bulan2 lain juga, InshaAllah ^_^ )

Tadarus Al quran, solat2 sunat, perbanyakkan amalan2 sunat yang lain, bersedekah dan sebagainya.

Amalan berSedekah adalah satu amalan yg mulia, kita boleh bersedekah dari segi harta - wang ringgit, makanan, tenaga dan sekalipun senyuman ^___^ ♥♡

Tidak akan miskin org yg bersedekah, sebaliknya Allah menggantikan dengan ssuatu yg lebih baik lagi... kalau bukan dr segi harta, mgkin dari aspek kesihatan, dimana kita jarang sakit, atau dengan dianugerahkan anak2 yg soleh dan solehah.

Bersedekahlah mengikut kemampuan kita... RM 1 juga bernilai kalau itu sahaja yg kita mampu untuk dimasukkan ke tabung masjid selepas berteraweh.  (Sebagai contoh, hihi.. since skrg bulan ramadhan) Yang penting niat kita ikhlas Lillahitaala.

Mungkin pernah antara kita atau orang2 sekitar kita yg selalu merungut duit belanja tidak cukup, duit gaji cepat sangat habis macam air  mengalir, dan sebagainya... cuba kita muhasabah diri kita masing2 dengan sejujur-jujurnya...  (xperlu pandang org lain)

Keberkatan wang yg kita perolehi dapat kita rasa bila kita sentiasa rsa cukup dan rasa cukup tu hadir bila kita sentiasa rs bersyukur dgn apa yg kita ada.

Bersedekahlah walaupun sedikit asalkan ikhlas Lillahitaala.

Ada org cakap...

"Arghh! Aku pun susah... nak sedekah kat orang plak... org pun xde nak kisah pasal aku bila aku susah"

Tahukah kita dengan memberi, kita akan rasa lebih bahagia sebenarnya... kerana automatically, org lain juga senang nk memberi pada kita juga... kita percaya kan... Allah itu Maha Adil.


Selalu ingatkan diri kita dengan maksud ayat dari surah2 dibawah;

Surah Al-Munafiqoon, Verse 10:
وَأَنفِقُوا مِن مَّا رَزَقْنَاكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَىٰ أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ الصَّالِحِينَ

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ".


Surah Aal-e-Imran, Verse 92:
لَن تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ وَمَا تُنفِقُوا مِن شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ

Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.


SELAMAT BERPUASA SEMUA. =) ♥


2 comments:

nuriz said...

Tq atas peringatan sis..sangat bermanfaat,semoga lepas ni ringan tangan kita bersedekah..inshaAllah..amin..

Nina Mads said...

salam ramadhan buat akak sekeluarga :)