Sunday, May 26, 2013

Ingat 5 Perkara Sebelum 5 Perkara

Assalamualaikum wbt

sejak seminggu dua ni... lisa agak jarang buka blog... rasanya belum ada sawang lagi kat sini kan... erkk... adakah tanda-tanda penyakit M semakin menghampiri lisa? argghhh... xtau la nak cakap... tapi yang pastinya lisa agak sibuk seminggu dua ni..hehe...tapi dalam sibuk-sibuk tu sempat juga lisa BW kat mana-mana blog yang terpilih tu kejap-kejap guna fon... huhu... 

bila cakap soal tak sempat, tiba-tiba lisa teringat plak lima perkara sebelum datangnya lima perkara... pernah tak kita terfikir sesuatu yang belum terjadi pada kita? seperti ingat lima perkara ni sebelum datangnya lima perkara lagi ...




eh..eh tetiba ternyanyi plak lagu nasyid Raihan... heee... "...ingat lima perkara sebelum lima perkara... demi masa, sesungguhnya manusia kerugian...melainkan yang beriman dan yang beramal soleh... " ... lalalalala... oke, kome sambung nyanyi sorang-sorang plak la ye... :p




Jom kita muhasabah diri kejap... ingatan untuk diri lisa dan kita semua... 




sumber foto : en google & add blog kat picture itu sendiri :) 

Friday, May 17, 2013

10 Perangkap Syaitan

Assalamualaikum wbt 

Alhamdulillah...bertemu dengan penghulu segala hari lagi... :) lisa nk share something yang boleh mengingatkan lisa dan kita semua tentang tipu daya syaitan :) 





10 Perangkap SYAITAN... 

Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu:  

 1. Melalui sifat bohong dan angkuh 
 Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.  

 2. Melalui sifat bakhil dan kedekut 
 Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan Allah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.  

 3. Melalui sifat takbur dan bongkak  
 Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja. ALlah Taala berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur.'' (An-Nahl:23)  

 4. Sifat khianat  
 Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.  

 5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat  
 Junjungan RasuluLlah s.a.w. selalu menasihati para sahabat baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci Allah, iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.  

6. Melalui sifat hasad 
 Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering " (Riwayat Bukhari dan Muslim).  

 7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain  
 Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik iaitu orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil.'' (Riwayat Muslim).  

 8. Melalui sifat ujub atau bangga diri  
 Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja.'' (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)  

 9. Melalui sifat suka berangan-angan  
 Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.  

10. Melalui sifat buruk sangka  
 Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. RasuluLlah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ``Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya.'' (Riwayat Muslim)




Sumber : bintisumayyah 

Tuesday, May 14, 2013

Sedekah tak semestinya bila dah kaya

Assalamualaikum wbt

Lisa rasa macam dah lama jer tak bukak blog...hehe... padahal baru 2 hari kan ... anda pernah tak tengok rancangan Tanyalah Ustaz di TV 9 dari jam 7am-8am? mesti pernah tengok kan... yang tajuk semalam dan hari ni Positif. Lisa suka tajuk dan pengisian yang disampaikan oleh Ustaz Abdullah Mahmud. 

Ustaz cakap ada 4 golongan yang ada dalam majlis ilmu tu samada golongan pertama yang datang dan 'tersengguk-sengguk faham' atau golongan kedua yang mendengar dan faham tapi tak dapat / tak mampu mengamalkan apa yang didengar atau golongan ketiga yang mendengar dan dapat amalkan tetapi tak dapat ajar / sebarkan kepada orang lain hanya mampu diamalkan sendiri atau golongan keempat yang mendengar, mengamalkan dan mampu menyebarkan / mengajar orang lain pula. Kita golongan yang mana apabila berada dalam majlis ilmu? hehe...

apa kaitan sedekah dengan rancangan Tanyalah Ustaz pulak ni kan? sebenarnya lisa nak bagitau lisa pernah dengar ustaz cakap kalau nak bersedekah tak semestinya bila dah kaya ... haa... dari rancangan ini lah... :) dari situ, lisa mula berfikir dan apa yang ustaz cakap tu memang betul. Kalau nak tunggu kita kaya then baru nak bersedekah... kita tahu ke bila kita akan kaya? entah-entah esok lusa nyawa kita Allah dah cabut... dah tak sempat nak kaya dan bersedekah... hurm... kalau tak mampu bersedekah banyak, bersedekahlah sekadar yang termampu asalkan ikhlas. Mungkin dalam duit gaji / rezeki yang kita dapat tu ada bahagian untuk orang lain juga yang lebih memerlukan... 

sedekah juga tidak semestinya dengan harta benda sahaja, mungkin dari segi perlakuan / perbuatan yang baik dikira juga sebagai sedekah.




Seandainya kita nampak dengan mata kasar kan betapa besarnya ganjaran bagi orang-orang yang bersedekah di akhirat nanti, mesti kita semua berlumba-lumba untuk bersedekah.

bersedekah lah kepada ahli keluarga yang memerlukan, fakir miskin, masjid-masjid, rumah-rumah anak yatim (atau badan-badan kebajikan lain juga), dan lain-lain lagi... :)


sedekah


Ramadhan dah tak lama lagi nak datang, inshaAllah... banyak ganjaran pahala bagi orang-orang yang bersedekah pada bulan Ramadhan. lisa menyeru pada diri lisa sendiri dan anda semua, Jom kita bersedekah. :)

Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang mempunyai harta maka bersedekahlah dengan kekayaannya, dan barangsiapa yang mempunyai ilmu maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barangsiapa yang mempunyai tenaga maka bersedekahlah dengan tenaganya. Sesungguhnya sedekah itu dapat menutup tujuh puluh pintu kejahatan”.


Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhrat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada kaum yang kafir.
(Al Baqarah, Ayat 264)


sumber picture : en google

Sunday, May 12, 2013

Bicara yang baik atau DIAM !

Assalamualaikum wbt


diam



diam



lidah tajam



pesanan imam al ghazali



mohon maaf


"Apabila seorang Muslim berbicara, hendaklah dia berfikir dahulu.  Apabila dia yakin kata-katanya akan  membawa kebaikan dan pahala, bolehlah dia mengatakannya.  Namum apabila dirasakan perkataannya itu tidak elok dan akan menimbulkan keburukan atau dia masih ragu-ragu akan faedah kata-katanya itu, hendaklah dia menahan diri daripada mengungkapkannya.  Sikap sebegini lebih baik dan lebih selamat kerana setiap perkataan yang keluar dari mulutnya dihitung oleh Allah swt.  Allah swt berfirman: ‘Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya melainkan ada disisi-nya malaikat pengawas yang sentiasa sedia menerima dan menulisnya." (Qaf-18)


Imam Ahmad meriwayatkan daripada Anas ra bahawa Rasulullah bersabda: ‘Iman  seseorang tidak akan sempurna kecuali apabila hatinya telah lurus (bersih). Dan hati seseorang tidak akan lurus kecuali apabila lisannya telah terjaga (daripada ucapan-ucapan kotor dan keji.)



akhlak mulia

Thursday, May 09, 2013

Maki Memaki Bukan Akhlak Nabi (Video)

Assalamualaikum wbt

Lisa rasa terpanggil untuk share video ceramah Ust Don Daniyal ... jom kita sama-sama hayati... dan ambil sebagai ingatan bersama... 





pssttt... ceramah ni bukan sempena sebelum PRU je... tapi memang relevan sampai bila-bila pun  :) 
Buang yang keruh, ambil yang jernih ... 
 semoga bermanfaat.


Monday, May 06, 2013

Kata-Kata Hikmah Prof Dr. Muhaya

Assalamualaikum wbt

Lisa sangat minat dan admire kat Prof Muhaya ni... banyak ilmu dan kata-kata hikmah yang dikongsi kan di FB dan semasa program-program beliau samada Reset Minda, Celik Hati ,dll. Jadi lisa nak share kat sini sebagai kata-kata semangat dan peringatan untuk diri lisa sendiri dan kita semua ... :)


Prof Muhaya
en google

  • Lagi cepat kita sakit hati dan marah terutama org yg kita buat baik, suatu indikator kurang keikhlasan dan redha Allah yg kita cari. Bila Allah saja yg kita tuju dan cari, apa makhluk lain buat jadi kecil. Utk tahu kebersihan jiwa lihat berapa kali kita marah dan sakit hati. Jika banyak dan selalu mengenang kebaikan kita pada orang dan kejahatan orang pada kita alangkah jauh nya kita dari Allah dan ketenangan jiwa.



  • Org yg hebat akan membuatkan org lain merasa hebat.. ttp org yg kecil akan suka mengecil2kan org lain... org yg suka membuka keaiban org lain, suka mencari kesalahan org lain, sebenarnya mempunyai banyak keaiban sendiri...


  • 3 kategori manusia : 1. Solih, 2. Tholih, 3. Ghafil ialah orang yang bertuhankan nafsu dan buta mata hati dan tidak nampak kebenaran. Jom audit diri kita yang mana dan cari ilmu dan buat perubahan pada diri sendiri. Ubah sikap dan tabiat. Lihat amalan semalam dan niat ubah jika tidak menjadi orang yang solih yang bertaubat kerana kurang beribadah bukan hanya kerana berdosa seperti taubat orang tolih. Jauhkan diri dari menjadi orang ghafil. Jika solat tidak cukup jom cukupkan dan fahami makna bacaan dalam solat dan amalkan di luar solat. Kaum wanita mulalah menutup aurat jaga solat dan jaga pergaulan. Jadi isteri yang baik dan didik anak anak dengan ilmu Islam. Jangan menyesal di kemudian hari dan di kubor nanti.


  • Bukan apa yang berlaku penting tetapi respon kita terhadap apa yang berlaku yang menentukan kehidupan. Dunia dalaman menentukna dunia luaran. Semoga kita melihat diri dan sibuk memperbetulkan diri hingga tidak nampak keaiban orang lain.


  • Tukar cara kita melihat sesuatu perkara yang kita lihat akan berubah. Guna kaca mata keimanan dan melihat segala sesuatu dengan mata hati dan sebarkan kasih sayang dan sayangi semua orang dan doakan orang yang berdosa di beri hidayah dan di ampunkan dosa mereka dan minta jauh dari kita melakukan kesalahan yang mereka lakukan. Jom audit.


  • Orang yang menyebarkan fitnah kejahatan terhadap orang beriman, Allah menyiksa mereka di dunia lagi- Habib Ali- - Sama audit segala sangkaan buruk kita pada orang lain berdasarkan berita yang belum pasti. Jom lihat diri henti lihat orang. Jangan buat perkara yang kita tidak mahu orang buat pada kita dan anak cucu keturunan kita. Setiap kejahatan dan sangkaan buruk akan menjadi racun hidup kita dan keturunan kita. Jom doakan orang yang berbuat jahat di beri hidayah dan diberi keampunan oleh Allah. Sebar kasih sayang bukan kebencian.


  • Orang minda kecil masaalah Jadi besar, orang minda besar masaalah Jadi kecil. Orang bermasaalah banyak masaalah. Jom audit dan hentikan berkongsi masaalah dgn orang luar. Fokus tenaga melihat diri mencari ilmu beri Kasih sayang, sangka baik, pemurah, niat beri manafaat dan lihat betapa Indah hidup ini bila Kacamata kehidupan kita berubah melihat keindahan dalam semua suasana dan semua orang.


  • Orang yang bijak tidak akan terkesan dgn apa dia lihat dan dengar yang negatif dan hati yang bersih hanya akan menyerap kebaikan. Kita yang tentukan apa yang masuk dalam jiwa kita. Tidak bererti jika ada kemalangan di jalan raya kita tidak akan gunakan jalan raya utk ke destinasi penting. Jom gunakan media mencari ilmu dan hentikan alasan utk tidak mendengar ilmu. Orang berminda kecil mencari alasan and jadi penghalang, orang berminda besar menjadi solusi dan mencari jalan.


  • Lihat apa kita suka baca di facebook, Itu gambaran dunia dalaman kita samaada syurga atau neraka. Kita hanya dapat syurga di luar jika ada syurga di dalam jiwa.


  • Berbagai video and multimedia disebarkan untuk mempengaruhi orang ramai. Ingat lah video kita sendiri Akan dimainkan ketika sakaratul maut dan di Padang masyar nanti. Jom ingat mati, alam kubor, Padang masyar, buku timbangan , titian Sirat yang Akan kita semua PASTI lalui. Jaga diri masing masing. Jaga Akidah, Ibadah , dan akhlak setiap Saat. Di Padang mahsyar tidak Ada lagi video palsu Atau benar, semua adalah benar. Jom refleksi diri dan audit diri. Takut lah hanya pada Allah dan cari keamanan di dunia dan akhirat. Sesiapa méngejar syurga di akhirat PASTI mendapat syurga di dunia tapi sesiapa mengejar syurga di dunia mungkin hilang syurga di akhirat. Wallauallam


  • kita ada pilihanraya setiap hari... iman ke nafsu.. dosa ke pahala.. syurga ke neraka... taat ke maksiat.. Allah redha ke Allah murka...


  • 3 langkah untuk mendapat hidayah : 1. Ibadah dan berbuat kebaikan. 2. Berkawan dgn orang baik, 3. Berdoa Allah beri hidayah.



    p/s : hanya sebahagian saja ni... banyak lagi sebenarnya lisa nak share, takut x larat plak nak baca..hehe... inshaAllah lisa share lain entry plak... :)


    Prof Muhaya
    FB Prof Dr. Muhaya

    Friday, May 03, 2013

    Surah Al Fatihah

    Assalamualaikum wbt

    Salam pagi jumaat... penghulu segala hari... entah kenapa sejak dari dulu lisa dapat rasakan kelainan suasana dan keadaan pada hari jumaat berbanding hari-hari yang lain... - maybe sebab hari cuti kot kat sini... hee... oke, hari ni lisa nak share maksud surah Al Fatihah yang selalu kita baca especially dalam solat dan juga semasa menghadiahkan kepada si mati.

    Al Fatihah mempunyai 7 ayat

    1. Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

    2. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

    3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

    4. Yang Menguasai hari pembalasan.

    5. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.

    6. Tunjuki lah kami jalan yang lurus.

    7. (Iaitu) jalan orang-orang yang Engkau telah beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.



    Surah  Al Fatihah (Pembukaan) adalah surah yang mempunyai 7 ayat dan diturunkan di Mekah. Surah Al Fatihah (Pembukaan) adalah yang pertama dalam Al Quran. Surah ini juga di namakan Ummul Quran (induk Al Quran) dan  Ummul Kitab (induk Al Kitab).

    Terdapat banyak Khasiat Surah Al Fatihah... antaranya ialah ;

    Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: 

    "Membaca Al-Fatihah  pahalanya seperti sepertiga Al-Quran."

     Nabi Muhammad SAW juga bersabda:

    "Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya."  

    "Al-Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin."


    untuk mengetahui banyak lagi khasiat Al Fatihah sila jenguk sini ... DakwahMutiaraHikmah.

    Semoga Bermanfaat :)