Friday, November 29, 2013

Tempahan Tudung Labuh Kain Koshibo, Tudung Mesir :)

Assalamualaikum wbt 

Lama sangat lisa x online... memang sah...dah bersawang penuh blog ni..hehe..

Apa habaq blogger semua... sihat?

Lisa agak sibuk dengan bisnes kecil-kecilan yang baru... hehe...  
Jom pakat ramai2 LIKE Fan Page lisa...

Tempahan Tudung Labuh Koshibo ! Semoga bermanfaat...
Page ni baru je... atau nak follow instagram pun boleh... TempahanTudungLabuh

Lisa menerima tempahan tudung labuh kain koshibo, atau nak beli kain koshibo je, then tudung mesir bidang 60, stokin sandy, sarung lengan donna dan akan datang stok baru...inshaallah pelapik dagu instant...

Jom layan gambar antara produk-produk muslimah yang terdapat di Tempahan Tudung Labuh Koshibo (FanPage) lisa ... :)

Kain koshibo pelbagai warna... pilih je nak color ape... :) 

Sarung Lengan dan Stokin Sandy

Antara beberapa helai Tudung Mesir petak kecil... ada beberapa warna lagi.
Jom berkunjung ke Fan Page lisa.
psstt... abaikan FB : KoleksiMuslimah sbb akaun fb tu dah x bleh guna ada masalah teknikal..sobsobsob

Antara stok kain koshibo... 1.5 meter ... pelbagai warna...

yang ni antara stok Tudung Mesir... jom grab hari ini... hehe...

Pilih... pilih... pilih... then PM lisa melalui FB, SMS, WeChat, atau LINE 
010 781 4699 :)

So, anda yang nak buat tempahan...jom PM lisa jer... jangan malu2, jangan segan2... jom..jom.. :)

pssttt... inshaallah ada masa dan kesempatan lisa update apa2 kat blog ni lagi...

Selamat Malam.

Thursday, June 20, 2013

Kata-Kata Hikmah Prof Muhaya (2)

Assalamualaikum wbt

Actually, lisa memang x sempat nak bukak blog setiap hari sekarang ni... so, lisa decide buat autopost la ...hehe... lisa nak share lagi kata-kata hikmah atau tazkirah dari Prof Muhaya since ramai yang search kan... lisa ambil dari FB Prof Muhaya... :) 

Jom kita baca, hayati dan amalkan...inshaallah ...




org yg hebat akan membuatkan org lain merasa hebat.. ttp org yg kecil akan suka mengecil2kan org lain... org yg suka membuka keaiban org lain, suka mencari kesalahan org lain, sebenarnya mempunyai banyak keaiban sendiri...


Sebelum kahwin, iblis menggoda manusia supaya berzina selepas kahwin iblis menggoda supaya bercerai- Jom audit. Jika kita sudah berumah tangga dan keadaan tidak bahagia itu adalah bisikan iblis.Maka, cari ilmu dan dekatkan diri pada Allah dan jaga solat dan istiqamah solat berjemaah.


3 pintu utama iblis masuk pada kita 1. nafsu syahwat, 2. kelalaian, 3. kejahilan.


Semoga kita yang bekerja hari ini niat untuk solat tepat pada waktu dan memberi kebaikan dan bermanfaat. suri rumah tangga semoga niat memenuhi waktu dengan perkara berfaedah dan atur ibadah sunat dengan baik dan amalkan mendengar ilmu semasa menjalankan tugas. Setiap ilmu yang baik menjadi makanan jiwa yang mendidik diri dan meningkatkan kesedaran ketuhanan. Jom audit.


Pilihan kita setiap hari menggambarkan keimanan kita- Pilihan juga menentukan hasil kehidupan dunia dan akhirat. Lihat hasil kehidupan kita, jika tidak seperti kita mahu, henti menyalahkan orang lain dan ambil tanggung jawab dan buat pilihan berbeza utk hasil berbeza. Jom audit diri.

Semoga kita menganggap semua berlaku pada kita sebagai cermin diri kita. InsyaAllah akan hilang segala menyalahkan sebaliknya akan mengambil tanggung jawab. Anggap semua peristiwa pelajaran kehidupan.


then, lastly ada story dari page prof ... 


Take time to read.... very nice story..

A man woke up early in order to have his morning devotion. He got dressed, set on his way to Allah's house.

On his way to the MASJID, the man fell and his clothes got dirty.. He got up, brushed himself up, and headed home.

At home, he changed his clothes, and was, again, on his way to the MASJID.

On his way to the MASJID, he fell again at the same spot! He, again, got up, brushed himself off and headed home.

At home he, once again, changed his clothes and was on his way to Allah's house.

On his way to the MASJID, he met a man holding a lamp. He asked the man of his identity and the man replied 'I saw you fall twice on your way to the MASJID, so I brought a lamp so I can light your way.

The first man thanked him profusely and the two went on their way to the MASJID.

Once at the MASJID, the first man asked the man with the lamp to come in and offer SALAAH with him.

The second man refused.

The first man asked him a couple more times and, again, the answer was the same.

The first man asked him why he did not wish to come in and pray.

The man replied, 'I am Satan'. The man was shocked at this reply. Satan went on to explain, 'I saw you on your way to the MASJID and it was I who made you fall. When you went home, cleaned yourself and went back on your way to the MASJID, Allah ( s.w.t) forgave all of your sins.

I made you fall a second time, and even that did not encourage you to stay home, but rather, you went back on your way to MASJID. Because of that, Allah (s.w.t) forgave all the sins of the people of your household.

I was afraid if I made you fall one more time, then Allah (s.w.t )will forgive the sins of the whole nation (world)so I made sure that you reached the MASJID safely.'

Do not put off the good you intended to do as you never know how much reward you might receive from the hardships you encounter while trying to achieve that good.

For your righteousness can save your family and nation at large.

Do this and see the victory of the Allah ( s.w.t )

If forwarding this message will bother you, or take too much time from you, then don't do it, but you will not get the reward of it, which is great.

Wouldn't it be easy just to press 'Forward' and receive this reward?

Praise be to Allah ( s.w.t) in the highest.

🔲When you Carry the Quran. Shaitan gets a Headache.

🔲When you Open it, he Collapses.

🔲When he Sees you Reading it, he Faints.

🔲 When he Sees you are living what you read,
he Flees.

And
🔲 when you are about to Forward this Message, he will try to Discourage you...

I Defeated him,
WILL YOU?

semoga bermanfaat ... :)

Monday, June 17, 2013

Aktiviti Cuti Sekolah : Minggu Kedua - Teluk Cempedak

Assalamualaikum wbt


Meh baca sini dulu ... 


ermm, ikutkan hati macam da x mau post /citer pasal cuti itu hari... sudah lama berlalu..hihi..tapi lisa da bagtau kan kat entry yang lepas nak citer jugak kot2 boleh dijadikan panduan bagi sesiapa yang belum pernah dan nak pergi TC... :)

lisa x sempat nak bukak letop, tu yang terperap je entry ni...hehe... apapun, terima kasih pada blogger yang sudi berkunjung ke blog lisa... maaf sesangat sebab belum sempat lagi berkunjung ke blog anda semua :) inshaallah nnti lisa zuussss ke blog anda yer :p

5/6/13 : pagi sebelum naik boat ke jeti Pulau Kapas, kami jalan2 dulu sekitar pulau tu... jalan2 tepi pantai sebelum check out... then, kami breakfast kat kafe, lupa apa nama kafe tu. 


cotton island
jalan-jalan cari breakfast

cotton island
view dari kafe yang kami breakfast

pulau kapas
jambatan / laluan yang menghubungkan kami bergerak
dari satu chalet ke chalet yang lain

Alhamdulillah dah siap breakfast dan snap2 picture, kami checkout dan bergerak ke jeti, terus bertolak ke Teluk Chempedak. Kami singgah sekejap kat kubur arwah ayah. Selepas 2 bulan... :'(

Actually, En suami macam nak pergi sampai cherating je, tapi cherating macam biasa je pantainya... so, kami terus gerak ke TC. On the way tu, sempat lagi kami singgah makan otak-otak dan sata kat gerai Otak-Otak Che Wan. Memang sedap. Lokasi, ikut signboard ke Pantai Mak Nik, Kemaman, Terengganu.


otak-otak che wan
Otak-otak dan sata

ada juga menu lain, pais ikan, mee kari, mee sup dan banyak lagi :)

Alhamdulillah, licin semuanya,  :p kami bertolak ke Teluk Chempedak. Kami sampai TC dalam pukul 5 petang. En suami belum pernah sampai ke sini... hehe... dia suka sangat,  cantik katanya ... :)


TC
Pantai Teluk Chempedak

Pantai
Subhanallah, cantiknya alam ciptaan Allah kan...










kami tinggal satu malam je kat sini... check in Hotel TC, harga oke je... Rm 80 untuk satu malam, ada aircond dan TV. Check in kat kaunter bayaran kedai cenderamata kat bawah hotel sebab hotel tu juga milik tuan kedai cenderamata tu. Hotel dekat dengan parking dan jalan kaki je ke pantai. bilik baru dan selesa. :) tapi sayangnya lisa xdapat nak post picture dalam bilik sebab tab tu buat hal dan picture dalam gallery tetiba jadi gelap :(

pintu hotel :)
bilik kat tingkat atas, bawah tu kedai cenderamata
then malam tu kami keluar dinner ke Tanjung Lumpur, makan ikan bakar. kami ke Ana Ikan Bakar. kalau dari TC dalam 10-15 minit je drive. lisa ingatkan hari hujan, so xdela ramai sangat orang... sekali sampai sana...penuh jugak even hujan lebat... agak lama menunggu order sampai... adalah dekat setengah jam jugak...menguji kesabaran sungguh... tapi xpela, bukan selalu kan :)

View dari luar, penuh parking

berbaloi tunggu lama sebab memang sedap, Alhamdulillah :)

Semua sedap, en suami suka sangat ikan bakar tu... lisa suka sotong celup tepung. Alhamdulillah. :)

6/6/13 : balik :) Dalam perjalanan balik, kami ziarah kubur arwah ayah sekali lagi... cepatnya sekeliling kubur arwah ayah tu dah penuh dengan penghuni lain... 

then, dalam pukul 1 tengahari, kami bertolak ... erm, sempat lagi kami singgah rehat kejap kat Pantai Rantau Abang, Dungun. Tak ada apa yang menarik. entah lah. macam suram je... mungkin waktu petang ramai orang datang kot. 

rantau abang


Apapun, seronok sangat dapat spent time yang berkualiti dengan en suami dan yang paling penting dapat ziarah kubur arwah ayah di Paka, Terengganu. 2 dalam 1 :) 


Tuesday, June 11, 2013

Aktiviti Cuti Sekolah : Minggu Kedua - Pulau Kapas

Assalamualaikum wbt

alahaii... macam lama je tak update sini...lisa sangat kurang rajin nak bukak letop dan update.... hee...pengakuan jujur lagi berani... minggu kedua cuti sekolah lisa spent time together gether with en suami... kami ke Pulau Kapas, Terengganu dan Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang...

Percutian yang tak berapa dirancang sangat... so, lisa corat coret sket kat sini, kot2 boleh dijadikan pnduan bg yang ingin bercuti ke Pulau  Kapas dan Teluk Cempedak, nak santai2 ngan famli, oke la.,, ;)

4/6/13 : bertolak dari rumah ke Terengganu lepas subuh...adalah dalam pukul 6 lebih am... ;) & sampai KT dalam pukul 9am, kami breakfast kat Pantai Batu Burok... tapi macam dah jadi branch je (breakast & lunch) since makan lauk tengahari daa...hee.. then rehat sekejap kat Pantai Batu Burok dalam sejam, kami bertolak ke Marang... terus cari Jeti Pulau Kapas.




Actually, lisa da survey-survey & searching2 la jugak kat internet pasal  chalet, aktiviti menarik yg boleh dilakukan kat sana nanti...hehe.., jadi setelah dipertimbang-timbangkan, kami pilih Chalet MakCik Gemuk... bilik aircond dah habis orang booked...almaklum la cuti sekolah, so kami ambil bilik yang ada fan je, not bad untuk satu malam...Rm 80... hehe...kami pergi 2D1N je. owhh, kami tak ambil pakej pun... Kalu nak pakej, banyak...boleh survey2 kat jeti tu,macam2 resort dengan harga yang berpatutan ada...boleh je nak pilih kat situ nnti. kami just walk in je. ;)







Kami tunggu lama jugak lah kat jeti tu untuk naik speed boat ke Pulau Kapas aka cotton island.  ;) pkul 1 pm baru boleh bertolak since depa tggu orang bg penuh boat. tambang pergi balik perhead rm40. lisa minta kurang tapi xbagi...huhu... haa...feri pun ada kalau ada yang nak naik feri boleh je. naik boat dalam 10-15 minit je...dekat je kan... kalau dok dari jeti atau tepi jalan tu pun nampak Pulau Kapas. lisa ada terbaca dalam 6KM je rasanya dari darat...erk darat ke, hehe...

oke, da sampai kat bilik makcik gemuk, kami usha-usha juga yg mana satu makcik gemuk ni... ada kami ternampak makcik gemuk tu, tapi xpasti plak sebab xtegur pun. akak kaunter kat jeti cakap kalau pergi tanya sendiri betul ke ni makcik gemuk,dia mesti xngaku sebabnya takut orang mintak less harga bilik atau makan...haha...kelakar plak, akak tu gurau2 manja. ;)

petang tu, terus je kami lanjutkan dgn aktiviti snorkeling... sewa alatan snorkeling tu rm 15 perhead. kalau nak pi snorkeling kat taman laut, means kena naik boat la kan... tambah lah rm10 lagi... pergi balik...kalau xmau naik boat, jalan kaki pun boleh ikut jambatan yang dah disediakan.












oke lah, inshaallah lisa sambung lagi esok... ;)
time to masuk dapur... ;)

continue...

Aktiviti Cuti Sekolah : Minggu Kedua - Teluk Cempedak

Sunday, June 02, 2013

Aktiviti Cuti Sekolah : Minggu Pertama :)

Assalamualaikum wbt

Sekadar open diary... hehe... 

31/5/13 :  Kenduri kahwin adik ipar my sis kat Dewan Beta, Kadok, Kelantan. Takdelah jauh sangat dari rumah lisa... dalam 20 minit ikut jalan shortcut... :) 




My Mom & My Sis




psstt... gambar pengantinnya ada, tapi xmau la letak tanpa kebenaran...hehe.. poyo je kan lisa ni...ermm...

1/6/13 : Lepas tu semalam kenduri kat rumah pak sepupu lisa kat Kampung Kok Keli, Tumpat pulak... :) pergi pun sekejap jela sebab banyak planning... 

Hantaran dari pihak pengantin perempuan


lepas siap makan, balik tu singgah plak kat kenduri kahwin anak kawan en suami tapi tak makan lah... singgah je, then pergi kenduri kahwin anak kawan arwah ayah kat Jalan PCB. Sebelum ni arwah ayah dah janji nak pergi kan, so kawan ayah, Pak Cik Leh call lisa... jemput dan suh gantikan ayah.

Pak Cik Leh, kawan baik arwah ayah
dah siap sesi sembang-sembang dan makan-makan, memanjangkan lagi sillaturrahim... kami tengok makin ramai orang datang... kalau still dok kat situ lagi, xcukup kerusi, meja orang lain nak makan plak, dah la conquer 1 meja..hehe... so kami minta diri dan terus ke Pantai Geting, Tumpat plak tengok Pesta Wau ... hari penutup da pun... hehe... Pesta Wau ni rupanya peringkat antarabangsa la ye sebab melibatkan 18 buah negara termasuk Malaysia, Thailand, India, Indonesia, Jerman, Jepun dan banyak lagi...  :)








Dalam pukul 6.30 pm kami balik, on the da way balik, singgah solat maghrib kat surau, then kami singgah makan plak kat Restoran Kahfi, Wakaf Bharu. Memang da plan da nak makan malam rama-ramai kat situ..hehe... last makan kat situ reramai dalam tahun 2008 lepas beberapa hari kenduri kahwin lisa... hehe... my sis cakap kedai pun dah makin maju, makin besar... :)




Alhamdulillah... dah kenyang... sampai umah diorang terus buka TV tengok bola plak JDT vs Pahang. Lisa da penat sangat, masuk bilik je. hehe... 

2/6/13 : My sis dan famli dah bertolak balik KL arini... My mom pun ikut sekali...so, berdua lah kami kat rumah ni... ermm, esok ada lagi satu kenduri kahwin nak kena pergi... 

then, lusa... InshaAllah ... time to spent together-gether plak...heee... xsabar nak cuti-cuti Malaysia. Hehe...
InshaAllah :)

Sunday, May 26, 2013

Ingat 5 Perkara Sebelum 5 Perkara

Assalamualaikum wbt

sejak seminggu dua ni... lisa agak jarang buka blog... rasanya belum ada sawang lagi kat sini kan... erkk... adakah tanda-tanda penyakit M semakin menghampiri lisa? argghhh... xtau la nak cakap... tapi yang pastinya lisa agak sibuk seminggu dua ni..hehe...tapi dalam sibuk-sibuk tu sempat juga lisa BW kat mana-mana blog yang terpilih tu kejap-kejap guna fon... huhu... 

bila cakap soal tak sempat, tiba-tiba lisa teringat plak lima perkara sebelum datangnya lima perkara... pernah tak kita terfikir sesuatu yang belum terjadi pada kita? seperti ingat lima perkara ni sebelum datangnya lima perkara lagi ...




eh..eh tetiba ternyanyi plak lagu nasyid Raihan... heee... "...ingat lima perkara sebelum lima perkara... demi masa, sesungguhnya manusia kerugian...melainkan yang beriman dan yang beramal soleh... " ... lalalalala... oke, kome sambung nyanyi sorang-sorang plak la ye... :p




Jom kita muhasabah diri kejap... ingatan untuk diri lisa dan kita semua... 




sumber foto : en google & add blog kat picture itu sendiri :) 

Friday, May 17, 2013

10 Perangkap Syaitan

Assalamualaikum wbt 

Alhamdulillah...bertemu dengan penghulu segala hari lagi... :) lisa nk share something yang boleh mengingatkan lisa dan kita semua tentang tipu daya syaitan :) 





10 Perangkap SYAITAN... 

Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu:  

 1. Melalui sifat bohong dan angkuh 
 Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.  

 2. Melalui sifat bakhil dan kedekut 
 Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan Allah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.  

 3. Melalui sifat takbur dan bongkak  
 Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja. ALlah Taala berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur.'' (An-Nahl:23)  

 4. Sifat khianat  
 Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.  

 5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat  
 Junjungan RasuluLlah s.a.w. selalu menasihati para sahabat baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci Allah, iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.  

6. Melalui sifat hasad 
 Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering " (Riwayat Bukhari dan Muslim).  

 7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain  
 Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik iaitu orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil.'' (Riwayat Muslim).  

 8. Melalui sifat ujub atau bangga diri  
 Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja.'' (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)  

 9. Melalui sifat suka berangan-angan  
 Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.  

10. Melalui sifat buruk sangka  
 Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. RasuluLlah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ``Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya.'' (Riwayat Muslim)




Sumber : bintisumayyah 

Tuesday, May 14, 2013

Sedekah tak semestinya bila dah kaya

Assalamualaikum wbt

Lisa rasa macam dah lama jer tak bukak blog...hehe... padahal baru 2 hari kan ... anda pernah tak tengok rancangan Tanyalah Ustaz di TV 9 dari jam 7am-8am? mesti pernah tengok kan... yang tajuk semalam dan hari ni Positif. Lisa suka tajuk dan pengisian yang disampaikan oleh Ustaz Abdullah Mahmud. 

Ustaz cakap ada 4 golongan yang ada dalam majlis ilmu tu samada golongan pertama yang datang dan 'tersengguk-sengguk faham' atau golongan kedua yang mendengar dan faham tapi tak dapat / tak mampu mengamalkan apa yang didengar atau golongan ketiga yang mendengar dan dapat amalkan tetapi tak dapat ajar / sebarkan kepada orang lain hanya mampu diamalkan sendiri atau golongan keempat yang mendengar, mengamalkan dan mampu menyebarkan / mengajar orang lain pula. Kita golongan yang mana apabila berada dalam majlis ilmu? hehe...

apa kaitan sedekah dengan rancangan Tanyalah Ustaz pulak ni kan? sebenarnya lisa nak bagitau lisa pernah dengar ustaz cakap kalau nak bersedekah tak semestinya bila dah kaya ... haa... dari rancangan ini lah... :) dari situ, lisa mula berfikir dan apa yang ustaz cakap tu memang betul. Kalau nak tunggu kita kaya then baru nak bersedekah... kita tahu ke bila kita akan kaya? entah-entah esok lusa nyawa kita Allah dah cabut... dah tak sempat nak kaya dan bersedekah... hurm... kalau tak mampu bersedekah banyak, bersedekahlah sekadar yang termampu asalkan ikhlas. Mungkin dalam duit gaji / rezeki yang kita dapat tu ada bahagian untuk orang lain juga yang lebih memerlukan... 

sedekah juga tidak semestinya dengan harta benda sahaja, mungkin dari segi perlakuan / perbuatan yang baik dikira juga sebagai sedekah.




Seandainya kita nampak dengan mata kasar kan betapa besarnya ganjaran bagi orang-orang yang bersedekah di akhirat nanti, mesti kita semua berlumba-lumba untuk bersedekah.

bersedekah lah kepada ahli keluarga yang memerlukan, fakir miskin, masjid-masjid, rumah-rumah anak yatim (atau badan-badan kebajikan lain juga), dan lain-lain lagi... :)


sedekah


Ramadhan dah tak lama lagi nak datang, inshaAllah... banyak ganjaran pahala bagi orang-orang yang bersedekah pada bulan Ramadhan. lisa menyeru pada diri lisa sendiri dan anda semua, Jom kita bersedekah. :)

Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang mempunyai harta maka bersedekahlah dengan kekayaannya, dan barangsiapa yang mempunyai ilmu maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barangsiapa yang mempunyai tenaga maka bersedekahlah dengan tenaganya. Sesungguhnya sedekah itu dapat menutup tujuh puluh pintu kejahatan”.


Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhrat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada kaum yang kafir.
(Al Baqarah, Ayat 264)


sumber picture : en google

Sunday, May 12, 2013

Bicara yang baik atau DIAM !

Assalamualaikum wbt


diam



diam



lidah tajam



pesanan imam al ghazali



mohon maaf


"Apabila seorang Muslim berbicara, hendaklah dia berfikir dahulu.  Apabila dia yakin kata-katanya akan  membawa kebaikan dan pahala, bolehlah dia mengatakannya.  Namum apabila dirasakan perkataannya itu tidak elok dan akan menimbulkan keburukan atau dia masih ragu-ragu akan faedah kata-katanya itu, hendaklah dia menahan diri daripada mengungkapkannya.  Sikap sebegini lebih baik dan lebih selamat kerana setiap perkataan yang keluar dari mulutnya dihitung oleh Allah swt.  Allah swt berfirman: ‘Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya melainkan ada disisi-nya malaikat pengawas yang sentiasa sedia menerima dan menulisnya." (Qaf-18)


Imam Ahmad meriwayatkan daripada Anas ra bahawa Rasulullah bersabda: ‘Iman  seseorang tidak akan sempurna kecuali apabila hatinya telah lurus (bersih). Dan hati seseorang tidak akan lurus kecuali apabila lisannya telah terjaga (daripada ucapan-ucapan kotor dan keji.)



akhlak mulia