Tuesday, June 11, 2013

Aktiviti Cuti Sekolah : Minggu Kedua - Pulau Kapas

Assalamualaikum wbt

alahaii... macam lama je tak update sini...lisa sangat kurang rajin nak bukak letop dan update.... hee...pengakuan jujur lagi berani... minggu kedua cuti sekolah lisa spent time together gether with en suami... kami ke Pulau Kapas, Terengganu dan Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang...

Percutian yang tak berapa dirancang sangat... so, lisa corat coret sket kat sini, kot2 boleh dijadikan pnduan bg yang ingin bercuti ke Pulau  Kapas dan Teluk Cempedak, nak santai2 ngan famli, oke la.,, ;)

4/6/13 : bertolak dari rumah ke Terengganu lepas subuh...adalah dalam pukul 6 lebih am... ;) & sampai KT dalam pukul 9am, kami breakfast kat Pantai Batu Burok... tapi macam dah jadi branch je (breakast & lunch) since makan lauk tengahari daa...hee.. then rehat sekejap kat Pantai Batu Burok dalam sejam, kami bertolak ke Marang... terus cari Jeti Pulau Kapas.




Actually, lisa da survey-survey & searching2 la jugak kat internet pasal  chalet, aktiviti menarik yg boleh dilakukan kat sana nanti...hehe.., jadi setelah dipertimbang-timbangkan, kami pilih Chalet MakCik Gemuk... bilik aircond dah habis orang booked...almaklum la cuti sekolah, so kami ambil bilik yang ada fan je, not bad untuk satu malam...Rm 80... hehe...kami pergi 2D1N je. owhh, kami tak ambil pakej pun... Kalu nak pakej, banyak...boleh survey2 kat jeti tu,macam2 resort dengan harga yang berpatutan ada...boleh je nak pilih kat situ nnti. kami just walk in je. ;)







Kami tunggu lama jugak lah kat jeti tu untuk naik speed boat ke Pulau Kapas aka cotton island.  ;) pkul 1 pm baru boleh bertolak since depa tggu orang bg penuh boat. tambang pergi balik perhead rm40. lisa minta kurang tapi xbagi...huhu... haa...feri pun ada kalau ada yang nak naik feri boleh je. naik boat dalam 10-15 minit je...dekat je kan... kalau dok dari jeti atau tepi jalan tu pun nampak Pulau Kapas. lisa ada terbaca dalam 6KM je rasanya dari darat...erk darat ke, hehe...

oke, da sampai kat bilik makcik gemuk, kami usha-usha juga yg mana satu makcik gemuk ni... ada kami ternampak makcik gemuk tu, tapi xpasti plak sebab xtegur pun. akak kaunter kat jeti cakap kalau pergi tanya sendiri betul ke ni makcik gemuk,dia mesti xngaku sebabnya takut orang mintak less harga bilik atau makan...haha...kelakar plak, akak tu gurau2 manja. ;)

petang tu, terus je kami lanjutkan dgn aktiviti snorkeling... sewa alatan snorkeling tu rm 15 perhead. kalau nak pi snorkeling kat taman laut, means kena naik boat la kan... tambah lah rm10 lagi... pergi balik...kalau xmau naik boat, jalan kaki pun boleh ikut jambatan yang dah disediakan.












oke lah, inshaallah lisa sambung lagi esok... ;)
time to masuk dapur... ;)

continue...

Aktiviti Cuti Sekolah : Minggu Kedua - Teluk Cempedak

14 comments:

Aniq Bukhary said...

Serius cantik tempat nie kak.. ada rezki nti Aniq pun nak pegi sini la.. :)

Nies alhaQ said...

Subhanallah, tenang je tgk view pantai. Huuu.
Alhamdulilla, dapat jugak habiskan cuti dgn pperkara bermanfaat kan :)

:: Cik Viva :: said...

cantik laut tu...biru mata hitamku..hehe

S.K.A said...

best x pergi pulau kapas kakLisa??? byk aktiviti?? sy prnah jgk nk pergi dlu, tp cancel sbb ombak besar time 2..

S.K.A said...

best x pergi pulau kapas kakLisa??? byk aktiviti?? sy prnah jgk nk pergi dlu, tp cancel sbb ombak besar time 2..

Mohd Ridzwan Abdullah said...

Waaahhhh...jalan2 lagi rupanya. Patutlah...

Fifi Nadhrah said...

hari tu kan lisa.. lagi sikit nak terpergi pulau kapas.. tapi tak kesampaian.. inshaAllah suatu hari nanti..

Azian Elias said...

salam kenal..


cantiknya.. suka tengok...

latifah zainal said...

wahh..masih dalam cuti2 malaysia lagi nampaknya..cantik view tu lisa

iwannabeumie said...

MasyaAllah..cantiknya pemandangannya lisa..rasa tenang je bila lihat laut ni..inikan pula laut yg jernih hijau kebiruan..sungguh hebat ciptaan Tuhan..

KY said...

wah bestnya, KY ni bilalah dapat cuti, maklumlah kalau yg ini tak ada kerja, yg itu pulak ada, kalau ibu abah dah ok, anak2 pulak ada kelas...susah susah heeeee

Fifi Nadhrah said...

fifi singgah pagi ambil udare pulau kapas.. :)

Aida Ismail said...

Seronoknyaa. Tak pernah sampai lagi ke Pulau Kapas ni. ^^ Holiday ke honeymoon ni Lisa? Hehe. Unik betul nama chalet tu.

Nana Liena said...

pulau kapas..bestnya la..huhu..dah lama tak melancong.. T___T