Saturday, April 27, 2013

Indahnya Hidup Berjiran

Assalamualaikum wbt

Indahnya hidup berjiran kalau saling sama muafakat dan sama-sama menghubungkan sillaturrahim. lisa tinggal  di taman perumahan. so, memang sah-sah la ada jiran kan... hehe... jiran-jiran area rumah lisa ni kebanyakkannya islam dan ada juga yang beragama buddha. 

foto: en google

Islam amat menitikberatkan hidup berjiran dan bermasyarakat... umat Islam berkewajiban mengekalkan hubungan baik dan mesra sesama mereka. Ini kerana ia memainkan peranan penting dalam menjana satu kehidupan setempat yang aman dan harmoni yang boleh memberi kemudahan, kelapangan dan jalan keluar bagi satu-satu kesulitan atau masalah. Tuntutan supaya menjalinkan hubungan baik sesama jiran dijelaskan di dalam firman Allah swt yang bermaksud:
'..dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki'.
(An-Nisaa’ : 36)

Semangat kejiranan dalam masyarakat negara ini secara umumnya dilihat masih kental namun, tidak dinafikan wujud persekitaran di mana sikap tidak mengambil kisah mengenai kebajikan jiran sekeliling semakin ketara.

Justeru, masyarakat perlu menghayati kembali suruhan agama supaya memelihara hubungan kejiranan sebagai satu cara ke arah perpaduan ummah. Tambahan, kawasan perumahan kebanyakannya dihuni penduduk pelbagai bangsa.

Sabda Nabi SAW bermaksud:

“Sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berbuat baik kepada jirannya. Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia menghormati tetamunya. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berkata yang baik dan hendaklah ia diam.” (Hadis riwayat Muslim)

Pesanan Nabi SAW menunjukkan bahawa kehidupan seseorang mukmin tidak sempurna pada kaca mata Islam seandainya hubungan dengan jiran tetangga tidak dipelihara dengan baik serta hidup dalam harmoni.

Sebagai jiran, kita masing-masing ada kewajipan dan ada hak. Abdullah Nasih `Ulwan dalam bukunya Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam, ada memberikan empat asas yang semua pihak patut fahami, malah mengamalkannya:

(i) Jangan menyakiti jiran

Dasar ini memberi erti tidak boleh sama sekali melakukan zina, mencuri, mengutuk dan mencampakkan sampah sarap ke rumah jiran. Jadi perbuatan buruk terhadap jiran anda itu amatlah salah. Melakukan zina atau melakukan pencurian terhadap jiran sepuluh kali ganda lebih buruk daripada melakukannya kepada pihak lain. Hingga hadis Bukhari ada menyebut “Tidak beriman mereka yang menyakiti jiran.”

Manakah lagi satu perbuatan keji selain daripada berzina dengan anak jiran atau mencuri hak mereka. Ia boleh diibaratkan membuang najis ke dalam periuk nasi.

(ii) Memelihara jiran

Setiap daripada kita wajib nmemelihara jiran. Sikap ini menandakan hati yang bersih. Sekali lagi Nabi s.a.w. mengingatkan “Siapa yang memenuhi hajat jirannya, Allah akan memenuhkan hajatnya.”

Kebalikan daripada kejahatan segala kebaikan hendaklah diberikan kepada jiran.

(iii) Berbuat baik kepada jiran

Dengan maksud jika jiran bergembira seperti dapat menantu, anak-anak lulus dengan baik dalam peperiksaan atau pelajaran, maka ikutlah sama memberikan tahniah dan jika mereka berduka kerana kematian keluarganya, berilah takziah, walaupun bukan seagama. Malah jika mereka ditimpai sakit ziarahilah mereka. Jika anda bertemu berilah salam atau sapalah mereka. 

Ertinya, jika ada keperluan mereka kepada pertolongan, mereka hendaklah dibantu. Dalam hal ini nabi Muhammad s.a.w. meletakkan mereka yang menghormati jiran itu sebagai tanda orang yang beriman.

Sebagai orang yang dekat, jiranlah tempat kita memohon pertolongan apa sahaja keperluan. Jiran dalam perkara ini melebihi keluarga sendiri yang tinggal jauh. Jika habis air, garam,beras atau keperluan harian yang lain, maka jiranlah tempat mengadu, apa lagi di kampung. Jika ada kenduri kendara memerlukan kawasan, mangkuk pinggan, atau peralatan dapur, siapa lagi jika bukan jiran yang menjadi tempat untuk meminta bantuan.


(iv) Menanggung kejahatan jiran

Kata pepatah Melayu ‘‘Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali-kali”. 
Memang jika diikutkan hati yang panas, apa sahaja mahu dilakukan kepada jiran yang bersikap negatif. Tetapi Islam meletakkan mereka yang membalas kejahatan jiran dengan kebaikan sebagai kedudukan yang paling mulia.

Rasulullah s.a.w selalu memuji orang yang berlapang dada, mudah memaafkan, memberi kepada mereka yang enggan berbuat begitu kepada kita, malah menghubung silaturrahim dengan mereka yang memutuskan silaturrahim.

Membalas kejahatan dengan kejahatan akan merosakkan perpaduan. Jika ada ruang untuk membaiki keadaan secara baik, itulah jalan paling selamat. Justeru itu kita dituntut memiliki perasaan bersabar dan tidak mudah jadi pemarah. Jangan bersikap panas baran.

Dalam perkara ini pendidikan sejak awal perlu disemai, di mana setiap orang dididik agar tahu dan amalkan sikap berbaik-baik dengan jiran ini. Wallahualam.


haa... itu lah beberapa artikel yang lisa dapat dari Halaqah.net , Islam.gov dan Diari Islamiah.

janganlah plak kita nak dengki khianat kepada jiran tetangga. Apa salahnya saling bantu membantu kan... 

psssttt... teringat plak kat ex-jiran lisa yang dah pindah tahun lepas... macam-macam ragam jiran, tapi sabor jela...kekekee...

Friday, April 26, 2013

Tunggu Janji Allah - Abai Solat

Assalamualaikum wbt

lisa tergerak hati nak share dengan anda semua apa yang lisa baca dari majalah Q & A bil 17. lisa ambil dari kolum Ustaz Amaluddin Mohd Napiah, seorang Pendakwah, Penulis dan Penerbit Nasyid ... mesti anda kenal orangnya ... :)

foto: en gooogle


Sungguh tidak berbahagia di akhirat nanti buat mereka yang meninggalkan perintah solat semasa singgah di dunia. Neraka Saqar lah bagi mereka yang meninggalkan perintah solat itu ...

Allah SWT telah menceritakan kepada kita di dalam Al Quran, bahawa ahli syurga (Ashabul Yamin) telah bertanya kepada penghuni neraka,

"Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka?"

Mereka menjawab,

"Kami dahulu bukan orang-orang yang bersolat." (Al Muddatsir 74 :42-43)

Allah SWT melanjutkan senarai mereka yang turut sama disumbat ke neraka Saqar bersama orang-orang yang tidak solat.

"Kami (kata ahli neraka) kikir, tidak memberi makan orang miskin dan tidak memuliakan anak yatim. Kami juga berbicara untuk tujuan batil; kami tidak percaya akan hari pembalasan sampai datang kematian pada kami." (Al Muddatsir 74 : 44)

banyak lagi pengisian dalam kolum ni (boleh beli dan baca dengan lebih lanjut lagi dalam majalan Q & A bilangan 17 :)) tapi lisa lebih tertarik nak share tentang bagaimana keadaan anggota orang ingkar perintah solat untuk peringatan kita bersama.

Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW diperhatikan tentang suatu kaum yang menghentakkan kepala mereka  ke batu. Setiap kali hentakan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah SAW bertanya ...

"Siapakah ini wahai Jibril?" Jibril menjawab...

"Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan solat fardhu." 
(Hadis Sahih Riwayat Thabrani)

Kenapa Kepala?

Kerana kepala tidak mahu mengaku kekuasaan dan keagungan Allah SWT.

Kenapa Dahi?

Kerana dahi di kepala tidak mahu menyembah sujud menyembah Allah SWT.

Kenapa Mata?

Kerana mata di kepala itu nampak masjid dan surau serta jalan menuju ke arah kedua-duanya (masjid dan surau)  tetapi tidak mahu menjadi penghuni dan tetamunya.

Kenapa Telinga?

Kerana telinga di kepala itu mendengar azan tetapi tidak dijawab dan diendahkannya.

Hasilnya, bukan Allah yang yang hendak memasukkan manusia ke dalam neraka tetapi sebaliknya manusia itu sendiri yang menzalimi diri mereka sendiri.

Justeru kepala yang Allah kurniakan kepada kita maka perbanyakkan lah bersujud dengannya.

p/s : Manusia ketika hidup di dunia semuanya tidur (mimpi), bila mati baru mereka terjaga (tersedar) - Sayidina Ali k.w

psssttt... peringatan untuk kita bersama ... juga untuk diriku yang kadang-kadang terleka ... :'(

Semoga Bermanfaat.

Tuesday, April 23, 2013

Cuti-Cuti Chenta : Jogja Day 2 - Candi Borobudur, Merapi Volcano & Candi Prambanan

Assalamualaikum wbt

seperti yang di janjikan... sementara sempat dan ada masa ni...lisa terus share Cuti-Cuti Chenta : Jogja Day 2 - Candi Borobudur, Merapi Volcano & Candi Prambanan

15 minit sebelum pukul 8 pagi (waktu di Jogja - beza sejam je dengan waktu kat Malaysia) Pak Supri dah sampai kat depan lorong nak masuk hotel... amboi, awalnya... memang good service Pak Supri ni.

Kami bertolak dari hotel pukul 8 am dan sampai kat Candi Borobudur lebih kurang dalam pukul 9.30 am ... untuk tiket kami kena bayar lebih sket sebab tourist kan..so, bayar lah rp 190,000 seorang. then, dapat lah free air mineral sebotol sorang ... :p

dah pakai kain batik warna biru macam kat gambar bawah ni baru dapat jalan-jalan area candi ... ada beza tau kain batik tu ... kalau warna biru macam kami, means tourist... kalau orang tempatan, kain batik nya color hitam putih.


jauh jugak yer nak kena jalan ... :)

jalan masuk ke candi

Jogja
Candi Borobudur terletak di daerah Magelang

posing dulu sebelum panjat tangga :)


Pemandangan dari atas

erkkk... motif letak gambar ni?? :p


en suami yang dah penat berjalan :)

antara pedagang asong sekitar candi

 dah penat berjalan area Candi Borobudur dalam 1 1/2 jam gak ... kami terus pergi ke parkir kereta mencari Pak Supri yang setia menemani kami ... hehe... langsung saja kami ke Merapi Volcano ... 

Perjalanan ke sana mengambil masa dalam 45 minit lebih kurang camtu lah... Merapi ni terletak dalam daerah Sleman ... so kami sampai sana kurang lebih 15 minit sebelum jam 12 pm ... sementara tunggu en suami dan Pak Supri solat jumaat di Masjid kat atas bukit tu -area Merapi ... lisa singgah minum dulu kat gerai tepi masjid...  psssttt ... khutbah jumaat dalam bahasa Jowo... hehe.. sah-sah en suami x paham ... :) pengalaman yang berharga jugak ni ...


Laluan lava merapi


tumbuh-tumbuhan semakin segar dan menghijau selepas beberapa tahun letusan






kami naik motor sendiri tanpa tourist guide di merapi :)

ni kalau sape-sape nak round dengan jeep pun boleh... 
cuma bayar lebih sket dan bleh amek gambar kat tempat lebih menarik :)

antara yang terkorban semasa letusan merapi

kenangan di daerah sleman


rumah arwah mbah mardjan (tukang kunci gunung) yang terkena letusan merapi
dan beliau juga meninggal semasa letusan itu, di khabarkan setelah solat maghrib

oke, dah penat jalan-jalan lebih kurang sejam juga... seterusnya ... Candi Prambanan... tak ada lah jauh sangat... lebih kurang dalam 1/2 jam rasanya kami sampai ke Candi Prambanan plak... kami dapat masuk dengan tiket rp 30,000 seorang ... macamana bleh dapat murah? adalaaaa... hehe...



Pintu masuk Candi Prambanan


Pemandangan jauh :)




warisan budaya dunia no 642


baru nak masuk... jap ! macam biasa... posing dulu ... :)

candi prambanan




candi prambanan






Pemandangan candi dari jalan keluar

Berjalan pulang ...jauh juga yaaa... capett bangett..  :)

see ... kan ... hehe...

kedai-kedai menjual ole-ole sekitar Candi Prambanan

oke, suda penat dan lapar sekali ... kami minta Pak Supri berhenti makan... mulanya Pak Supir nak kami cuba nasi gudeg (kari nangka + gulai ayam)  yang sangat terkenal di Jogja tapi kedai makan kat tepi jalan biasa makan tu tak bukak... 

jadi Pak Supri bawa kami ke satu restoran masakan jogja ... kalau yang special nya ialah ayam goreng ... kalau kat malaysia ni macam ayam madu lah lebih kurang... rasanya manis...psssttt..sori lisa x snap picture pun time makan tu... maybe kami penat dan lapar sangat kot... tak ingat kat kamera pun... :p
dah kira makan tengahari lah ni dalam pukul 5 pm ... hehe...

dah siap makan, on the way balik tu hujan plak kat area Malioboro... en suami nak singgah Jalan Malioboro lagi sebab ada barang yang dia nak beli masih belum jumpa... so, bak kata Pak supri ... 

"sore-sore aja memang hujan di Jogja"

kami dah tak larat nak turun lagi malam nanti so, langsung aja ya Pak Supri hantar kami ke Jalan Malioboro.
sampai ke malam jalan-jalan... tiba-tiba teringat cadangan Pak Supri supaya kami merasa / mencuba Nasi Gudeg di Lesehan (kedai makan di hampar tikar dan bersila sambil makan) sekitar Jalan Malioboro. En suami jela yang makan... lisa dah x larat dah nak makan-makan lagi... kekeke... 



Nasi Gudeg

selera betul dia makan... hehe...

 ... Alhamdulillah... dah kenyang dan siap beli barang-barang, kami pulang ke hotel dengan naik becak... tambang dari Jalan Malioboro ke Hotel 1001 Malam dalam rp 20,000. kira ok la tu... tapi macam kesian plak kat abang-abang dan pakcik-pakcik yang bawa becak... dah la berhujan... mesti penat even xde lah jauh mana... sukarnya mencari sesuap nasi ... :'(

oke, dah sampai bilik ... terus landing... memang penat sangat... tapi apa yang penting... pengalaman yang kami dapat tak dapat ditukar dengan wang ringgit ... happy but penat... :)

To be continue ...

Cuti-Cuti Chenta : Jogja Day 1 - Hotel 1001 Malam & Jalan Malioboro



Monday, April 22, 2013

Cuti-Cuti Chenta : Jogja Day 1 - Hotel 1001 Malam & Jalan Malioboro

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah... lisa dah selamat sampai dari bercuti semalam ... hehe... seronok sangat ... kami bertolak dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra ke LCCT pada pukul 11.35 pm on 17 April 2013. Then, flight kami ke Jogja pada jam 9.45 am 18 April 2013 ... boleh tahan jugak la menunggu nya dari malam ke pagi... kekeke... 

perjalanan dari LCCT, KL ke Jogja mengambil masa lebih kurang 2 1/2 jam ... so, dalam pukul  12.30 pm (waktu Malaysia) kami sampai di Bandara Adisutjipto, Jogja...



kat sini x perlu risau tentang pengangkutan - taksi nak ke hotel atau jalan-jalan sebab memang banyak... Alhamdulillah kami jumpa Pak Supri yang sangat baik hati... Pak Supri ni supir taksi di Bandara... so, kat bandara kami kenal dia... 

sesambil hantar kami ke hotel, Pak Supri tawarkan kepada kami untuk jadi supir selama kami kat Jogja  bagi lawatan 3 tempat .. rp 450,000 melawat 3 tempat ... Candi Borobudur, Merapi Volcano dan Candi Prambanan... - harga sebenarnya rp 500,000 setelah di tawar menawar oleh en suami dapat less rp 50,000 ... tapi at the end kami tetap bagi rp 500,000 pada Pak Supri ...Alhamdulillah... memang baik dan peramah ... :)

bersama Pak Supri

Lisa dah tak sabar sebenarnya nak sampai hotel... nak rehat ... letih sangat... dari kat LCCT tak dapat nak tidur... mana nak tidurnya? hehe... 

jogja




Pintu masuk ke Hotel 1001 Malam

yogyakarta
Pemandangan Hotel dari luar

Lobi Hotel


Lobi Hotel

Sekitar taman area hotel




Sekitar balkoni tingkat atas ... kat sini juga kami breakfast :)







bilik kami tingkat 2 :) nyamaaaaannn... 





Alhamdulillah...bilik sangat lah selesa ... rasa macam nak dok bilik je tak mau keluar jalan-jalan... hehe... selain tu... dok kat hotel ni memang rasa tenang je... dapat dengar suara azan ... dah macam kat tempat sendiri plak... surau dekat je ngan hotel... area lorong nak masuk / keluar hotel jugak ...




 dah rehat, makan, solat ... malamnya kami keluar jalan-jalan dan beli sedikit ole-ole di Jalan Malioboro. Waktu malam kat sini aman / selamat untuk jalan-jalan ... syukur lah x macam kat Medan - x boleh jalan malam.
Even hujan, kami pergi jugak...bawa je payung..hehe



Peniaga-peniaga sekitar Jalan Malioboro



en suami beli kueh-kueh kat bawah ni sebab nak rasa kan... kat tempat kita mana ada... murah je, beli dengan penjual kat kaki lima Jalan Malioboro ... 5 bungkus tu dapat rp 15,000 ... yang lisa boleh makan ikan (lele goreng), pisang dan tauhu je... paling suka tauhu tu... sedap sangat... pulut dan ubi kayu lisa memang kurang gemar... even kat rumah pun. :)


untuk beli ole-ole, kami pergi Mirota Batik nak cari magnet freeze punya pasal...hehe... kalau sekitar kaki lima tu lisa tak jumpa la...kalau t shirt dan key chain sangat lah banyak... then, magnet freeze tu pun ... tak banyak choices... ambik jela yang mana ada... untuk kenang-kenangan...  


ole-ole yang x seberapa :)


ole-ole jogja
Bakpia Pathok ole-ole yang famous di Jogja

oke, keesokan paginya sebelum kami memulakan perjalanan ke Candi Borobudur, Merapi Volcano dan Candi Prambanan seperti yang telah dijanjikan dengan Pak Supri, kami breakfast dulu kat hotel ... Fried Rice dan Mix Juice / Orange Juice ... :)

Menghirup udara pagi yang segar sementara tunggu sarapan :p

Alhamdulillah... sedap !