Friday, July 04, 2014

Ramadhan & Sedekah

Assalamualaikum wbt



Dah lama lisa nk post tentang topik sedekah. Baru sekarang sempat... Alhamdulillah.

Ramadhan datang lagi dan rasa sangat2 bersyukur sebab kita masih diberi peluang untuk menikmati bulan yg penuh barakah ini. Pastinya banyak aktiviti2 ibadah yg boleh kita lakukan sepanjang Ramadhan (dan diteruskan sehingga ke bulan2 lain juga, InshaAllah ^_^ )

Tadarus Al quran, solat2 sunat, perbanyakkan amalan2 sunat yang lain, bersedekah dan sebagainya.

Amalan berSedekah adalah satu amalan yg mulia, kita boleh bersedekah dari segi harta - wang ringgit, makanan, tenaga dan sekalipun senyuman ^___^ ♥♡

Tidak akan miskin org yg bersedekah, sebaliknya Allah menggantikan dengan ssuatu yg lebih baik lagi... kalau bukan dr segi harta, mgkin dari aspek kesihatan, dimana kita jarang sakit, atau dengan dianugerahkan anak2 yg soleh dan solehah.

Bersedekahlah mengikut kemampuan kita... RM 1 juga bernilai kalau itu sahaja yg kita mampu untuk dimasukkan ke tabung masjid selepas berteraweh.  (Sebagai contoh, hihi.. since skrg bulan ramadhan) Yang penting niat kita ikhlas Lillahitaala.

Mungkin pernah antara kita atau orang2 sekitar kita yg selalu merungut duit belanja tidak cukup, duit gaji cepat sangat habis macam air  mengalir, dan sebagainya... cuba kita muhasabah diri kita masing2 dengan sejujur-jujurnya...  (xperlu pandang org lain)

Keberkatan wang yg kita perolehi dapat kita rasa bila kita sentiasa rsa cukup dan rasa cukup tu hadir bila kita sentiasa rs bersyukur dgn apa yg kita ada.

Bersedekahlah walaupun sedikit asalkan ikhlas Lillahitaala.

Ada org cakap...

"Arghh! Aku pun susah... nak sedekah kat orang plak... org pun xde nak kisah pasal aku bila aku susah"

Tahukah kita dengan memberi, kita akan rasa lebih bahagia sebenarnya... kerana automatically, org lain juga senang nk memberi pada kita juga... kita percaya kan... Allah itu Maha Adil.


Selalu ingatkan diri kita dengan maksud ayat dari surah2 dibawah;

Surah Al-Munafiqoon, Verse 10:
وَأَنفِقُوا مِن مَّا رَزَقْنَاكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَىٰ أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ الصَّالِحِينَ

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ".


Surah Aal-e-Imran, Verse 92:
لَن تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ وَمَا تُنفِقُوا مِن شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ

Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.


SELAMAT BERPUASA SEMUA. =) ♥


Thursday, June 19, 2014

Cuti-Cuti Chenta : Ipoh & Cameron Highland

Assalamualaikum wbt


Ye, lisa tau memang dah lama sangat lisa x update blog ni... hihi..penuh sawang kot...


Cuti sekolah 2minggu baru2 ni lisa dok umah je... bercuti kat ward sebab kena UTI dan demam. Masuk air 4 botol, Alhamdulillah.. makin sihat...

erm berbalik kepada cerita cuti... Memang x plan nk cuti2 chenta. Last2 minute en suami ajak jalan. Kitorg berdua, alhamdulillah plan last minute pun xde hal. Lisa on je. Hihi.


12 June 2014

Sebelum subuh kami bertolak. Alhamdulillah, sempat kami berhenti solat subuh berjemaah di salah sebuah Surau sekitar Tanah Merah. Yela, kami dari Kota bharu.hee.

Jalan xjem pun. Melalui jalan Tanah Merah-Jeli-Gerik-Ipoh. Dalam 5 Jam juga kami smpai ipoh, Al maklum lah..da awal2 makan buah langsat (sesat) ...kami nak p sampai baling. Terlepas simpang Gerik.hihi. pusing balik dlm 30minit juga. Da kira sejam kami rugi masa kat situ.

Oke, smpai ipoh kami walk in je survey2 hotel kt ipoh. Kami stay kat Ibis Style Hotel, Ipoh. Alhamdulillah. Hotel ni ada disc utk goverment servant tau. cuma nnti ms check in, bawak ID Card sbg goverment servant. Bagi lisa rate hotel ni berbaloi..lisaa dpt  Rm130 utk satu malam.bilik standard + 1x breakfast.








Sekitar lobi hotel. Cantik kan. Masuk je pintu utama hotel da bau wangi. Haa..lg satu keistimewaan hotel ni ada basement parking lot tau. Jadi senang la nk park kereta kan, kluar dr kereta terus p tekan butang lif naik ke lobi.

Ini pula picture2 dlm bilik...kemas, cantik, bersih dan yg paling penting selesa saanngaat. =)





Cantikkan...?

Kat ipoh lisa xde jalan sgt pun... just melawat tempat2 bersejarah lisa dolu2.,hihi.. lisa sekolah kat SMTI. batch 2001/2002. Ambik course Electrical Engineering. Tp ms kat UiTM sambung course lain..haha..kcelaruann identiti kan... inilah sekolah lisa...




Monday, March 31, 2014

Tempahan Tudung Labuh koshibo

Assalamualaikum wbt

Dalam bulan Nov tahun lepas lisa ada post pasal tempahan tudung labuh koshibo, tudung mesir, handsock Donna, Stoking sandy kan...

Dan.... dalam bnyak2 post lisa share kat blog ni.,, post itu ler yg paling bnyak viewers... jadi sehubungan dengan itu, lisa percaya ramai yg mencari2 tudung labuh kan...

Lisa mula buka @tempahantudunglabuh ni pada 10 Muharram tahun lepas...Alhamdulillah, sambutan dari pelanggan sangat menggalakkan... kalau pelanggan puas hati, lisa pun suka.., =)

Sebenarnya lisa mula berniaga tudung labuh ni dengan niat agar muslimah di luar sana senang nak cari tudung2 labuh yg menepati syariat, inshaAllah dengan harga yg berpatutan.

Langsung tak ada niat nk bersaing dengan mana2 shop yg sudah sedia menjual tudung2 labuh... sebaliknya lisa sangat suka dan respect pd on9 shop atau butik yg menjual pakaian utk muslimin dan muslimah yg menepati syariat islam. ♥

Oke lah, dari lisa dok membebel panjang lebih baik lisa tunjukkan gambar2  antara tudung2 labuh dan produk lain yg available @tempahantudunglabuh.

Pilihan warna kain koshibo

Antara bentuk tudung labuh koshibo

Antara pilihan warna tudung turkiz


  


Purdah half warna hitam

Sarung tangan Aurat

Tuding 2 sided atau 2 alam


Dan ada beberapa lagi produk dari @tempahantudunglabuh. So, meh pakat like fb Tempahan Tudung LABUH Koshibo atau follow instagram @tempahantudunglabuh.

Atau pun nak lebih jelas dan further details Whatapps, Wechat atau Telegram

+60107814699

♡♥♡♥♡♥♡

Jzkk.




Thursday, March 20, 2014

Cuti-Cuti Chenta Taman Negara Kuala Tahan

Assalamualaikum wbt

Lisa nk sharing2 pengalaman bercuti di Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang. Lisa pergi berdua je... mcm biasa..cuti cuti chenta.,hihi... eh tapi sebelum tu lisa nk minta maaf sgt2 sbb x sempat nk blogwalking kt blog anda smua... Inshaallah pd suatu hari yg indah nnti lisa akan smpai juga kt blog korg ye..,hee...ampuunn...

Sja lisa nk sharing2..kot2 nnti ada pembaca yg sedang mncari informasi nk bercuti kat sana kan.,hee..

13 Mac 2014 kami, lisa, en suami dan anak buah lisa bertolak dr rumah, Kota Bharu ke Kuala Tahan pd pukul 11 am lebih kurang.... kami drive ke sana. Dalam pkul 6.20 pm kami smpai Taman Negara. Banyak berhenti2... drive relax2 je..lmbat sket smpai. Hehe. Lg pun ada singgah rumah kakak ku hntar anak buah kat Kuala Lipis. Lepas tu dlm pkul 4 pm cmtu kami trus gerak ke Kuala Tahan dr K.Lipis.

Ada juga cr lain nak ke Kuala Tahan..boleh juga nk pergi dgn Keretapi. Nnti naik bus kat bndar jerantut kot ke KualanTahan sebab lisa ada nmpak bas yg antara bandar tu kan kt Kuala Tahan..ntahla..yg tu lisa x sure naik dr mana sebenarnya.



Ini lah jalan sepanjang jalan menuju ke Kuala Tahan.. hehe.. nnti akan melalui Felda Pdg Piol. Dr simpang nk masuk ke Kuala Tahan tu mengambil msa 1 jam juga lebih kurang.

Kami check in kat Mahseer Chaket. Alhamdulillah..selesa dan dekat dengan jeti Kuala Tahan. Owner pun baik dan pemurah.. pasai apa lisa ckp pemurah sbb sanggup bg kami diskaun utk penginapan 2 malam. Hehe,, klu ikutkan 1 malam Rm 100. Tp dpt diskaun Rm 70 utk 1 malam..hehe.alhamdulillah dpt save budget utk aktiviti lain pula. Bilik pun ada aircond. Macam ni...






Cantik kan chalet2 ni..alhamdulillah selesa walaupun x de TV..hihi..

Aktiviti yg sempat kami lakukan sepanjang dok sini cuma rapid shooting, canopy walk dan melawat perkampungan orang asli batek.

Boat utk rapid shooting ni Rm 120 satu boat pergi dan balik... jadi kita boleh pergi canopy walk, mandi kat jeram sekejap, dan juga melawat perkampungan org asli.

Seronok canopy walk yg sejauh 500 meter... ketinggian paling tiggi kalau x silap lisa 45 meter..  tapi kan lisa pergi canopy walk bkn dgn boat..kami memang seberang dgn boat rm1 sorg tu tp kami turun kt jeti Mutiara Kuala Tahan Chalet. Kami trekking dalam 1/2 jam juga nk sampai ke pintu masuk canopy walk tu.,huhu..penat tp seronok sbb da lama exercise kan..hihi..selama ni dok menternak lemak jer kt umh.. :(

Nak tgk picture2 x ? Hehe..jomm..



perkampungan org asli batek di tepi sungai



air Sungai Tembeling ni jernih sangat.. mungkin ke kerana musim kemarau sekarang ye... air sungai pun cetek je.. lisa sempat tengok tokey boat dan pekerja2 nya menggali dan alihkan dan ratakan pasir dalam sungai sebab boat susah nk jalan... hurmmm...

semua yg berlaku pasti ada hikmahnya... Alhamdulillah...



kami bergambar dengan 'si dia' di belakang tu... sengaja lisa blurkan diri...
low profile la sgt kan...hahaha






Tapir di Tman Negara... this is the real one... :)


view dari Bumbun Tahan

Sepanjang jalan menuju ke Canopy Walkway

pemandangan dari Canopy Walkway

Canopy Walkway

Sebenarnya kami bercadang nak pergi tengok kelah, sekali boat semua da penuh.. erm hampa..hehe.. x pela, inshaAllah pjg umur, murah rezeki dapat pergi lagi...

haa.. kalau tempat makan yang sesuai dengan tekak kami cuma masakan panas dari MamaChop Restaurant ...restoran terapung tepi2 sungai yang banyak2 tu... tapi kedai makan dia paling hujung dekat area nak turun bukit ke tempat parking area tepi sungai. Alhamdulillah murah dan sedap. kami order ikan patin goreng ginger dan tomyam campur... :)

sebenarnya kedai2 makan lain pun sedap juga especially gulai tempoyak ikan patin ... betul2 pure ikan patin sungai...  2 ketul kecik sekali dgn nasi sebungkus Rm 10.. hehe... Alhamdulillah :) untuk makan tengahari. En suami kempunan x dapat nk makan lagi tengahari next day tu sebab kami dah nak bertolak balik.

kami check out pd hari sabtu 15 Mac 2014, pkul 9 pagi camtu... singgah makan roti canai kat simpang area chalet tu je... sedap dan murah juga... lepas tu terus bertolak balik...sebab jauh juga tau perjalanan dar Kuala Tahan ke Kota Bharu...dalam  6 -7 jam perjalanan dengan kereta. :) macam nak gi KL je..hehe...

xpela, bukan selalu kan jenjalan... itu pun baru 1 st time en suami ke sana. hehe... apapun, Alhamdulillah da selamat sampai rumah... kalau dikira2 bajet semua sekali makan, penginapan dan aktiviti semua untuk 2 orang dalam rm 400++ ...  kalau anda yg nak pergi dengan keluarga lebih ramai, kos nya juga bertambah... hehe.. better bajet lebih sket... :)

Kebanyakan pelancong yang datang ke Taman Negara, Kuala Tahan ni sukakan aktiviti2 lasak dan mencabar mcm jungle trekking, daki gunung dan berkhemah... ramai juga pelancong luar negara yg datang... hee.. seronok... Gunung Tahan, Bukit Indah, Gua Telinga dan ada lagi beberapa tempat menarik yang lain.

Ermm..sampai rumah terus fikirkan tempahan2 tudung dari pelanggan... back to normal...hehehe...

okela, semoga bermanfaat...  :)

lisa nak masuk dapur daa...

Assalamualaikum







Sunday, February 23, 2014

Rindu Nak Bercuti :(

Assalamualaikum wbt

Erm lisa masih terfikir2 nk sharing apa ye hari ni...

Haa... nk cerita..hari tu kan lisa ada post pasal holiday kat jogja.. Alhamdulillah..ramai juga yg emel lisa tanyakan no fon pak Supri, driver kereta sewa di sana. Semoga bermanfaat ye. =)

cakap pasal holiday..,dah lama rasanya xg holiday...hihi... sibuk menjahit tudung labuh tempahan customers.

Bagi blogger atau pembaca yg belum tahu, lisa ada berniaga online..kecik2 je.. tudung labuh bidang 50, 55 dan 60. Jual pun murah2 je..hee..Nak further details boleh like fanpage : Tempahan Tudung LABUH Koshibo atau follow Instagram lisa @tempahantudunglabuh ...

Macam ni lah lebih kurang... =)





Back pada cerita holiday plak.,hehe... destinasi seterusnya..inshaAllah nk pergi tempat yg sunyi dan tenang sket... buat ms sekarang dlm fikiran ni terfikir kan Taman Negara Pahang je... last pergi tahun 2005 kalau x silap.. itu pun pergi ramai2 1 kelas untuk kelas Photografi..hee..

Agak2nya sekarang mcamana la rupa Taman Negara Kuala Tahan tu ye,,,hee., rindu Canopy Walk. =)

Korang ada cadangan x untuk tempat penginapan kat sana nnti.., atau cadangan aktiviti menarik yg boleh dilakukan di Taman Negara? 

Apa2 cadangan sangat dialu2 kan..hee..

Ermm...

Xsabar...xsabar...xsabarrr...hihihi...