Tuesday, March 26, 2013

Bahasa Klasik Kelantan

Assalamualaikum wbt dan selamat awal pagi

sewaktu lisa sedang sembang-sembang dengan en suami yang agak banyak tau tentang perkataan-perkataan klasik dialek kelantan ... maka seringkali itu juga perbualan kami terganggu seketika apabila en suami mengeluarkan perkataan-perkataan yang x biasa lisa dengar - lor, orang kelantan pun x faham dialek kelantan sendiri ...lucu ... :p

En suami x pela, die biasa bergaul dengan 'orang-orang lama' ... sifat peramah yang terserlah dalam diri dia tu memang tak dapat dinafikan lagi ... ahakkksss ...  

lisa plak dari kecik lagi hidup merantau, berdikari sendiri kat tempat orang ... dari kota bharu --> kajang --> ipoh --> shah alam --> kota bharu semula selama berbelas tahun... seperti perumpamaan melayu tu... ibarat ikan pulang ke lubuk ... sekarang memang betul-betul pulang ke lubuk ... :) - alasan yang agak kukuh jugak tu :)

Ttogo'

Lleco

Bbari

Kayu Mena

Kkore

Pear

Kalau anda sendiri orang kelantan, pernah dengar dan tau x apa maksud perkataan-perkataan tu ? lisa 1 st time dengar en suami ghoyak perkataan-perkataan tu, otak lisa berhenti berfikir kejap sebab yang ada, tanda ??? ni jer kat dalam fikiran ni... kekekeee...

maksud perkataan-perkataan tu ape? haaa... menurut en suami aka kamus bahasa klasik klate - poyo kan?  maksud perkataan-perkataan tersebut ialah :

Ttogo' -- Pelangi

Contoh Ayat : Comel nyo la Ttogo' dok minum air !


Lleco -- Syarah
 (pernah tengok x sebuah van yang bawak speaker kat atas bumbung van tu? haaa, orang yang dok cakap-cakap or inform apa-apa produk/informasi kat orang ramai sambil drive van tu la perbuatan sedang lleco. - pssstt... perkataan asal Lecture kot, wah, orang kelantan zaman dulu meng BM  kelantan kan BI ...hihi...

Contoh Ayat: Oghe dok lleco gapo gak tu? lleco garam ko?


Bbari -- Bercerita

Contoh Ayat : Maghi sini belako dengar tok ayah nok bbari kesoh zaman pere jepun mulo.


Kayu Mena -- Bangku / Kekuda

Contoh Ayat : baso dio doh maghi keda ppati gak duk atah kayu mena la.


Kkore -- Pengukur Kelapa

Contoh Ayat : Kkore nyo mung ! Erkkk... boleh jadi contoh ayat ke ni?

oke, contoh ayat yang betul ... selamoh, tolong kukur nyo meta...ambik kkore belake pitu tuh.


Pear -- Halang

Contoh Ayat : en suami cakap "jange dok pear gak depe kipas tuh, abe panah nih ..." 
lisa yang sedang terpinga-pinga dengar perkataan tu untuk pertama kali selama hidup hampir 28 tahun ni buat muka confuse lantas segera diterangkan maksud perkataan tersebut oleh beliau... :p


Banyak lagi sebenarnya perkataan-perkataan klasik kelantan tu... tapi lisa x dapat nak senarai semua ... ada yang dah x ingat ..hehe..bukan lisa yang x ingat, but en suami yang x ingat... kalau tengah sembang-sembang baru lah automatik perkataan-perkataan seumpamanya tersebut keluar ...hihihi...

sekian saja kelas arini ... :p

p/s : kalau ada maksud perkataan yang salah sila betulkan ... tq :)

Monday, March 25, 2013

What Goes Around Comes Around

Assalamualaikum wbt dan selamat malam

Selalu kita dengar atau baca orang cakap what goes around comes around ... tahu x apa maksudnya tu? ceh... macam cikgu plak nak mengajar ...kihkih...

Picture hiasan sumbangan daripada en google


lebih kurang macam ni lah ... orang cakap bumi ni bulat - even sebenarnya bumi berbentuk sfera kadang kala kita akan berdiri kat atas dan ada kalanya kita akan berdiri di bawah... Apa saja yang kita lakukan kat atas muka bumi Allah SWT ni memang akan dihisab di hari pengadilan nanti ...arghh, tension ! nak cakap pasal apa ni lisa? bermadah sakan sangat ni dah kenapa nampak?? 

Oke, semua orang tau tu ... 

xde manusia yang sempurna kat dunia ni... setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing ... kita x layak nak mencerca atau nak dengki khianat sesama kita, hamba Allah yang sama-sama menumpang dan kongsi udara kat muka bumiNya ni ... apa salahnya tolong menolong, bantu membantu ... kan? contoh.... aman hidup ...

Lisa percaya Allah itu Maha Adil, biarlah orang buat kita... jangan kita buat orang ... walaupun kita x balas balik kat orang tu, suatu hari nanti dia akan tahu juga langit itu tinggi atau rendah ... - sah-sah lah langit tu tinggi kan ... perumpamaan oke ... !

Allah itu Maha Adil ... sungguh... what goes around comes around :)

pssttt... sebelum kita nak buat orang, fikir-fikirkanlah ... 
udara yang kita hirup ni bukan lah hak kita, tanah yang kita pijak ni jugak bukan hak kita ... apa alasan kita nak berlagak, dengki khianat dan nak buat benda-benda yang x elok kat orang lain ... ? 


hehe... kekadang elok juga muhasabah diri malam-malam ni ... :)
terapi jiwa ....  hihihi...

Sunday, March 24, 2013

Segmen : Saya Suka Makan ...

Assalamualaikum wbt dan Selamat Malam

Jom tengok plak "Segmen : Saya Suka Makan... " yang lisa punya ..hehe... lisa tengok ramai blogger yang join... so, lisa pun ...apa lagi... join lah juga... dapat juga kita mengeratkan ukhuwah sesama kita :) 

Klik banner di bawah untuk join sama ...jom..jom..jom memeriahkan lagi !



Banyak plak bebel... :p apa yang lisa sangat suka makan? makanan favourite lisa ni sebenarnya paling best makan semasa bulan puasa je.. tapi hari-hari biasa pun ada... hehe..cuma kena cari lah kedai-kedai makan tertentu yang ada menyediakan hidangan ni ... jeng..jeng..jeng ...


Colek Ayam + Paru


erkkk, makanan apa tu? bagi yang x biasa tengok dan x pernah makan, meh datang ke kelantan ... hehe.. itu la 'colek' Ayam dan Paru ... Yummy ...hehe... 

biasanya kalau kat kelantan, selepas solat teraweh tu... -termasuklah lisa mula lah cari macam-macam 'colek' samada beli kat kedai atau pun buat sendiri kat rumah. Sebenarnya macam-macam 'colek' ada bila bulan puasa ni tapi x payah sebut lah kat sini sebab banyaaaaakkkk sangat... yang paling lisa suka ... ni haaa ...'colek' ayam dan paru... hehe... ermm...coppp..copp... 'colek' tu ape? hehe... anda xtau ke? sila tanya en google... kalau lisa nak terang kat sini, lisa pun x reti camne nak terangkan.. :p



Sangatlah suka makan ni ... kaya dengan protein dan zat-zat yang diperlukan ... ;)

dalam satu hidangan 'colek' ayam dan paru ada keropok keping, mentimun, sawi, daun salad, ayam, paru dan semestinya kuah atau 'colek' yang ditabur dengan kacang tanah yang dah di kisar atau hancur... urkk...burrpp... Alhamdulillah ...kenyang... hehe...

oke, 2 orang insan bertuah dan terpilih untuk di tag adalah ...

.

.

.

.
Mrs Lurve dan  En Ridhwan .... yeayyyyy...







Saturday, March 23, 2013

Kahwin Muda

Assalamualaikum wbt dan selamat petang


Sape ada tengok ulangan kot Primadona malam semalam kat Astro Prima? hehe... diorang bincangkan tentang baik buruk kahwin muda.


Lisa rasa lisa tergolong dalam golongan pasangan kahwin muda jugak la kot... 2 bulan sebelum umur lisa mencapai 23 tahun, lisa dah bergelar isteri... hehe... dah la time tu masih belajar semester 3, Degree Office Management, UiTM, Shah Alam. Masih ada 3 semester lagi nak habis.


En suami plak kerja kat Kuala Krai, Kelantan. So, memang kami PJJ jugak lah hampir 2 tahun sebelum lisa habis belajar... :)


Pendek kata, bas-bas ekspres tu dah jadi best friend lisa lah ... hahaha...
dan Hentian Putra & Stesen Bas Seksyen 17 tu juga memang dah kenal lisa sebab setiap 2 minggu sekali atau setiap cuti semester mesti lisa balik umah... hehehe... kadang-kadang tu suami drive ke Shah Alam.



Amboi, gatai naa... belum habis belajar dah nak kawin !

kenapa x nak tunggu habis belajar dulu baru kahwin??!

tu la, sape suh kawen sekarang? kang dah kena planning xbleh ada anak lagi.

walau macamana pun , ko kena habiskan belajar jugak kalau nak kawen.

Ala, muda lagi la... watpe kawen awal sangat? enjoy lah dulu puas-puas. Nanti dah ada anak susah nak jalan, nak keje.


Ayat-ayat / kata-kata biasa yang lisa atau mungkin juga anda akan dengar kalau kawen muda dan kawen sebelum habis belajar.


Apapun, terpulang pada pendapat masing-masing kerana yang akan lalui semua itu anda juga, bukannya orang-orang yang mengata tu...kan? 


cuma sebelum buat keputusan untuk kahwin pada usia muda, haruslah fikir sedalam-dalamnya baik buruk dan kesan kahwin pada usia muda atau ketika masih belajar. Anda lebih tau... :)


Memang perkahwinan yang sah adalah satu cara menghalalkan hubungan antara lelaki dan wanita ...setelah mendapat gelaran suami isteri, ia bukanlah satu tiket untuk kita boleh lakukan sesuka hati tanpa menghiraukan suruhan dan larangan agama ... kenalah fikir-fikirkan juga tanggungjawab suami isteri itu sendiri...  barulah kita boleh bina keluarga yang sakinah mawaddah warahmah :)



Pada pendapat lisa la kan, x kesah kawen muda atau kawen pada umur yang lebih berusia sikit asalkan perkahwinan itu kena lah ada berkat, restu dari orang tua, niat untuk mendirikan rumahtangga tu kenapa -semestinya  niat tu kena lah baik dan bukannya sebab nak menganiaya pasangan dan sebagainya

Selain itu, yang lebih penting, setiap perkara yang kita buat, termasuk lah dalam bab perkahwinan ini juga haruslah niat kerana Agama, kerana Allah. :)

Friday, March 22, 2013

One Fine Day - U & Me

Assalamualaikum wbt dan Salam Pagi Jumaat

tak ada apa lisa nak tulis arini ... just wanna share my video ... my happiness

Thanks to all followers, commenters- erkkk? silent readers ...

baru 11 days berblogging :)



** sorry, video had been removed by the author



Salam Ukhuwah .... thanks for yr support :) 

Thursday, March 21, 2013

Selulit Oh Selulit !

Assalamualaikum wbt dan Selamat Pagi

Semua orang nak cantik, semua orang nak sihat, semua orang risau bila ada selulit... errrkkk .. semua orang ke?  heehee.. sebenarnya ada lebih baik mencegah daripada merawat kan... jangan jadi macam lisa ... mungkin ada antara kita yang baru tersedar dari lamunan yang panjang setelah beberapa tahun membela selulit.. eeerrrkkk ... 

Gambar hiasan dari cik google yang baik hati :)

Tahukah anda apa itu selulit? meh lisa nak terangkan sikit hasil dari pembacaan lisa yang xberapa rajin ni... lisa baca dari Majalah Nur edisi bulan Februari 2013... Selulit ni gumpalan lemak yang ada kat bawah kulit kita. sel-sel lemak ni lah yang menarik tisu-tisu bawah kulit tu dan menyebabkannya menggerutu... kalau nak tau kita ada selulit atau x, cuba kita tarik kat bahagian2 bawah kulit contohnya macam kat peha, lengan .... haaa... ada x?

selulit biasanya melanda ketika kita berusia dalam 25 - 35 tahun ... oke, ini lah zamannya ...

tapi jangan risau oke, ni lisa senaraikan cara-cara yang boleh kita buat untuk cuba menghapuskan selulit-selulit yang degil itu ... inshaAllah.


  • Berjalan - kalau berjalan laju dalam 1 jam boleh bakar lebih dari 360 kalori tau, kalau joging lagi lah lebih kalori terbakar ... :)

  • Bengkokkan Lutut - tau kan macam mana nak buat ni? hehe... camni, sambil berdiri, buat langkah besar ke hadapan dengan kaki kiri anda , turun sambil bengkokkan lutut. then , bawa kaki  kiri ke permulaan semula. ulang dengan kaki kanan plak. buat lah yang termampu. 

  • Mengangkat kaki sambil meniarap - errkk, lisa pun baru tahu ni... means, angkat kaki dalam keadaan relax , jangan paksa.

  • Rendahkan badan dan Twist - complicated sket, tapi masih cara yang mudah dan senang nak buat. anyway, cara dia... berdiri dan buka kakisejajar dengan lebar bahu, genggam kedua belah tangan, angkat selari dengan dada anda, rendahkan badan sehingga peha selari dengan lantai dan twist ke kanan. ulang balik dan cuba twist ke kiri pula. cuba berulang2 kali oke. :)

  • Squat Thrusts - ape benda tu? erm apa yang lisa baca cara nak buat... berdiri, pastu cangkung sambil tangan atas lantai, pastu luruskan kaki anda ke belakang seperti posisi nak push up. ulang langkah ni 3 kali.

  • Makanan Seimbang - haaa, ni yang penting... x de gunanya senaman bagai nak rak tapi apa yang di makan lepas tu menambahkan lagi selulit. hurm, so kurangkan pengambilan lemak dan karbohidrat.

  • Sauna dan Mandi Wap - cara ni bleh relax. hehe, ia juga dapat melancarkan peredaran darah dan memecahkan lemak. erm? memecahkan lemak? oke.

  • Elakkan kafein - bukan x boleh minum langsung tapi cuba elakkan atau kurangkan dan ganti dengan minuman yang lebih berkhasiat contohnya sky juice... :p

  • Kurangkan garam - bukan sahaja garam, perasa pun kena kurangkan atau kalau boleh cuba elakkan, selain itu, kurangkan juga penggunaan santan dan boleh di ganti dengan susu rendah lemak... erm lisa rasa maybe rasanya x sama tapi why not? boleh cuba. :)

  • Menggunakan Essential Oil - boleh juga menggunakan olive oil ... owhhh sekarang baru lisa teringat, ada beberapa hari lepas lisa bagitau en suami nak mintak sket Extra Virgin olive oil dia nak sapu salah satu cara nak hilangkan selulit... just now i remember... hihihi... oke, iklan je tu.. cont ... boleh jugak guna 'sea salt' kalau translate, garam laut kan... guna sebelum mandi sebagai rawatan kat rumah supaya dapat melancarkan perjalanan aliran darah dan cecair dalam badan anda ... :)
Sharing is Caring .... InshaAllah nanti lisa cuba amalkan :)

Sumber : Majalah Nur edisi bulan Feb 2013. :)

Wednesday, March 20, 2013

#1 Wordless Wednesday


p/s : so, peringatan bersama ... mari lah sama-sama kita tegak kan tiang seri agama supaya tidak runtuh ... Taubat itu tidak pernah terlambat bagi Hamba Allah yang masih menghirup udara dan memijak bumi Allah ni ... :)

psstt.. kata wordless ? haa.. memang lah... biasanya banyak words, hari ni less lah sket..hihihi...

Tuesday, March 19, 2013

Gigi Berbunyi ??

Assalamualaikumm dan Selamat Malam

sambil2 lisa dok blogwalking... relax-relax jap tengok tv kat ruang tamu, terdengar bunyi gigi bergesel...

grhhh..gehhhh...grrhhhh....

krikk...krikk...grrrhhh...

apakah?

En suami memang dah nyenyak tidur... lisa x pelik since memang itu lah kebiasaanya dari dulu lagi...

lisa tertanya-tanya jugak kenapa gigi boleh berbunyi semasa tidur yer...

ada info yang lisa jumpa...

Bagi orang dewasa penyebab utamanya adalah masalah emosi, seperti stress, kecemasan, kemarahan, sedih atau frust, dan lain-lain. Orang yang agresif atau selalu cepat marah diserang bruxism. Salah tidur atau posisi tidur yang kurang baik juga boleh mencetuskan bruxism.


ohh... really dear? i don't think the reason is cepat marah because u r totally not ... hehe... maybe salah tidur kot... ntah la... xkan setiap hari salah tidur kot?  

Tabiat ini lebih dikenali BRUXISM atau TEETH GRINDING, berlaku apabila geseran secara paksaan antara gigi atas dengan gigi bawah. Ia biasa berlaku secara tak terkawal sama ada ke depan, belakang, kiri ataupun kanan. Jika masalah ni tak ditangani dengan cepat, ia akan mendatangkan masalah kepada gigi dan boleh membuatkan gigi, mulut dan muka rasa tidak selesa. tabiat ni sangat bahaya lebih2 lagi time tido. kerana kekuatan kunyahan ketika tido mencecah 6kali ganda berbanding kunyahan ketika sedar.

haaa, gigi berbunyi-bunyi masa tidur ni di panggil bruxism... oke ... 

ada juga info yang lisa jumpa keadaan ini ada kaitan dengan gangguan mahkluk halus ... ye ke? lisa tengok sumber kat SINI.


Oke, yang ni lanjutan rawatan terhadap bruxism di mana ia nya adalah base pada puncanya:

Masalah berkaitan tekanan perasaan - Mendapatkan rawatan psikologi daripada pakar psikologi. Muscle relaxant atau botulinum toxin dapat meredakan secara sementara otot rahang bawah daripada mengetap rahang, namun ia hanyalah jalan terakhir sekiranya rawatan lain tidak berhasil.

Masalah berkaitan struktur dan susunan gigi - Rawatan ortodontik dan pembetulan permukaan occlusal boleh dilakukan.

Masalah Neuromuscular dan otak - Rawatan gandingan antara doktor gigi dan doktor psikologi diperlukan untuk mengatasi masalah yang kompleks ini.

Masalah berkaitan ubat. Doktot anda mungkin akan mengubah ubat yang perlu diambil kepada yang tidak mendatangkan bruxism sebagai kesan sampingan pengambilan ubat tersebut.


En suami, nanti kita usha2 mouthguard ni ... hehe...

ni la Mouthguard untuk yang ada bruxism




oke, cara pakainya ya...



Sharing is Loving ! Semoga Bermanfaat ... :)

Saturday, March 16, 2013

Medan Dalam Ingatan


Assalamualaikum wbt dan Selamat Tengahari

Di sebab kan internet kat umah ni sangat lah slow... xdapat nk BW. So... alang-alang dah bukak blog ni, post entry lah... :p lisa tergerak hati nak share pengalaman lisa ke Medan, Sumatera Utara beberapa hari sebelum bulan Ramadhan last year ... pergi dengan sape? opkos ngan my encik suami ... hihi ...  honeymoon la sangat ...haaa...honeymoon untuk ke berapa kali nya  after 4 yrs married... kami fly on 17 Julai 2012 dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra at 12 midnight ke LCCT. Sengaja kami amek flight yang last sebab flight ke Medan tu keesokan pagi nya...

kalau boleh, tukar duit siap-siap kat Malaysia

Sampai LCCT dalam pukul 1 pagi, kami jalan-jalan area lcct yang memang tetap macam tu jugak, tapi nak jugak jalan-jalan hilangkan mengantuk. dah penat jalan-jalan, posing-posing snap pic, lisa dah mengantuk ... erm, tido kat surau la sekejap - ingatkan solat hajat ke apa, surau jadi tempat tido? erkk ... ala, bukan boleh tido nyenyak pun, dah subuh, solat, keluar lepak kat luar ngan encik suami plak, starbuck sekejap... pi check in.

kami sampai medan dalam pkul 10 lebih rasa nya ...lisa pun dah ingat-ingat lupa da... ala, dalam sejam je perjalanan dari LCCT ke Medan. hehe... xde la jauh sangat - tapi kalau jalan kaki dan kena berenang merentasi lautan tu memang agak jauh lah kan :p 

sampai je Polonia Airport, dah ramai supir-supir taksi yang menunggu kami nak tolong angkat barang dan masukkan dalam taksi mereka. ni pengalaman pertama kami ke sana, jadi kami main amek je mana-mana taksi ke Hotel Kesawan yang memang kami dah book dari Agoda. tambang macam ada beza sket tapi x pela, good enough for 1st experience :D 

haaa... yang kat bawah ni pekerja hotel yang sangat lah baik hati, - Roy, banyak tolong kami bagi tips kalau nak jalan-jalan kat Medan ni, then dia jugak yang jadi teman en suami selama cuti kat sini. siap bawak en suami naik motor lagi keluar malam (Berastagi) minum air kelapa (xingat apa yang roy ckp air kelapa dalam bahasa indo) dan tinggallah daku sendirian kat bilik hotel layan sinetron-sinetron kat TV :p

with Penjaga Pintu aka security guard hotel - Roy

oke, lisa yang dah letih... snap pic banyak sangat... :p

ohhh, kami pilih Hotel Kesawan sebab hotel tu dekat sangat dengan pajak ikan - bukan pasar jual ikan ye, tapi lebih kepada tempat makan-makan, kedai - kedai pakaian, telekung, dan sebagainya. kami jalan kaki je ke pajak ikan, dalam 5 minit jalan dah sampai. lisa sempat beli telekung solat, jubah, baju, dan buah tangan sket bawak balik kg. :)

simPATI yang ada pulsa (topup) 5000 rp, senang nak berhubung
dan jimat selama kat sana

sedikit buah tangan yang termampu... haha...magnet freeze...wajib ada... :)

         
                           ini lah bika ambon special yang sempat kami beli kat airport sebelum bertolak pulang ke Malaysia :)


Rupa Bika Ambon... rasanya macam ada daun limau purut :)

Kami pergi 3 hari 2 malam jer ... so, memang xdapat nak jalan-jalan sangat lah since my en suami pun kaki nya x berapa elok lagi time ni ... see... masih satu tongkat ... - en suami eksiden awal bulan Jan 2012. Di sebab kan itu, Air Asia telah memberi kami layanan special sket... :) kami cadang nak ke Lake Toba pada awalnya tapi xdapat nak pergi di sebabkan perkara-perkara yang xdapat dielakkan. ambil masa jugak tu kalau nak pergi ...

Airport Polonia, Medan, Sumatera Utara
erm, so kami jalan-jalan area dekat-dekat hotel je... kami x pergi dengan travel agency pun...so, pandai-pandai sendiri lah kan nak jalan-jalan tu. Tempat yang sempat kami pergi Merdeka Walk - 10 min jalan kaki dari hotel pastu Sun Plaza - kami naik becak dalam 5-10 minit jer... tambang dalam 7000 rp tapi di sebabkan supir xde duit kecik kami halalkan saja balance 3000 rp. 


Merdeka Walk lagi ... :)
sebenarnya kat sini ramai jugak yang jogging ...
maybe boleh dikatakan taman rekreasi.
haa... kalau tempat makan-makan plak hari pertama, kami cuba makan tengahari kat Tip Top Restaurant, ala depan hotel je pun, lintas jalan je. Makanannya agak ok juga dan harga berpatutan. Then, hari kedua makan tengahari kat Garuda Restaurant. Makanan Minang kan kalau hidang macam ni? - abang jual telekung yang cadangkan kami makan kat sini :)

lastly, kami just jamah 3-4 lauk jer... dan ini lah bil nya ... beratus ribu jugak kami makan. 

ini bil nya pakkk ...

erm, untuk sarapan kami makan breakfast yang pihak hotel sediakan ... - nasi goreng selama 2 hari. xbanyak pilihan... samada nasi goreng atau mee goreng... so, kami ni perut org kampung...  memang nasi jela makan pagi... hehe...

Hari ketiga, kami nak balik, Roy dah siap call blue bird taksi untuk kami ke airport ... dah siap bagi tip - upah sket ...  apa semua, kami bertolak ke Polonia Airport. Flight kami dalam pukul 11 pagi waktu di Medan. Sampai je LCCT kami fly ke Airport Sultan Ismail Petra dalam pukul 5 pm .... 

daa polonia... daaa medan, insyaallah...
panjang umur murah rezeki kita jumpa lagi
Alhamdulillah selamat sampai ... sebenarnya x kesah pun kemana kita bercuti ... asalkan kita happy dan selesa dan semestinya asalkan bersama orang yang kita sayangggg.... wink.. winkkk ;) 

p/s : insyaallah lisa bercadang nak bercuti ke Jogja dalam bulan depan... please bagi lisa tips sket pada sape2 yang pernah bercuti ke Jogja ... :)

Friday, March 15, 2013

Ludah

Selamat Pagi 

Pernah tengok x orang meludah merata-rata? eeewwww...  atau pun ... eeeyuuuu... oke ... geli kan ... tapi itu lah sikap segelintir orang kita ... meludah tu x kira tempat ... dari kereta yang sedang bergerak laju, kat stesen bas, kat pasar malam, pasar pagi, pasar ikan...dan macam-macam pasar lagi, tepi jalan ...aduyaiii... kalau kita tengok kat atas tar tu kan... aisshhh... tok sah dok citer la... memang akan ada ...

phuiiihhh .... phuuiiihh... tuuihhhh... ffuiihhh ... erk, ada ke bunyi ffuuuihh ? :p

macam-macam bunyi ... boleh imagine x ? kakakakaaaaa.... lisa sebenarnya x larang pun orang meludah... since kita manusia kan... memang agak pelik kalau jumpa manusia yang x pernah meludah sepanjang hidupnya ... hehe ... tapi please behave, x kan lah kat tempat orang ramai ... tiba-tiba phhuiiiihhhhh... segan kot ... orang yang tengok tu pun geli ... kan ...  so, apa yang perlu kita buat kalau agak-agak rasa nak meludah tu? 

boleh x lisa nak cadang kan, selain dari tong sampah recycle yang hijau, oren, biru tu (biru kan) tambah lagi satu tong sampah warna ungu khas untuk meludah kat tempat awam. hahaha....  eeewwww eeeyuuuu ... agak-agak lah kan ... :P

kalau agak-agak nak phuuiihh...tuuuihhh tu, pandai-pandai lah pilih tempat yang appropriate sket... :) macam tandas ke, tempat yang memang di jamin (tengok kiri kanan) xde orang kat atas muka bumi ni  ke... contoh... hehe...  So, peringatan bersama, sama-sama lah kita jaga kebersihan alam sekitar dan sekeliling kita ... bukan ke kebersihan mencerminkan keimanan kita  bersih tu sebahagian daripada iman ... kan ... :)

p/s : nak meludah merata-rata pun not good, apatah lagi nak "puuiihh..ttuihhh" kat orang. ye x? lagi la x bagus kan... x bagus untuk 'kesihatan dalaman' kita dan juga x bagus untuk hubungan sesama manusia, sesama umat islam ... jaga sillaturrahim sesama kita ... Allahualam .

Peace !


Thursday, March 14, 2013

Dulu Lain, Sekarang Lain

Assalamualaikum wbt


Ada masanya bila lisa nak keluar dgn suami, lisa nk cuba pakai baju- baju lama yg  baru je 1-2 tahun lpas x pakai...

Abg, baju ni dah kecik lah

Suami lisa dok telek2

Aah la baju tu dah kecik

????!!!

Hahahahahaa

The same thing happen bila lisa nak beli baju ...

Akak, agak2 muat x baju ni ngan sy?

Oohh yang tu kecik dik...size L xmuat, yg sebelah sini besar sket...

Gulpp... Ok... Salah tempat :(

Kalau dulu...

Akak, agak 2 baju ni muat x ngan sy?

Yang tu besar menggelebeh sket sbb size L ... Cuba size M ni...

Nampak x point kat situ !

Uwaaa.... Kuatkan lah semangatku untuk back to normal like 4 yrs ago...

Psttt.,. bila ckp pasal perubahan / kejelekan bentuk fizikal kenapa kita risau sgt seolah- olah mcm dunia ni dah nak berakhir... tapi dalam sedar xsedar pernah x kita risau tentang pengisian rohani / dalaman kita sehari-hari? Makin berkurang atau makin bertambah? Tepuk dada tanya iman ;)

**Peringatan untuk diriku yang kadang-kadang terleka juaa... 

Wednesday, March 13, 2013

Al Fatihah

Assalamualaikum wbt

Sayu plak  rasa hati ni baca berita mengenai kematian 2 orang pejuang negara di Lahad Datu hari ni ... kedua-dua anggota tentera tu berasal sama negeri ngan lisa ... masih muda... Inna Lillah hiwaina Ilaihi Rajiun ... tiba-tiba lisa dok teringat jer kat my bro, peyo ... dia kat sarawak sekarang ... kebetulan baru dapat baby awal bulan Februari baru-baru ni, jadi dia dapat lah mintak kawan dia gantikan tempat dia, kalau x memang dah ada kat sabah la peyo sekarang... :(



                                                          Foto : Kelab Pencinta Sejarah Kelantan (FB)

Petaling Jaya, 13 Mac - Jenazah dua anggota tentera yang terkorban dalam Operasi Daulat menentang pengganas Sulu di Lahad Datu semalam, tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini hari ini.

Pesawat C-130 milik TUDM yang membawa jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dan Ahmad Farhan Roslan, 21, mendarat sejurus sebelum 8 pagi.

Ahmad Hurairah terkorban dalam pertempuran dengan pengganas di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu manakala Ahmad Farhan terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Jalan Lahad Datu-Chenderawasih ketika menghantar makanan untuk anggota keselamatan dalam operasi itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi antara yang menyambut ketibaan kedua-dua jenazah.

Najib dan Ahmad Zahid memasuki pesawat dan memberi penghormatan terakhir kepada kedua-dua wira negara itu. 

Allahyarham Ahmad Hurairah merupakan anggota Angkatan Tentera Malaysia pertama yang terkorban sejak insiden pencerobohan pengganas di Sabah bermula 12 Feb.

Anak kelahiran Kelantan itu terkorban dalam pertempuran yang berlaku pada 10.45 pagi semalam yang turut menyaksikan seorang lagi perajurit cedera dan dua musuh terbunuh.

Sehingga kini, 10 anggota keselamatan gugur dalam insiden pencerobohan bersenjata itu manakala 56 musuh ditembak mati.- BERNAMA








Ya Allah, bilakah akan berakhirnya semua ini... kembalikan lah keamanan negara ... selamatkan lah semua pejuang negara di Lahad Datu dan Semporna, Sabah ... Aamiin ...



Sumber : http://pkrl.blogspot.com

Tuesday, March 12, 2013

Ilmu Bermanfaat

Selamat Tengahari... 

Sebenarnya lisa suka sangat baca status-status FB Prof Dr Muhaya... 
Banyak sngat kata-kata nasihat dan peringatan untuk kita bersama...
salah satu nya yang sangat terkesan dihati.... 

 "Jika ibu bapa sudah meninggal dunia dan kita tinggal satu waktu solat bayangkan seksa mereka di kubor. Jom jaga solat kita dan solat anak anak kita. Jika kita tidak memberi ilmu ugama dan anak kita engkar pada Allah maka kita akan di persoalkan. Ibu bapa sekelian tanya apa tujuan membesarkan anak anak. Kita menangis bila ibu bapa meninggal tapi apakah kita ini suatu aset atau liabiliti atau beban ibu bapa kita di kubor . bayangkan apakah mereka di taman syurga atau kawah neraka. hidup ini amat sementara. Jom taubat dan jangan tertipu. Kita doakan ibu bapa sentiasa dan jgn lupa sedekah fatihah setiap lepas solat. Jika solat tak di jaga apa kiriman kita pada ibu bapa di alam barzah" 

Kebanyakannya di petik dari program ilmu samada kat TV atau radio.. Apapun...thumbs up prof.. :) sangat-sangat berguna dan bermanfaat untuk kita... :)

Foto : Google Image

Monday, March 11, 2013

Salam Kenal :)

Assalamualaikum wbt ...

haiii lisa ni ... orang ada blog kita sibuk nak ada blog jugak kan ... xde apa pun sebenarnya... saja isi masa terluang ...  lisa just nk share pengalaman hidup lisa, apa yang lisa fikir, dan mungkin juga sebagai diary (yang bukan secret) ok! 1st entri yang sangat pendek untuk permulaan ... keep reading! 
 blog dalam proses pengubahsuaian ... 
harap maklong! maklum :p