Assalamualaikum wbt
Foto : Doodle Dakwah |
"Ali, cuba tengok si Abu tu, nak pergi mana tu?
eh, perempuan mana yang dia bawak tengah-tengah malam ni ... "
"Jangan-jangan nak check in kat mana-mana hotel tak ..."
bila kita melalui situasi seperti di atas, terus dalam hati kita ni macam-macam idea yang datang... biasanya yang datang tu bukannya idea-idea yang baik tetapi sebaliknya ... macam-macam bisikan yang negatif kita dengar! cuba kita buat macam ni ...
"Ali, cuba tengok si Abu tu, nak pergi mana tu?
eh, perempuan mana yang dia bawak tengah-tengah malam ni ... "
"Mungkin adik perempuan dia tu ... tak apalah, jumpa kat masjid esok kita tanya dia ... "
cuba lah berprasangka baik ...
"Abu, semalam aku dan hassan ada nampak kau bawa seorang perempuan. Siapa tu?"
"Oh, kakak aku, semalam dia sakit perut. jadi aku bawa dia ke klinik."
itu salah satu contoh situasi yang simple ... :)
memang agak sukar untuk meletakkan diri kita, hati dan akal kita pada husnuzon (berprasangka baik) kan? kalau nak su'uzon (berprasangka buruk) senang jer... dengar je bisikan-bisikan kat telinga, kat dalam hati tu... then terzahir lah yang x elok ... - ingatan untuk diri lisa jua :(
berprasangka buruk pada orang lain adalah termasuk dalam penyakit hati juga ...
apatah lagi nak berprasangka buruk kepada Pencipta kita, Allah SWT kan... lagi lah tak boleh ... berprasangka baik dan bersyukur lah dengan setiap ujian yang Allah SWT telah berikan kepada kita ... kerana setiap ujian yang ditimpakan kepada kita pasti ada hikmah yang tersembunyi. Mungkin juga Allah nak naikkan darjat kita di sisiNya.
وَلَقَدۡ فَتَنَّا ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡۖ فَلَيَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ صَدَقُواْ وَلَيَعۡلَمَنَّ ٱلۡكَـٰذِبِينَ
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
(Surah Al-Ankabut 29: Ayat 3)
segala-segala yang terzahir atau terpapar pada luaran kita datangnya dari hati kita. Oleh itu, kena lah selalu-selalu rawat hati...
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati." - Bukhari dan Muslim
ada banyak cara nak rawat hati yang lisa jumpa kat page ILuvIslam ni ... jom klik dan baca ... :)
sebenarnya bukan tak boleh ada prasangka pada orang lain tetapi dengan syarat nak jaga keselamatan diri, keluarga, ataupun berjaga-jaga takut berlaku sesuatu yang negatif / tidak baik ... jika demikian, kita harus mencegahnya.
"Ali, cuba tengok tu... macam orang nak merompak jer ... mana ada orang bawa parang masuk bank?"
contoh la kan ...hee...
"cuba ko tengok minah ni, berlagak alim jer nak share / post entry-entry islamik... jalan pun tak berapa betul nak nasihatkan orang... macam dah banyak sangat lah ilmu tu... berlagak macam ustazah"
haaa... kalau macam ni tak elok la kan... so, selalu-selalu lah kita didik hati kita supaya selalu berada dalam husnuzon :)
dengar lah nasihat jangan pandang pada siapa yang memberi nasihat tu - selagi nasihat yang diberikan itu berunsurkan positif tetapi yang penting pandanglah pengisian dari nasihat tersebut ...
p/s : ingatan untuk diriku yang kadang-kadang terleka jua :)
12 comments:
Nasihat yg baik...bukan itu saja...kita jugak trlps pandang, kdg2 kita lupa bhw dgn ALlah juga perlu bersangka baik...sbbnya ada jugak kdg2 hati terdetik bahawa, adakah dosa kita kita akan diampunkan? Sedangkan Allah bersifat Maha Pengampun...kdg2, kenapa aku tak kaya2...sedangkan Allah Maha Pemurah dan tau di mana tempatnya utk jadikan kita sedemikian...terlalu keciknya kita sbg manusia, kan?... :)
Btul tu akak. kta xdpat nak ddik hti org utk bbaik sangka dgn kta. tp,at least kta bole ddik hati kta utk bbaik sngka dgn org lain. dn pling pnting. bbaik sangka dgn Allah slalu. Allah menguji sbb syg .:)
betul wan ... bersangka baik dengan Allah lebih-lebih lagi ... thanks atas peringatan itu wan ...:)
memang kita kerdil sangat jika nak dibandingkan denganNya tetapi kadang2 kita terlupa hakikat tu... Ya Allah, kurangnya rasa bersyukur kita... thanks wan ... :)
yep niera... apa yang penting sebenarnya kita didik hati kita untuk berbaik sangka dengan orang lain dulu... dan yang paling penting lagi selalu berbaik sangka pada Allah SWT. setiap ujian yang diberiNya memang ada hikmah yang kita sedar atau x .. :)
Thanks for the advice, its true we hve to make our mind set to postive :)
Then only kita boleh mengelakkan daripada asyik menyebarkan fitnah. Maklumlah lidah itu lebih tajam daripada pedang.
so true ... kita sama2 ingat mengingatkan dan peringatan untuk myself juga ... :)
tak dinafikan kita sbg manusia seringkali berprasangka negatif sedangkan sikap itu sebenarnya memakan diri dan boleh merosakkan hati..
Jom kita sama2 think positive plak pasni... :)
nasihat yg baik dh diterima juga dgn baik.. org yg menasihati kita sebenarnya mengambil berat tntang kita :)
subhanAllah.. moge kite sentiase berade dalam kalangan orang yang sentiase nasihat dan menasihati..
Tu la..kdg2 lisa pk gak ..myb org yg nasihatkn kita tu sygkn kita... Cthnya mcm makkita kan.. :)
InshaAllah fifi :)
Post a Comment