Assalamualaikum wbt
lisa tergerak hati nak share dengan anda semua apa yang lisa baca dari majalah Q & A bil 17. lisa ambil dari kolum Ustaz Amaluddin Mohd Napiah, seorang Pendakwah, Penulis dan Penerbit Nasyid ... mesti anda kenal orangnya ... :)
foto: en gooogle |
Sungguh tidak berbahagia di akhirat nanti buat mereka yang meninggalkan perintah solat semasa singgah di dunia. Neraka Saqar lah bagi mereka yang meninggalkan perintah solat itu ...
Allah SWT telah menceritakan kepada kita di dalam Al Quran, bahawa ahli syurga (Ashabul Yamin) telah bertanya kepada penghuni neraka,
"Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka?"
Mereka menjawab,
"Kami dahulu bukan orang-orang yang bersolat." (Al Muddatsir 74 :42-43)
Allah SWT melanjutkan senarai mereka yang turut sama disumbat ke neraka Saqar bersama orang-orang yang tidak solat.
"Kami (kata ahli neraka) kikir, tidak memberi makan orang miskin dan tidak memuliakan anak yatim. Kami juga berbicara untuk tujuan batil; kami tidak percaya akan hari pembalasan sampai datang kematian pada kami." (Al Muddatsir 74 : 44)
banyak lagi pengisian dalam kolum ni (boleh beli dan baca dengan lebih lanjut lagi dalam majalan Q & A bilangan 17 :)) tapi lisa lebih tertarik nak share tentang bagaimana keadaan anggota orang ingkar perintah solat untuk peringatan kita bersama.
Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW diperhatikan tentang suatu kaum yang menghentakkan kepala mereka ke batu. Setiap kali hentakan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah SAW bertanya ...
"Siapakah ini wahai Jibril?" Jibril menjawab...
"Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan solat fardhu."
(Hadis Sahih Riwayat Thabrani)
Kenapa Kepala?
Kerana kepala tidak mahu mengaku kekuasaan dan keagungan Allah SWT.
Kenapa Dahi?
Kerana dahi di kepala tidak mahu menyembah sujud menyembah Allah SWT.
Kenapa Mata?
Kerana mata di kepala itu nampak masjid dan surau serta jalan menuju ke arah kedua-duanya (masjid dan surau) tetapi tidak mahu menjadi penghuni dan tetamunya.
Kenapa Telinga?
Kerana telinga di kepala itu mendengar azan tetapi tidak dijawab dan diendahkannya.
Hasilnya, bukan Allah yang yang hendak memasukkan manusia ke dalam neraka tetapi sebaliknya manusia itu sendiri yang menzalimi diri mereka sendiri.
Justeru kepala yang Allah kurniakan kepada kita maka perbanyakkan lah bersujud dengannya.
p/s : Manusia ketika hidup di dunia semuanya tidur (mimpi), bila mati baru mereka terjaga (tersedar) - Sayidina Ali k.w
psssttt... peringatan untuk kita bersama ... juga untuk diriku yang kadang-kadang terleka ... :'(
Semoga Bermanfaat.
20 comments:
N3 yang cantik, indah dan murni utk dihayati. Moga membuka minda dan iman utk terus diperkukuhkan. Sungguh kakak suka N3 ini.
terima kasih di atas peringatan ini.. :D
Alhamdulillah...takzirah indah di pagi jumaat ini..samalha kita muhasabah diri, terima kasih lisa
Alhamdulillah... lisa cuma share saja untuk peringatan diri lisa dan kita semua kerana hasil penulisan asli daripada Ustaz Amal. :)
Alhamdulillah :)
Alhamdulillah... inshaAllah KY .. :)
Takutnya azab tu.. Akk ni pun kdg2 alpa jugak.. sama2 kita menjadi umat yang taat dengan perintah Allah...Amin
Tq tazkirah yg bermanfaat ini..
Thanks...wan dapat bermuhasabah di blog lisa...welcome back.
aamiin ... mudah mudahan kak..
peringatan untuk diri lisa yang kadang-kadang terleka jua...huhu.. sama2 kita muhasabah ... inshaAllah.. thanks wan..
perkongsian ilmu yg bermanfaat dik..kak zu suka baca..tkasih
saya suka jawapan Jibril ttg kenapa mata telinga semua tu..hehe.. selamat beramal juga ya..moga kita selalu beringat..nice sharing kak.. :)
sharing is loving kak zu..hee.. Alhamdulillah...
ingatan untuk diri sendiri jua... :(
solat juga kenalah pada awal waktu... inshaAllah kita sama2 dapat manfaatnya... Alhamdulillah... :)
thanks for sharing..huhu
Thanks juga sudi baca CV ..hee
solat tu kewajipan kita.sesibuk mana perlu dilaksana.ingat allah,allah ingat kita.semoga kita dijauhkan drp azab siksa.
Doa semoga diletakkan bersama golongan yang menjaga sola... Amin
InshaAllah..mudah mudahan... :)
Hee..mcm pantun plak ifah.. Best2..
Aamiin.. ;)
InshaAllah ..
Post a Comment