Saturday, July 07, 2018

Cuti-Cuti Chenta : Perth, Western Australia

Assalamualaikum wbt


Setelah 5 tahun lisa dan Mr Z tak fly out ke obersea, maka inilah jalan-jalan pertama kami dengan flown ke Perth lepas siap dibina home sweet home kami  :) pindah rumah dalam bulan puasa tahun 2016 Alhamdulillah - last flown masa cuti-cuti ke Jogja 2013. 

Swan River

Berdekatan Elizabeth Quay

perhatian : bahasa agak rojak sebab ada yang copy paste dan campur-campur tapi masih boleh difahami, harapnya. hihi.

Edited : sebulan sebelum pergi kami apply eta visa dari wiya travel. Rm 20 seorang sahaja. Hanya melalui emel dan buat pembayaran melalui online, pihak wiya travel emelkan kepada kami eta visa untuk kami print sendiri dan bawa bersama dengan passport nanti.

Kami beli tiket AirAsia dalam 6 bulan sebelum pergi. Maknanya masa promosi tu dalam bulan 11, tahun lepas. Fly pada 16 Mei 2018 dan balik Malaysia semula pada 21 Mei 2018. Ini juga bermaksud kami pergi sambut Awal Ramadhan kat sana. hihi. waktu kami pergi tu musim luruh dan suhu dingin. siang hari dalam belas sehingga 20 darjah celsius. malam pula lagi sejuk. belas-belas darjah celcius. bawa sweater siap-siap. sebab tidur malam pun pakai sweater. kalau orang yang dah biasa sejuk macam mat saleh dan minah saleh kat sini diorang pakai seluar pendek je. :)

Tempat yang kami pergi tak banyak memandangkan kami tak sewa kereta pun. Cuma menggunakan public transport yang ada iaitu bas dan train. :) jangan risau, public transport kat sana senang saja. ada Transperth dan CAT Bus. ini memang betul-betul bajet travel. siapa cakap nak melancong ke Perth kena ada ribu riban banyaknya? hehe. jom cekidout cara bajet travel kami kot-kot ada yang nak pergi sana cara bajet juga macam kami.

Public transport (bus) dari Perth Airport ke City 

Tiket AirAsia untuk 2 orang anggaran haritu dapat dalam rm 700 seorang (return) pergi balik kl-perth-kl termasuk kb-kl-kb. sekali ambil baggage untuk sorang, murah la kan... hehe. pastu Hotel pula Mr Z aka En Suami yang uruskan. Mula-mula en suami dapat hotel yang range harga rm 100 lebih untuk satu malam (macam murah je) tapi bila lisa survey dan research semula rupanya hotel tu macam hostel dan toilet kat luar bersama dapur memasak pun kongsi ramai-ramai kat luar. (Bagi yang sukakan adventure lebih sikit dan nak betul-betul bajet boleh tempah hotel dalam range harga rm 100 lebih ni.) Jadi, memang tak boleh jadi... lisa kena survey sendiri. hahaha. 

Cari punya cari lisa dapat Hotel Riverview on Mount Street ni untuk 4 hari. Range harga kami dapat dalam rm 200 lebih untuk satu malam (harga asal dalam rm 300 lebih) lengkap dengan dapur dan alatan memasak. En suami tempah melalui Expedia dan dapat less haritu tak tau pasaipa kena tanya en suami . Jadi Bajet 4 hari kat hotel tu dalam Rm 950 seingat lisa. 16 May - 20 May 2018. Hotel ni dekat sangat dengan King's Park and Botanical Garden. Jalan kaki mendaki bukit dalam 5 hingga 10 minit dah sampai. kelebihan lain hotel ni juga berada di laluan GREEN CAT BUS (CAT BUS ni ada 4 warna iaitu merah, hijau, kuning dan biru / ada laluan masing-masing dan memang sejenis bas dalam bandar yang FREE)

Riverview on Mount Street - Standard Studio

Lepas tu hari last nak balik tu 20 May kami Check In pula bilik yang disewa melalui AirBnB. Rm 116 satu bilik untuk satu hari. Cuma kalau AirBnB ni kena kongsi rumah dengan pelancong lain juga. macam kami haritu kongsi rumah dengan pelancong dari New Zealand. AirBnB ni memamg bagus kalau nak jimat dan tambah kenalan travel. kami sewa kat area Perth Airport, iaitu dekat area Pasaraya Belmont Forum di Cloverdale. nak pergi airport boleh naik uber dalam Aud 15 saja 15 minit camtu. macam kami haritu owner rumah AirBnB tu memang buat service drop kat airport jugak. jadi tak ada masalah transport. Sebenarnya bagi anda yang travel ramai-ramai serta berkeluarga memang bagus sangat check in satu rumah / apartment yang memang lengkap dengan dapur, mesin basuh semua sebab senang nak masak dan berkumpul kan. 

ini makanan dan  bahan masak yang lisa bawa dari Malaysia.
nanti jangan lupa buat declaration form :)

kat sana ada saja makanan halal tapi untuk lebih jimat lebih baik bawak atau beli kat pasaraya sana bahan-bahan memasak dan masak sendiri. hehe. lisa pergi berdua pun masak je untuk sahur dan berbuka. cuma kami pernah dua kali je makan kebab. kebab kat sana portion besar macam untuk 2-3 orang makan dan harganya jika diconvert ke RM dapat beli 5-7 biji kebab kat sini tapi portion yang kecil-kecil la. hehe. 

MashaAllah, cantiknya air dan langit yang membiru ni

Autumn in My Heart :)
Lisa sebenarnya kalau dah lama-lama masa berlalu ni banyak dah lupa. haritu nak tulis blog tapi busy dengan bulan puasa dan raya kan. jadi,  lisa sertakan secara ringkas saja itinerary Perth kami. kalau anda perasan kami punya itinerary ni santai-santai habis. hehe. al maklumlah naik public transport saja jadi tak pergi tempat jauh-jauh macam Albany, Pinnacles, Lancelin, waverock, Caversham dan lain-lain. ini memang travel nak kenal budaya tempat orang dan nikmati alam sekitar saja. :) ditambah lagi kami pergi bulan puasa dan musim luruh pula jadi waktu maghrib awal. Pukul 5.30 petang lebih kurang tu kami dah berbuka puasa. pukul 6.30 petang dah gelap gulita. hehe. kami memang dah pastikan pukul 4 petang dah ada di hotel untuk lisa siap-siap nak masak untuk berbuka pula.



Itinerary Perth (copy dari fon lisa saja. hihi.)


16 May 2018 (Wed) :
12.05 am - fly to Perth dari KLIA2
5.20 am - sampai awal di Perth sepatutnya 5.30 am. Thank You AAX. (alhamdulillah tak ada anjing pengesan dan pemeriksaaan imigresen pun berjalan lancar. kami siap print itinerary dan list makanan/ubatan  yang dibawa. tapi diorang tak check pun. kena jujur tau... dan mungkin juga nasib kami baik sebab ada juga kami nampak tourist lain yang siap kena geledah beg diorang dan ada barang yang dirampas. yang penting jangan bawa barang-barang yang dilarang masuk ke Australia tau macam buah-buahan, lauk-lauk mentah, produk tenusu, dan beberapa lagi. boleh google untuk info lanjut.)

6.00am - 7.00 am - solat subuh dulu kat surau dalam airport tu pastu baru leave airport by transperth no 380 to Elizabeth Quay bus station
- green CAT to hotel from Elizabeth Quay

- pergi ke hotel and leave our baggages

- take a green CAT bus to elizabeth quay
- walk around elizabeth quay, bell tower & swan river (4 sightseeing)
11.00 am - walks to woolworths and buy groceries
- take a green CAT to hotel
- check in hotel & rest



17 May 2018 (Thurs) : 
- walks to King's Park & Botanical Garden
- Lotterywest Federation Walkway (di King's Park juga tapi katanya buka pukul 9.00 am dan tutup pukul 5.00 pm)
- Step-down on Jacob's ladder and walks to John Oldham (John Oldham Park ni tak ada apa pun sebenarnya. nak ambil gambar je)
- take a bus no 950 to WA University and sightseeing
- walk distance to blueboat house
- naik bas ke Cottesloe Beach
- sightseeing malam kat area city kalau rajin



18 May 2018 (Fri) :
- take a green CAT to Elizabeth Quay
- walk to Hay Street / London Court/chemist store
- take a blue CAT or walking distance to Perth Mosque

- take a green CAT to Watertown
- take a Green CAT to malcolm street harvest terrace / back to hotel


19 May 2018 (Sat) 
- take a bus to Fremantle
- Fremantle market
- Prison
- e Shed (aussin or megabes) sekarang megabes hanya ada di Fremantle market saja.
- jeti kat fremantle



20 May 2018 (Sun) :
10.00 am - Check Out hotel & take a transperth bus (#935)to Belmont Forum / Big W/ car boot sales
1.00 pm - check in AirBnB



21 May 2018 (Mon) :
3.00 am - check out / heading to Perth airport by Uber

Ini pula memang betul-betul perbelanjaan kami berdua selama kat Perth 5 hari. waktu kami pergi tu pertukaran matawang 1 aud bersamaan Rm 2.98. Sekarang tak pasti berapa. anda boleh cek kat google. :)

Budget in Perth


Cash in hand : Aud 400 (tukar siap-siap duit kat Malaysia)


16/5/18
Air mineral airport - aud 4 (sebenarnya nak tukar duit kecil nak naik bas nanti ke bandar. hehe)
Woolworths - aud 16.60 (groceries)
Ticket transperth 380 - aud 4.70 x 2 = aud 9.40 (semua tiket transperth ni available untuk 2 jam dalam hari sama tu)



Total : aud 30


17/5/18

Transperth ticket (950 & 102) - aud 9.40 (ni kami naik bus pergi blue boat house dan cottesloe beach)
Chemist warehouse - aud 53.95 (beli perfume murah-murah kat sana ada sales)
Woolworths - aud 6.95 (barang dapur lagi sekali)



Total : aud 70.30


18/5/18

Watertown (cotton on) - aud 12 (beli baju T pakai kat rumah je. paling murah sehelai dapat aud 2 sahaja)
Ispa kebab - aud 12 (beli kebab dan berbuka kat area bell tower tengok pemandangan malam pastu balik rumah en suami makan nasi pula yg dimasak. haha. perut malay katakan)



Total : aud 36


19/5/18

Transperth Family Rider - aud 12.60 (Family rider ni jimat. utk 2-7 orang atas satu tiket tapi available hari minggu sahaja)
Fremantle market - aud 6.40 aud 6.10 aud 2.30 (ni harga-harga sayur, ubi dan buah yang kami beli)
Megabes - aud 51.95 aud 39.85 (souvenier untuk dibawa balik)



Total : aud 119.20


20/5/18

Transperth cash ticket - aud 3.10 x 2 = aud 6.20 (tiket bus transperth dari city ke belmont forum)
Belmont boot car sales - novel 2 aud, kasut mrZ 10 aud, mangga pintu 6 aud (en suami beli kasut bundle tu cantik cuma rm 30 atau 10 aud sahaja)
Belmont forum - kebab & nasi 25, aud seluar askar lisa 10 aud, buah plum 2 aud, biscuit 10 aud (untuk berbuka kami beli nasi dan kebab kat kedai arab area luar Belmont Forum. banyaknya tak habis sampai kami boleh makan untuk sahur pulak. haha.)



Total : aud 71.20


21/5/18

Drop off perth airport (Alex-AirBnB) - aud 15


Total : aud 15


GRAND TOTAL : aud 341.70 x rm 2.98 = rm 1018.27 (perbelanjaan 2 orang - makan, cenderahati & pengangkutan 5 hari di Perth)


Bawak balik balance aud 58.30

TOTAL COST 2 ORANG SELAMA 5 HARI PERTH, WA 

Tiket Flight (return included kb-kl-kb) - RM 1500+-
Accomodations - RM 1066
Belanja Makan, Pengangkutan dan Souvenier - RM 1018.27

GRAND TOTAL : RM 3584.27

tips : 
-tiket flight beli time promo Airasia. daftar jadi member Big nanti dapat email promo awal-awal dari AA.  
-hotel tu boleh kurang lagi bajet kalau tinggal kat hostel atau airbnb saja atau lebih advance lagi couchsurfing. :)
-belanja makan pula kalau nak lebih jimat lagi tak payah beli makan kat luar langsung. masak je. hihi. 

Review 

Hotel Riverview on Mount Street


overall, berpuas hati menginap kat Hotel Riverview on Mount Street. Hotel ni ada restoran/bar kat bawah tu jadi anda yang non muslim boleh breakfast dan makan-makan kalau menginap kat sini. ada balkoni boleh tengok view dari situ. Hotel ni nyaman je sebenanrnya sebab dekat dengan King's Park dan perumahan orang-orang tempatan. kalau nak ke King's Park tu kenalah menapak sikit naik bukit. Hotel ni juga bersebelahan hotel Mountyway apartment.


inilah area hotel tu. tengah turun bukit dari King's Park ke hotel
lisa tengok awal pagi dan petang orang-orang kat sini berjogging dan bersenam relax je berlari naik bukit turun bukit ni. seronok juga kalau pergi bukan bulan puasa, boleh join sekali bersenam. hehe.

Elizabeth Quay, Bell Tower, Swan River




Tempat ni kat area city saja. kami turun bas dari stesen bas Elizabeth Quay dan jalan kaki je kat sini rehat-rehat sambil lihat pemandangan Swan River dan ambil gambar. ada Feri kat sini boleh naik guna Transperth ticket tu tapi kami tak sempat nak naik sebab tiket dah expired lebih 2 jam. boleh ke South Perth City ada Zoo kat seberang. orang cakap berbaloi ke Caversham sebab boleh tengok dari dekat dan sentuh binatang berbanding di Zoo ni. orang cakaplah. bukan lisa cakap. :)


view waktu maghrib, kami buka puasa kat sini

King's Park and Botanical Garden , Lotterywest Federation Walkway 



Kat Jacob's Ladder



Federal Walkway

Subhanallah, breathtaking view

View dari King's Park
Taman dalam bandar terbesar ni memang luas. tak larat nak jalan tapi view dari sini memang cantik. kami jugak pergi Lotterywest Walkway dengan pemandangan dari jambatan yang cantiknya boleh tahan juga. hihi. 








dapat tinggal kat sini bestnya... nyamaaan :)

Blue Boat House 






naik transperth bas je pergi sini. dari tepi jalan dah nampak. better pergi hari bekerja biasa sebab tak ramai orang. kami pergi hari khamis. tak ada sorang pun, kami berdua bebas nak ambil gambar. bila kami lalu nak ke fremantle hari sabtu, ermm guess what? beratur. ramainya orang nak ambil gambar kat blue bloat house tu. lucky us. 

Cottesloe Beach



Nak tengok pantai di Perth jadi kami decided pergi pantai yang dekat dengan city iaitu di Cottesloe. Naik bas jugak ke sini. tak silap lisa bas transperth no 102. senang saja pergi balik. dari Elizabeth Quay Bus Station. erm pantai Cottesloe ni bagi lisa biasa-biasa sahaja. tapi airnya memang jernih membiru.  kami ambil gambar, rehat-rehat tengok pemandangan kejap pastu balik.


London Court, Chemist Warehouse, Hay Street



naik green cat dari hotel ke city. jalan kaki je sini. London Court tu macam tempat jual souvenier tapi dalam suasana bangunan ala-ala London. hehe. lisa prefer beli souvenier di Fremantle market saja untuk jimat. kalau kat Chemist Warehouse tu anda boleh borong perfume. lisa beli beberapa botol je untuk kegunaan sendiri. kalau anda nak buat souvenier pun boleh. harga dia affordable sebab ada sales. hay street tu area-area dekat situ saja. :)

nota kaki : gambar kat London Court ambil tapi tak upload sini sebab pencahayaan gambar tak cantik.

Watertown

kat sini ada outlet-outlet brand berjenama. Watertown ni macam JPO, MITSUI camtu... lisa & en suami beli singlet dan tshirt untuk pakai kat rumah je. paling murah dapat 2 aud sehelai kat Cotton on. haha. macam la malaysia tak ada kan. bolehlah dari tak ada untuk kenang kenangan. 

Perth Mosque

en suami pergi solat Jumaat kat masjid Perth ni berseorangan saja. jadi lisa cerita base kepada yg en suami cerita. solat jumaat dalam pukul 1 lebih. kalau jumpa kat luar memang tak tau lelaki-lelaki mat saleh tu muslim sebab tengok ada yang bertatoo. tapi bila jumpa kat masjid baru tahu muslim rupanya. mungkin mereka mualaf dan sebenarnya kaum hawa pun solat jumaat juga kat sana. ;)

Fremantle




kami pergi Fremantle dengan Transperth bus saja. Oh ya, untuk rujukan no bas nanti pergi Elizabeth Quay Bus Station boleh ambil peta perjalanan bas. semua ada kat atas situ. tak jauh perjalanan dalam setengah jam je rasanya dari city ke Fremantle. kami pergi Fremantle Market, Megabes, E Shed market dan prison. kami beli cenderamata murah-murah kat Megabes dalam pasar Fremantle saja. ada buatan China dan ada yang Australia punya. cuma harga sedikit berbeza. kami tak banyak pun beli souvenier. hehe. setakat magnet fridge, sweater, tshirt, pensil dan keychain. 




Penjara Fremantle yang dah jadi tempat pelancongan.
Nak masuk kena bayar tiket yang lisa sendiripun tak pasti berapa Aud sebab kami tak masuk dalampun :)

kat sini ada tram jalan-jalan
jalan-jalan sekitar situ tak lama sebab matahari panas membahang walaupun cuaca sejuk. Elok pakai sunblock kalau tak memang kulit menggelupas macam kami. hehe. Balik semula ke city kami naik train dari Fremantle. turun di Perth dan naik train ke Elizabeth Quay. dari Elizabeth Quay nak ke hotel sadis sikit sebab tak ada cat bus hari minggu. malas nak tunggu bas lain, kami jalan kaki saja. tak adalah jauh sangat dari bandar ke hotel kami cuma 10-15 minit jalan kaki sahaja. 

Belmont Forum & Car Boot Sales


Car Boot Sales

pusing-pusing dengan beg pakaian sebab nanti nak check in bilik AirBnB pula kat Cloverdale

check out hotel pukul 10 pagi dan naik bas ke Belmont Forum. naik public transport hari minggu ni menguji minda sikit. hihi. kekerapan bas akan berkurangan pada hari minggu. kena pandai plan masa. sampai di belmont forum kami menapak ke Car Boot Sales area depan pintu masuk Belmont Forum (kawasan parking kereta). ramai juga peniaga. kebanyakannya jual macam barang-barang terpakai tapi masih elok. kalau kat tempat kita macam pasar karat, pasar pagi - jual bundle. 

dah siap jalan-jalan kat Car Boot Sales, diorang akan kemas-kemas pukul 11 pagi sebab nanti Belmont Forum nak  buka pula. Pukul 11 am dah boleh masuk dalam ambil angin Aircond. hehe. hajat dihati nak beli corelle kat Big W tapi bila tengok stok yang ada warna putih sahaja dan tak banyak stok terus tak jadi beli. agaknya yang corak-corak tu orang Malaysia dah borong kot. mentang-mentang kat sana corelle murahkan hehe. k Mart pun ada kat sini. lisa kalau ikutkan banyak nak beli barang-barang rumah kat K Mart tu. tapi memikirkan nak bawak balik tu... tak jadi pulak. haha. 

Oh ya, bagi anda yang nak cari barang-barang mentah / masak, rempah-rempah, sos, roti, biskut yang halal boleh beli kat kedai area luar Belmont Forum. lisa dah lupa apa nama kedai tu. tapi kedai tu sebelah kedai jual kebab dan nasi arab. lisa sempat beli  biskut je kat kedai tu sebab nak cuba. macam biskut dari negara timur tengah je. 

Conclusion

21 May 2018 flight kami balik Malaysia dengan AirAsia X juga. Flight lepas subuh jadi sempatlah kami bersahur dan solat subuh kat Perth Airport. :) alhamdulillah perjalanan pergi dan balik kami dipermudahkanNya. tak ada delay flight, tak ada pemeriksaan imigresen yang sukar, cuaca pula elok saja, orang-orang Perth pun sangatlah friendly dan helpful.

waktu kami tersilap naik bas dan nampak blur-blur tak tau nak pergi mana ada auntie ni tegur kami dulu dan tolong kami bagi direction cara nak pergi ke destinasi kami. yang paling lisa salute dengan budaya  mereka, mereka akn tegur kita dulu bila jumpa kat mana-mana macam kat taman ke, dalam bas ke... Hello, Good Morning, Evening dengan senyuman. Mungkin kita kat Malaysia patut amalkan budaya ni sebab bagi salam atau greeting orang yang tak kenal ni sunnah nabi juga kan. sebab biasa kita bagi salam kat orang yang kita kenal je. kalau orang tak kenal jumpa tepi jalan kita buat  tak tahu saja. hehe.

Banyak lagi sebenarnya cerita dan picture yang lisa nak kongsi. tapi setakat ni jelah... hehe. kalau nak rasa pengalaman best bercuti ke Perth boleh tempah tiket dari sekarang dan rasai sendiri pengalaman tu. memang seronok pergi sana, nyaman je. hehe. bercuti ni tak semestinya bajet banyak sangatpun. ikut kemampuan kita sahaja sebab yang paling penting, pengalaman tu yang sangat berharga disamping dapat spent time dengan orang-orang tersayang. ^__^


"If you want to walk fast, walk alone. But if you want to walk far, walk together" 

Saturday, April 14, 2018

Bajet Backpack Hatyai 2D1N


TOTAL BAJET HATYAI 30/3/18-31/3/18



Bajet semua termasuk penginapan, pengangkutan, makan-makan, cenderamata / ole-ole sepanjang berada dari Sungai Kolok ke Hatyai. 

Maaf bahasa rojak campur-campur... Lisa copy dari notes kat phone lisa saja... Harap dapat difahami. Hehe. Harga semua untuk 2 persons.

^_^ Hotel Aloha, Hatyai 1 Night  (book melalui Agoda) = Rm 121.81



30/3/18 Jumaat


Isi borang imigresen Thai  = (Rm 4) 32.3 baht
Motor Taxi go to bus terminal Sg Kolok = (Rm 20) 161.6 baht
Ticket van ke Hatyai  =  400 baht
--- van bertolak 7.27 am--- waktu thai sampai di hatyai terminal bus 11.40 am

Rnr
Beli makanan ringan (buah potong)  = 25 baht

Motor taxi pergi balik solat jumaat kat Masjid Pakistan = 70 baht (1 person only)
Nasi makan tengahari muslim restaurant = 420 baht
Uber to floating market = 102
Air kelapa dalam buluh =15 baht
Kelapa jelly =15 baht
Lokchup =30 baht
Pulut mangga =40 baht

Asean night bazaar
Uber from floating market to asean night bazaaar =205 baht
Baju t shirt hatyai 2 helai =250 baht
Jus buah asli 20 baht dan 25 baht, tisu paket kecik 5 baht = 50 baht
Nasi kowmok di Asean Night Bazaar = 60 baht  ^__^
Uber from asean night bazaar to lee garden = 88.50 baht

TOTAL 30/3/18 : 1964.40 baht / rm 243.39



31/3/18 Sabtu


Tiket keretapi hatyai junction - sungai kolok 12.33 pm = 84 baht
Tuktuk pokcik ke chabura dimsum pergi balik =140 baht
Chabura dimsum =250 baht
Nasi kerabu & nasi kowmok termasuk nasi pokcik 2 bungkus =70 baht
Pasar pagi hatyai -  buah pauh / mangga 3kg =90 baht
Tuktuk to santisuk market= 80 baht
Screen protector phone abam & usb charger x2pcs = 700 baht
Freeze magnet  & Keychain= 200 baht
Limau 3 kg = 225 baht
Pauh potong = 30 baht
Berangan = 50 baht
Asam & kacang gajus = 280 baht
Air mineral = 50 baht 2 botol besar
Buah potong = 40 baht
Air teh peng = 16 baht
"Kereta borong" dari stesen bukit ke imigresen sg kolok = rm 26 (209.87 baht)
Parking kereta 30 & 31hb Mac 2018 = Rm 5 sehari semalam

TOTAL 31/3/18 sabtu : 2555.22 baht / Rm 316.59

GRAND TOTAL : 5500.29 baht / RM 681.49

Mac 2018