Thursday, May 30, 2013

Walimah

Assalamualaikum Wbt

Bila tiba musim cuti Sekolah.., banyak juga undangan ke majlis Perkahwinan yang datang kan..,hehe...biasalah tu... musim cuti sekolah,hari minggu,cuti khas dan musim perayaan pasti menjadi pilihan orang kita untuk melangsungkan Perkahwinan... 

Lisa sendiri pun kawen pada Cuti Hari Raya Aidilfitri 5 tahun lepas...heee... maksudnya kenduri yang diadakan.., sangat senang..cuma satu majlis saja..hehe.,. majlis akad nikah pula 2 bulan sebelum kenduri... bukan apa....senang kalau buat majlis ramai yang cuti kan... dapat tolong menolong, then mesti ramai yg boleh datang majlis kenduri nanti ,etc... :)

Tapi yang tak bestnya bila banyak sangat kenduri kawen,ada yang tak dapat hadir sebab banyak majlis yang nak kena pergi pada hari yang sama..hehe...nak buat camne...sabor jela... 

lisa sendiri pun ada lah dapat beberapa undangan majlis perkahwinan ni... bermula esok, jumaat dan sabtu... hari sabtu nanti dua majlis nak kena pergi... en suami plak 3 tempat kenduri nak kena pergi...pandai2 lah planning nanti ye supaya tiada yg berkecil hati ... :)

sangat molek kalau majlis yang diadakan tu tiada unsur pembaziran, hiburan - hiburan yang melalaikan, maksiat dan sebagainya yang tidak dianjurkan dalam islam.


boleh baca lagi kat SINI








13 comments:

Waazin Aiman said...

Majlis Walimah UAI hari tu tak pergi ke.. hihi...
Cari Kerja? | Tazkirah | Wanita

latifah zainal said...

betul banyak majlis perkahwinan dibuat waktu cuti sekolah..ipah pun dpt banyak undangan hujung minggu nie..pergi yg dekat2 je..yang jauh2 nampaknya tak dpt nak pergi..

Lisa Sheila said...

waazin : UAI kawen ngan org mana? Hehe.. Xtau plak..

Lisa Sheila said...

Ipah : samala lah kiter..huhu..jauh2 xdpt pergi...dkt2 ni oke la..inshaallah akan pergi nnti :)

Amanina Mads said...

hehe..yelah kak, time cuti skolah mesti musim kawen kan :)

S.K.A said...

murah je rezeki kalau cuti skolah :) he3..rmai yg kwen dn dpat jmputan..

Aniq Bukhary said...

Sokong kak.. Kawen, kawen jg.. tp kalau boleh elakkan daripada perkara yg di benci Allah spt membazir macam yg akak cakap tu...

Bustan SAM said...

hehehe artikel yang menarik kak,,
izin nyimak yea kak :)
salam silaturrahmi kak :)

Fifi Nadhrah said...

sabtu lepas fifi ade 6 undangan.. tapi berjaye pergi due je sebab tempatnye jauh2..

lisa.. maaf sangat2.. fifi lupe nak inform barang tu da sampai.. tau tak.. ufairah yang suke sangat fm tu.. dikelek sane sini.. terime kasih lisa.. tak sempat nak buat entry khas..

asliner said...

selamat menghadiri walimah kak lisa :)

Nies alhaQ said...

Betul betul betulll. Hehe, slmt pngntin baru pd yg baru brkahwin, and bakal mendirikan rumah tangga. :D

Mohd Ridzwan Abdullah said...

Selamat pengantin baru bg sesiapa yg baru kawin. Apapun, wan cuba akan penuhi jemputan atau undangan... Insya Allah

Aida Ismail said...

Ramai betul kawan2 Aida yang nak kawen cuti sekolah ni. Tak sempat nak penuhi semua undangan. Nak buat cemana, doa dari jauh je la. ^^