Thursday, May 16, 2013

My Teacher: Jasamu Dikenang :)

Assalamualaikum wbt

Selamat Hari Guru untuk semua insan yang bergelar guru di seluruh Malaysia, especially cikgu-cikgu lisa di Tadika Sri Pauh, Jln Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu [1991], Sekolah Kebangsaan Kedai Buloh (1) - Darjah 1-4 [1992-1995],  Sekolah Rendah Jalan Bukit (1), Kajang, Selangor - Darjah 5 [1996], Sekolah Kebangsaan Kedai Buloh (2) - Darjah 6 [1997], Sekolah Menengah Kebangsaan Kedai Buloh, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu - Form 1-3 [1998-2000], dan Sekolah Menengah Teknik Persiaran Brash, Ipoh, Perak - Form 4-5 [2001-2002].

Alhamdulillah, ramai cikgu-cikgu lisa ni... heeee... jasa kalian tetap lisa kenang sampai bila-bila dengan iringan doa, inshaAllah tambah-tambah lagi cikgu tadika lisa, dari tadika lisa mengenal ABC dan 123, pandai membaca dan mengira. Tadika lisa sebelah rumah je. sekarang ni tak tau la ada kat mana kawan-kawan tadika semua... Rindu kat kampung plak. :'(

Masuk sekolah rendah, lisa sekolah dekat rumah juga tapi adalah dalam 15-20 minit kayuh basikal. masa darjah 5, lisa dok ngan abang lisa yang sulung sekejap kat kajang, tu yang sekolah kat sana... lepas tu mengamuk nak balik dok kampung, haiii, tukar sekolah lagi... dok ngan akak plak kat kampung. masa form 3 lisa dok asrama sebab nak tumpu perhatian kat pelajaran lebih sket, maklum la nak exam kan...PMR... hee... Owwh,  kat sekolah, lisa pengawas dari form 1 sampai form 3... hehe... banyak kenangan pahit manis, tak tercerita kat sini... :) 

Lepas PMR, lisa try apply sekolah aliran teknik, dapat kat ipoh, Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik... itu pun dah dekat setengah tahun baru dapat. Intake ke berapa la agaknya...kekeke... padahal bukan lah lisa minat pun, tapi bila dah study, suka la plak subjek Kej. Elektrik & Elektronik tambahan plak sampai bab lukis-lukis litar semua tu... hehe...  suka sangat.

tapi kalau subjek Lukisan Kejuruteraan memang lisa fail, sah-sah lah x layak nak apply course engineering kat U nanti kan ...hehe... jangankan Lukisan Kejuruteraan, subjek yang mengira-ngira dan semudah matematik tu pun lisa boleh fail... aishh... xtau nak cakap... haha... siap kena masuk kelas tambahan khas lagi untuk pelajar yang lemah subjek matematik. So, apply jela UiTM untuk course Penulisan. macam lisa citer kat entry Zaman Kegelapan ni. langsung xde kena mengena kan... pastu degree sambung course yang xde kena mengena juga... belajar ilmu baru setiap kali masuk fasa baru...kekekeke... alhamdulillah... think +ve jela... sekurang-kurangnya lisa dapat kenal kawan-kawan baru, pengalaman baru, belajar sesuatu yang baru ... :)

Apapun, antara cikgu-cikgu sekolah yang sentiasa dalam ingatan, arwah Sir Anuar, Cikgu Khazanah, Cikgu Zahimi, Cikgu Tan, Ustazah Zaimah, Ustaz Ismail, Cikgu Isa, Cikgu Miswan, Cikgu Saidah, Cikgu Aisyah, dan ramai lagi... terima kasih yang tidak terhingga... hanya Allah SWT saja yang dapat membalas jasa-jasa kalian... 

ehh, tertinggal lagi sorang cikgu.... hehe... to my dear husband, Happy Teacher's Day juga... semoga terus menjadi seorang guru yang baik, ikhlas dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberi... semoga diberkati rezekinya dunia dan akhirat... inshaAllah... 




orang kata tugas cikgu ni mudah, mengajar pastu balik awal... but for me... dalam era yang penuh mencabar ni... zaman dah berubah... selari juga dengan tugas mereka yang semakin mencabar dalam mendidik anak bangsa... lisa tengok en suami banyak sangat kerja... balik pun lewat je... huhu... sabor jela...  sekarang ni kena kursus plak kat Cameron Highland... semoga selamat balik esok ye dear... :) - macamlah dia ada masa baca blog lisa...hehehe...


p/s : tak kira apa saja pekerjaan kita, apa yang penting niat lah kerana Allah... darinya kita akan mendapat pahala...ikhlas kan lah hati... inshaallah ...heee... :)

27 comments:

redza said...

tanpa guru siapalah kita...selamat hari guru kpd semua guru

Dylla Abas said...

setiap perancangan Allah tu adalah yg terbaik buat diri kita kan :)

p/s : happy teacher's day buat ur husband

Kakzakie said...

Betu lisa tugasan guru sekarang tak sama dulu sekarang lebih mencabar...

Selamta hari guru buat yg dipanggil cikgu dan yg seangkatan

latifah zainal said...

woww banyak juga sekolah lisa..best la dapat ramai kawan,ramai cikgu..yang x best mesti sedih nak berpisah dgn kwn2..

izzah said...

cikgu tugas yg mulia....keje cikgu jgk bukan tugas yg mudah...yg penting, kita kena hargai usaha cikgu2 kita yg dulu...=)

aizamia3 said...

terima kasih pada semua cikgu yang mencurahkan ilmu kepada anak2 muridmu.. ;)

:: Cik Viva :: said...

guru...kau umpama lilin yang sanggup membakar diri untuk menerangi orang lain...cewahh!!!

mawar kamila said...

asalam... baru follow blog ni.
slmt b'kenalan ^_^!
hari ni hari guru, kebanyakan org akan terimbau kembali zmn sekolah, x gtu? :)
baru bbrpa hr lps saya ambil ujian MEdSI konon nk jd cikgu ^^"...
saya rasa nsb saya sama mcm Lisa...
melompat dr 1 bidang ke bidang b'beza sdgkn saya minat bidang penulisan tp entah knp x t'fikir utk kearah itu...
hbs PMR dpt kelas sains teknikal tp lari ke sekolah teknik utk ambil course pengurusan makanan ^^" tp smbg diploma bidang pengurusan perladangan! tup! tup! ijazah mintk cikgu ^_^!
ape2 pon bidang yg diceburi, ia mustahil tanpa semua guru2... :)

mawar kamila said...

asalam... baru follow blog ni.
slmt b'kenalan ^_^!
hari ni hari guru, kebanyakan org akan terimbau kembali zmn sekolah, x gtu? :)
baru bbrpa hr lps saya ambil ujian MEdSI konon nk jd cikgu ^^"...
saya rasa nsb saya sama mcm Lisa...
melompat dr 1 bidang ke bidang b'beza sdgkn saya minat bidang penulisan tp entah knp x t'fikir utk kearah itu...
hbs PMR dpt kelas sains teknikal tp lari ke sekolah teknik utk ambil course pengurusan makanan ^^" tp smbg diploma bidang pengurusan perladangan! tup! tup! ijazah mintk cikgu ^_^!
ape2 pon bidang yg diceburi, ia mustahil tanpa semua guru2... :)

Nies alhaQ said...

Setiap dr kita punya pengalaman tersendiri kan waktu zaman persekolahan. Hehe. Bila kita terkenang, masyaAllah serius rindu. Rasa macam nak kembali pd zaman spersekolahan tu.
Anyway, selamat hari guru kepada seluruh guru-guru di Malaysia and seluruh dunia. Jasa mu dikenang spjng zaman.

Fifi Nadhrah said...

kajang? fifi dulu darjah satu sampai darjah 3 sekolah dekat kajang..
ntah2 satu sekolah.. hihi..

lizz said...

bila sambutan hari guru teringat cikgu yang pernah mengajar kiter dulukan...terutama cikgu yang baik ngan kiterkan...

dela said...

Selamat hari guru !

Nana Liena said...

akak berpindah randah ya..hehe..mesti best..
memang tugas seorang guru tak senang mana..huhu..saya pernah tolong jagakan kelas peralihan sekejap.. mmg kelas peralihan budak2 nya mcm 'lain' sikit..huhu..kadang2 ada tension..susah nak kawal..

selamat hari guru.. dan utk suami akak juga.. :)

Aniq Bukhary said...

Betul tu. apa2 pun, selamat hari guru diucapkan kepada semua guru di malaysia.. :)

Lady said...

selamat hari guru untuk husband sis :)

Teena Tna said...

Byk kenangan masa zaman kt skola dulu, gud luck to you too Lisa !

S.K.A said...

Salam Kak.Lisa :) suke bca kisah ni, ape pun cbaran..harap bersabar, slmat hari guru bt suami akak, hrap xterlambat la he3

Fifi Nadhrah said...

tak same sekolah.. hihi.. fifi sekolah sungai kantan.. :) tahun 1993-1995 kot dekat kajang..

boni kacak said...

selamat hari guru :)

Waazin Aiman said...

Selamat Hari Guru.. Lisa ni Cikgu ke? (^_^)

Kesuma Angsana said...

jasa guru dikenang sampai bila2

QasehnyaRania said...

selamat hari guru buat suami lisa.

*a`aa.. lisa pon boleh guna..

jom join MINI GA saya hari ni, nak.

hadiah nya tepung segera red velvet

http://lobaksusue.blogspot.com/2013/05/qr-mini-giveaway-pertama.html

Hatimi Tahirruddin said...

oooh husband lisa cikgu rupanya ye....hehe selamat hari guru kpd beliau walaupun dah terlambat sehari dah ni nak ucap.... :)

CeqGu said...

cikgu dah berdebar2 ni nak pikul tanggungjawab tak lama lagi. dah habis ler time goyang2 kaki selama dua tahun ni huhu

Amanina Mads said...

ohh.. bru tau kak ex teknik ipoh. hehe

Aida Ismail said...

Seronok kan jadi cikgu ^^ student ingat sampai bila2~