Wednesday, March 13, 2013

Al Fatihah

Assalamualaikum wbt

Sayu plak  rasa hati ni baca berita mengenai kematian 2 orang pejuang negara di Lahad Datu hari ni ... kedua-dua anggota tentera tu berasal sama negeri ngan lisa ... masih muda... Inna Lillah hiwaina Ilaihi Rajiun ... tiba-tiba lisa dok teringat jer kat my bro, peyo ... dia kat sarawak sekarang ... kebetulan baru dapat baby awal bulan Februari baru-baru ni, jadi dia dapat lah mintak kawan dia gantikan tempat dia, kalau x memang dah ada kat sabah la peyo sekarang... :(



                                                          Foto : Kelab Pencinta Sejarah Kelantan (FB)

Petaling Jaya, 13 Mac - Jenazah dua anggota tentera yang terkorban dalam Operasi Daulat menentang pengganas Sulu di Lahad Datu semalam, tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini hari ini.

Pesawat C-130 milik TUDM yang membawa jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dan Ahmad Farhan Roslan, 21, mendarat sejurus sebelum 8 pagi.

Ahmad Hurairah terkorban dalam pertempuran dengan pengganas di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu manakala Ahmad Farhan terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Jalan Lahad Datu-Chenderawasih ketika menghantar makanan untuk anggota keselamatan dalam operasi itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi antara yang menyambut ketibaan kedua-dua jenazah.

Najib dan Ahmad Zahid memasuki pesawat dan memberi penghormatan terakhir kepada kedua-dua wira negara itu. 

Allahyarham Ahmad Hurairah merupakan anggota Angkatan Tentera Malaysia pertama yang terkorban sejak insiden pencerobohan pengganas di Sabah bermula 12 Feb.

Anak kelahiran Kelantan itu terkorban dalam pertempuran yang berlaku pada 10.45 pagi semalam yang turut menyaksikan seorang lagi perajurit cedera dan dua musuh terbunuh.

Sehingga kini, 10 anggota keselamatan gugur dalam insiden pencerobohan bersenjata itu manakala 56 musuh ditembak mati.- BERNAMA








Ya Allah, bilakah akan berakhirnya semua ini... kembalikan lah keamanan negara ... selamatkan lah semua pejuang negara di Lahad Datu dan Semporna, Sabah ... Aamiin ...



Sumber : http://pkrl.blogspot.com

2 comments:

Kapten Shada said...

Insya Allah, doakan semua perwira negara kita selamat di sana.
Semoga Allah merahmati roh mereka yg gugur di sana.

#Shada pun risau juga sb Abg pun still xbalik lg, still dlm ops lg

Lisa Sheila said...

Inshaallah...mudah mudahan...

Abg shada still ops ye... Xpe..kta doakn byak2... Inshaallah smoga slamat pergi dan kembali...